Connect with us

Terkini

[VIDEO] “Jangan pergi Thailand!” – gesa mantan Ketua Polis Negara

Mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menggesa kesemua pihak khususnya mereka yang berumur bawah 40 tahun tidak ke negara Thailand kerana beliau mendakwa mereka akan diculik, dijadikan buruh paksa bahkan organ mangsa juga dijual. 

Wartawan TMT

Published

on

“Jangan pergi Thailand!” - gesa mantan Ketua Polis Negara
Foto: Tan Sri Musa Hassan
  • Tan Sri Musa Hassan gesa kesemua pihak khususnya mereka berumur bawah 40 tahun tidak ke negara Thailand kerana dikhuatiri mereka akan diculik, dijadikan buruh paksa bahkan organ mangsa juga dijual dan dijadikan pelacur bagi wanita. 
  • “Saya ingin menguar-uarkan perkara ini benar. Jangan kita sendiri-sendiri suka-suka hendak pergi ke negara ini.”
  • Pihak perdana menteri dimohon mencegah mereka yang berumur 40 tahun ke bawah pergi ke negara tersebut.
  • Saya dapatkan maklumat-maklumat daripada wakil ASEAN di Bukit Aman. Saya nak tahu siapakah sindiket yang ada di negara kita sendiri, yang mengatur perkara ini supaya mereka dapat ditangkap. Semua mengambil tindakan.”

KUALA LUMPUR – Mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menggesa kesemua pihak khususnya mereka yang berumur bawah 40 tahun tidak ke negara Thailand kerana beliau mendakwa mereka akan diculik, dijadikan buruh paksa bahkan organ mangsa juga dijual. 

Gesaan itu disiarkan menerusi satu akaun Tiktok @malakattribune pada Selasa.

Katanya, “Rakyat Malaysia jangan tertipu dengan perkara ini, especially mereka yang berumur 40 tahun ke bawah.

Saya ingin menguar-uarkan perkara ini benar. Jangan kita sendiri-sendiri suka-suka hendak pergi ke negara ini,” tegas beliau dalam video berdurasi satu minit 46 saat itu.

Katanya, pihak perdana menteri juga telah beliau pohon untuk membuat langkah pencegahan dengan menghalang mereka yang berumur 40 tahun ke bawah pergi ke negara tersebut.

“Kita menguar-uarkan supaya mereka lebih berhati-hati. Jangan suka sangat pergi ke Thailand kerana mereka boleh diculik kerana bukan sahaja akan dijadikan buruh paksa. Mereka juga akan dipaksa untuk menjual organ-organ mereka, dan menjadi pelacur kalau wanita.”

Justeru beliau berkata, kita sewajarnya perlu memastikan perkara tersebut tidak berlaku kepada rakyat Malaysia. 

Advertisement

Berikutan itu beliau memohon pihak kerajaan dan pihak polis untuk mengambil tindakan yang tegas membanteras perkara tersebut.

Dalam pada itu, katanya “Saya telah menghubungi pihak polis bahawa kita ada ASEAN desk. Di mana dahulu saya ada letak setiap wakil ASEAN di Bukit Aman. Saya dapatkan maklumat-maklumat daripada mereka. 

Saya nak tahu siapakah sindiket yang ada di negara kita sendiri, yang mengatur perkara ini supaya mereka dapat ditangkap. Semua mengambil tindakan,” katanya yang juga merupakan penasihat Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO).

Susulan itu, beliau juga akan mengumpul kesemua maklumat yang diterima dan menyerahkannya kepada pihak polis agar tindakan tegas dapat dikenakan ke atas sindiket-sindiket tersebut.

Advertisement

Difahamkan, beliau bersama beberapa wakil NGO lain telah menyerahkan satu memorandum berkenaan sindiket penipuan kerja di luar negara kepada Setiausaha Politik Tiga kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Sumber : Tiktok Malakattribune

 

Author

Terkini

PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 

Hidayah Sani

Published

on

PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 
  • Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
  • Beliau turut mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India. 

KUALA LUMPUR — Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 

Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat yang dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.

Ini susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.

Sesungguhnya, jawapan tersebut amatlah bersifat lebih untuk meraih populariti dan terlalu berpolitik. Apakah wajar bagi seseorang individu mempunyai dua kerakyatan? Di manakah kecenderungan bagi individu terbabit untuk menumpahkan kesetiaanya? 

“Sepatutnya jawapan isu sensitif seumpama ini tidak perlu dilayan dengan jawapan tegas iaitu mana mungkin dan mustahil seseorang boleh memiliki dua kerakyatan malah untuk memohon menjadi rakyat Malaysia mesti memenuhi syarat-syarat yang ketat mengikut undang-undang yang sedia ada selama ini. 

“Malah ada gesaan disyaratkan dengan lebih tegas iaitu penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zarina menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Bumiputera untuk menentang cadangan itu serta berpendirian sebarang kajian tidak perlu dilakukan sama sekali kerana ia keputusan muktamad.

Advertisement

Pada masa sama, beliau mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India kerana perkara itu lebih mengundang mudarat daripada keuntungan.

Katanya, perkara perlu diberikan keutamaan bukanlah terkait kerakyatan sebaliknya isu 1.2 juta warga negara China yang direkodkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), masuk ke Malaysia dalam tempoh 2018 hingga 2021 namun masih tiada rekod keluar dari negara ini. 

Ia merupakan suatu jumlah yang amat menggusarkan dan perlu diambil tindakan telus dan tegas kerana ianya pelanggaran undang-undang dan soal keselamatan negara. 

“Ini yang patut diberi keutamaan bukan soal kerakyatan dan dikejutkan pula dengan pengumuman Menteri Pelancongan mengenai cadangan pengecualian Visa kepada pelancong terutama dari Cina dan mungkin dari India atas nama kepentingan merancakkan ekonomi tetapi boleh membawa padah kepada keselamatan negara dan masalah sosial yang kini pun sudah parah dan tidak terkawal. 

“Cuba bayangkan jika pelancong Cina masuk tanpa tapisan melalui Visa dengan bebas. Pasti ramai akan hilang dan menetap di Malaysia. 

“Isu rasuah yang menjadi barah akan menjadi lebih buruk di kalangan penguatkuasa. Perkara ini amat mengerikan kepada masa depan negara Malaysia,” kata Zarina. 

Advertisement

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghasilkan satu laporan berkenaan pengecualian visa untuk pelancong China.

King Sing berkata, kerajaan dijangka akan mendraf dasar mengenai hari lawatan yang dibenarkan untuk berada di Malaysia melalui perkhidmatan pengecualian visa. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Parti Bumiputera Perkasa Malaysia – PUTRA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending