Terkini
Bubar parlimen: tiada peruntukan khusus tentang kedudukan “nasihat” PM kepada YDPA – pakar perlembagaan
Susulan desas-desus Parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat, Pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berpandangan bahawa perkenan pembubaran Parlimen adalah kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

- Tiada peruntukan khusus menyatakan kedudukan “nasihat” Jemaah Menteri atau nasihat Perdana Menteri bagi urusan pembubaran Parlimen.
- “Mereka yang berhujah menyatakan ia adalah kuasa yang perlu dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Jemaah Menteri atau Perdana Menteri merujuk kepada Perkara 40(1) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.
- Saya tidak mengambil pendekatan tafsiran ini. Saya lebih cenderung untuk menyatakan bahawa perkenan membubarkan Parlimen adalah kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong.” – Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz.
KUALA LUMPUR – Susulan desas-desus Parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat, Pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berpandangan bahawa perkenan pembubaran Parlimen adalah kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong.
Menurutnya, tiada peruntukan khusus yang menyatakan tentang kedudukan “nasihat” Jemaah Menteri atau nasihat Perdana Menteri bagi urusan pembubaran Parlimen.
Beliau berkata demikian bagi mengulas berkenaan beberapa pertanyaan adakah perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi pembubaran Parlimen adalah atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri atau atas kuasa budi bicara baginda?
Katanya pada Ahad menerusi Facebook, “Mereka yang berhujah menyatakan bahawa ia adalah kuasa yang perlu dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Jemaah Menteri atau Perdana Menteri merujuk kepada Perkara 40(1) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.
Saya tidak mengambil pendekatan tafsiran ini. Saya lebih cenderung untuk menyatakan bahawa perkenan membubarkan Parlimen adalah kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong.”
Jelasnya, dalam hal berkaitan pembubaran Parlimen, terdapat tiga peruntukan berkaitannya dalam Perlembagaan Persekutuan.
Peruntukan tersebut ialah:
- Perkara 40(2)(b)
Perkara ini menyatakan: “…. (2) Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:…
(b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen;… …”; - Perkara 55(2)
Perkara ini menyatakan: “Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau membubarkan Parlimen.”; dan - Perkara 43(4)
Perkata ini menyatakan: “Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.”
Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan perkenan Yang di-Pertuan Agong adalah wajib diperoleh bagi membolehkan pembubaran Parlimen, kecuali Parlimen bubar secara automatik setelah mencapai usia lima tahun menurut Perkara 55(3). Ini kerana pembubaran Parlimen adalah kuasa baginda menurut Perkara 55(2).
Sumber : Facebook Shamrahayu Aziz
Terkini
Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

- Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
- Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
- Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
- “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
- Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.
“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.
Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.
Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.
Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
-
Terkini4 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN