Connect with us

Terkini

Bajet 2023: bajet persediaan berdepan ketidaktentuan ekonomi – PM

Bajet 2023 yang membawa pendekatan responsif, bertanggungjawab dan reformis, memberi tumpuan kepada setiap peringkat Keluarga Malaysia, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Wartawan TMT

Published

on

Bajet 2023: bajet persediaan berdepan ketidaktentuan ekonomi - PM
Foto: Menteri Kewangan Tengku Zafrul dan Perdana Menteri Ismail Sabri, sumber Berita Harian.
  • Bajet 2023 membawa pendekatan responsif, bertanggungjawab dan reformis, memberi tumpuan kepada setiap peringkat Keluarga Malaysia.
  • Bajet itu sesuai dengan tema Keluarga Malaysia Makmur Bersama, memperuntukkan kepada setiap kumpulan, B40, M40, golongan belia, wanita mahupun orang kelainan upaya (OKU).
  • Bajet ini merangkumi dari segi pembangunan luar bandar, bandar dan sebagainya.
  • Bajet 2023 turut memberi tumpuan persediaan negara berdepan ketidaktentuan ekonomi.

KUALA LUMPUR: Bajet 2023 yang membawa pendekatan responsif, bertanggungjawab dan reformis, memberi tumpuan kepada setiap peringkat Keluarga Malaysia, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, bajet itu yang sesuai dengan tema Keluarga Malaysia Makmur Bersama, memperuntukkan kepada setiap kumpulan, sama ada B40, M40, golongan belia, wanita mahupun orang kelainan upaya (OKU).

“Sesuai dengan temanya, bajet ini menumpukan kepada seluruh Keluarga Malaysia. Peruntukan yang diberikan berdasarkan setiap kumpulan yang saya sebutkan tadi.

“Malah, bajet ini merangkumi dari segi pembangunan luar bandar, bandar dan sebagainya,” katanya ketika ditemui sebaik selesai pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, membentangkan Bajet 2023 dengan sasaran memperkukuh momentum pemulihan ekonomi, memperkukuh daya tahan ekonomi dan melaksanakan pembaharuan menyeluruh.

Bajet dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM372.3 bilion itu adalah bagi memberi jaminan untuk kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan kemakmuran ekonomi serta kecekapan perkhidmatan kerajaan.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, Bajet 2023 turut memberi tumpuan persediaan negara berdepan ketidaktentuan ekonomi.

“Bajet ini juga menumpukan pada pemulihan ekonomi dan bagi kita membuat persediaan menghadapi keadaan ekonomi yang agak tidak menentu pada tahun depan,” katanya.

Sumber: Berita Harian 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Tidak boleh tolak permohonan pasport kerana pemohon gagal kuasai bahasa Melayu – KP Imigresen

Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh bagaimanapun berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.
  • Menurutnya, semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.
  • “Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
  • Satu hantaran menerusi Facebook sebelum ini tular, mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

PUTRAJAYA — Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Bagaimanapun, beliau berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.

Namun, menurutnya semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.

“Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai untuk menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu hantaran menerusi laman Facebook mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

Ruslin memaklumkan pelanggan berkenaan telah dapat memperbaharui pasport dan mengambilnya di Pejabat UTC Pulau Pinang pada Isnin lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending