Connect with us

Antarabangsa

Tiada arak ketika perlawanan Piala Dunia 2022 berlangsung – FIFA

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan bir atau minuman beralkohol tidak akan dijual dalam stadium ketika perlawanan Piala Dunia 2022 di Qatar berlangsung.

Wartawan TMT

Published

on

Arak tidak akan dijual di dalam stadium ketika perlawanan Piala Dunia 2022 - FIFA
Foto: FIFA World Cup Qatar 2022 | Tiada alkohol dijual dalam stadium.
  • FIFA mengesahkan bir atau minuman beralkohol tidak akan dijual di dalam stadium ketika perlawanan Piala Dunia 2022 di Qatar berlangsung.
  • Tetapi peminat bola sepak masih boleh membeli minuman bir sebelum sepak mula dan selepas wisel penamat.
  • Minuman beralkohol tidak diharamkan di negara teluk itu, namun perbuatan minum arak di khalayak ramai adalah dilarang.
  • Minuman bir merupakan minuman tradisi peminat bola sepak sepanjang Piala Dunia berlangsung.

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan bir atau minuman beralkohol tidak akan dijual dalam stadium ketika perlawanan Piala Dunia 2022 di Qatar berlangsung.

Bagaimanapun peminat bola sepak dibenarkan meminum bir sebelum ‘sepak mula’ dan selepas wisel penamat.

Perbincangan berkaitan penjualan minuman beralkohol yang sensitif itu dibuat antara FIFA dan pihak berkuasa negara teluk muslim konservatif itu.

Dailymail melaporkan isu itu amat penting buat FIFA kerana Budweiser, yang juga pengeluar bir, merupakan penaja utama kejohanan Piala Dunia FIFA sejak tiga dekad lalu.

Qatar menjangkakan lebih sejuta peminat bola sepak akan melawat negara itu sempena Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung bermula 20 November hingga 18 Disember depan.

FIFA tidak mengeluarkan butiran terperinci mengenai waktu penjualan bir itu, bagaimanapun jurucakapnya berkata, badan sukan antarabangsa itu meraikan sesiapa saja yang ingin meminum minuman beralkohol itu dengan cara menghormati adat budaya tempatan.

Dalam kenyataan kepada agensi berita AFP, jurucakap itu berkata, “pemegang tiket perlawanan” boleh mendapat akses kepada minuman bir “dalam kawasan stadium sebelum sepak mula dan selepas tamat wisel perlawanan”.

Advertisement

Di dalam stadium, hanya minuman tanpa alkohol ‘Budweiser’ dan minuman ringan akan disediakan, kata jurucakap itu.

Coca-cola, satu lagi penaja utama Piala Dunia, diberikan hak menjual minuman tanpa alkohol di semua lapan stadium perlawanan Piala Dunia yang pertama kalinya diadakan di negara Islam.

Bir merupakan minuman tradisi buat peminat bola sepak sepanjang Piala Dunia berlangsung.

Minuman alkohol di stadium merupakan topik sensitif di seluruh dunia. Di England, sewaktu Liga Perdana Inggeris, minuman bir dijual di dalam stadium, namun peminat tidak boleh minum di depan padang bola.

Walaupun minum beralkohol tidak diharamkan di Qatar sepertimana berlaku di negara jiran Arab Saudi, ia hanya dijual di 35 hotel dan restoran antarabangsa di negara teluk itu. 

Warga asing boleh membeli minuman beralkohol di kedai-kedai kerajaan tetapi dilarang minum arak di khalayak ramai.

Advertisement

Sumber : Dailymail

Author

Antarabangsa

‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman

Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Wartawan TMT

Published

on

‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman
Foto: Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah,.
  • Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
  • Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
  • Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
  • “Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
  • Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.

Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.

Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”

“Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.

Tuntutan itu juga mendakwa plaintif berdepan kemudaratan, penghinaan awam, pengawasan, gangguan dalam perjalanan, penafian pekerjaan dan “secara efektif dibuang oleh AS”. 

Saman itu turut menegaskan walaupun dikeluarkan dari senarai pemantauan FBI itu, mereka tetap akan mengalami kesan negatif seumur hidup yang bakal memudaratkan mereka.

Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.

Advertisement

Bercakap kepada pemberita di New Jersey, Khairullah berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengapa namanya berada dalam senarai pemantauan itu dan tidak juga diperjelaskan jika namanya sudah dikeluarkan. 
Sumber: Anadolu Ajansı

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending