Connect with us

Terkini

Tangguh Akta Kerja 1955 : Menteri Sumber Manusia sangat mengecewakan – Presiden UNI-MLC

Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa (UNI-MLC), Datuk Mohamed Shafie Bp Mammal menyatakan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravan sangat mengecewakan.

Wartawan TMT

Published

on

Tangguh Akta Kerja 1955 : Menteri Sumber Manusia sangat mengecewakan – Presiden UNI-MLC
Foto: Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.
  • Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa (UNI-MLC), Datuk Mohamed Shafie Bp Mammal menyatakan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravan sangat mengecewakan.
  • Seharusnya Datuk Seri M Saravanan mengadakan perbincangan terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa penangguhan Akta Kerja 1955.
  • Susulan itu, UNI-MLC telah menghantar memorandum kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM) bagi membantah keputusan tarikh kuatkuasa pindaan Akta Kerja 1955.
  • “Kita pertikaikan kejujuran itu dan kerajaan dianggap tidak telus dalam hal ini. Kami sangat kecewa dan keputusan yang diambil ini satu penghinaan besar terhadap warga pekerja di negara ini,” katanya selepas menghantar memorandum kepada pegawai menteri, di perkarangan KSM, hari ini.
  • Dewan Rakyat pada 21 Mac lalu meluluskan pindaan Akta Kerja 1955, sebelum ia diluluskan di Dewan Negara lapan hari kemudian dan sepatutnya dikuatkuasakan 1 September lepas.
  • Antara kandungan pindaan itu termasuk penambahan cuti bersalin daripada 60 hari ke 98 hari, penetapan cuti paterniti tujuh hari, pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam serta aturan kerja fleksibel untuk pekerja.

KUALA LUMPUR – Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa (UNI-MLC), Datuk Mohamed Shafie Bp Mammal menyatakan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravan sangat mengecewakan. Ini kerana tiada perbincangan yang dibuat sebelum penangguhan Akta Kerja 1955 yang sepatutnya berkuatkuasa 1 September lepas.

“Kita pertikaikan kejujuran itu dan kerajaan dianggap tidak telus dalam hal ini. Kami sangat kecewa dan keputusan yang diambil ini satu penghinaan besar terhadap warga pekerja di negara ini.

“Ia mencerminkan kelemahan kerajaan dan kementerian itu sendiri, seolah-olah tidak membuat persediaan rapi dalam melaksanakan pindaan dan penguatkuasaan peruntukan baharu,” katanya selepas menghantar memorandum kepada pegawai menteri, di perkarangan KSM, hari ini.

Pada hari ini, UNI-MLC telah menghantar memorandum kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM) bagi membantah keputusan tarikh kuatkuasa pindaan Akta Kerja 1955.

Dengan penangguhan itu maka beberapa pindaan yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 21 Mac lalu tidak dapat dilaksanakan pada 1 September lepas.

Antara kesan kerana penangguhan pindaan akta adalah waktu kerja mingguan yang sepatutnya menjadi 45 jam daripada 48 jam tidak dapat dikuat kuasakan. Penambahan cuti sakit daripada 60 ke 98 hari juga tidak dapat dikuat kuasakan. Cuti paterniti 7 hari juga ditangguhkan.

Selain itu bayaran kerja lebih masa juga tidak dapat dituntut untuk mereka yang bergaji lebih RM4,000 sebulan. Maka hanya mereka yang di bawah RM1,500 sahaja masih boleh menuntut bayaran kerja lebih masa apabila penangguhan akta kerja ini dibuat.

Advertisement

Pada 14 Ogos lepas, Pengerusi Gabungan Persatuan-persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) Datuk Abdul Malik Abdullah, telah memohon agar penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (pindaan 2022) ditangguhkan selama dua tahun.

Ini kerana tarikh kuatkuasa akta pada 1 September bukan masa yang sesuai untuk dilaksana. Ini disebabkan Pasca COVID-19 yang melanda ditambah dengan perang Rusia-Ukraine dan peningkatan inflasi yang menjadi beban kepada perniagaan dan rakyat.

Abdul Malik berkata, “Keluarga FMBA bersetuju untuk sentiasa menjaga kebajikan pekerja tetapi ia harus dilaksanakan dalam suatu keadaan di mana tiada mana-mana pihak terkesan sama ada dari pihak majikan mahupun pekerja serta rakyat Malaysia umumnya.”

Walau bagaimanapun , Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan pada 26 Ogos yang lepas telah memberi keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan pindaan Akta Kerja 1955  yang seharusnya berkuat kuasa 1 September ditangguhkan ke 1 Januari 2023.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata penangguhan itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet, selepas pihak industri dan majikan sebulat suara memohon penangguhan atas beberapa faktor.

M Saravanan juga berkata pihak industri masih berdepan isu kekurangan tenaga kerja asing berikutan kemasukan pekerja asing yang masih perlahan. Maka jika pelaksanaan pindaan akta ini dibuat ia akan menjejaskan industri.

Advertisement

Mengulas desakan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang sebelum ini mendesak kerajaan supaya tidak menangguhkan pelaksanaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022, Saravanan mengakui maklum dengan desakan itu.

Bagaimanapun katanya, kerajaan perlu mengambil kira pandangan semua pihak dan berpandangan penangguhan tiga bulan itu adalah langkah terbaik bagi mengelak majikan membuang pekerja akibat terkesan dengan penguatkuasaan akta berkenaan.

“Tentunya KSM lebih prihatin pada pekerja. Namun, ia juga tanggungjawab kita untuk melindungi majikan supaya kepentingan pekerja terpelihara,” katanya.

Author

Terkini

PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 

Hidayah Sani

Published

on

PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 
  • Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
  • Beliau turut mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India. 

KUALA LUMPUR — Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 

Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat yang dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.

Ini susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.

Sesungguhnya, jawapan tersebut amatlah bersifat lebih untuk meraih populariti dan terlalu berpolitik. Apakah wajar bagi seseorang individu mempunyai dua kerakyatan? Di manakah kecenderungan bagi individu terbabit untuk menumpahkan kesetiaanya? 

“Sepatutnya jawapan isu sensitif seumpama ini tidak perlu dilayan dengan jawapan tegas iaitu mana mungkin dan mustahil seseorang boleh memiliki dua kerakyatan malah untuk memohon menjadi rakyat Malaysia mesti memenuhi syarat-syarat yang ketat mengikut undang-undang yang sedia ada selama ini. 

“Malah ada gesaan disyaratkan dengan lebih tegas iaitu penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zarina menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Bumiputera untuk menentang cadangan itu serta berpendirian sebarang kajian tidak perlu dilakukan sama sekali kerana ia keputusan muktamad.

Advertisement

Pada masa sama, beliau mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India kerana perkara itu lebih mengundang mudarat daripada keuntungan.

Katanya, perkara perlu diberikan keutamaan bukanlah terkait kerakyatan sebaliknya isu 1.2 juta warga negara China yang direkodkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), masuk ke Malaysia dalam tempoh 2018 hingga 2021 namun masih tiada rekod keluar dari negara ini. 

Ia merupakan suatu jumlah yang amat menggusarkan dan perlu diambil tindakan telus dan tegas kerana ianya pelanggaran undang-undang dan soal keselamatan negara. 

“Ini yang patut diberi keutamaan bukan soal kerakyatan dan dikejutkan pula dengan pengumuman Menteri Pelancongan mengenai cadangan pengecualian Visa kepada pelancong terutama dari Cina dan mungkin dari India atas nama kepentingan merancakkan ekonomi tetapi boleh membawa padah kepada keselamatan negara dan masalah sosial yang kini pun sudah parah dan tidak terkawal. 

“Cuba bayangkan jika pelancong Cina masuk tanpa tapisan melalui Visa dengan bebas. Pasti ramai akan hilang dan menetap di Malaysia. 

“Isu rasuah yang menjadi barah akan menjadi lebih buruk di kalangan penguatkuasa. Perkara ini amat mengerikan kepada masa depan negara Malaysia,” kata Zarina. 

Advertisement

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghasilkan satu laporan berkenaan pengecualian visa untuk pelancong China.

King Sing berkata, kerajaan dijangka akan mendraf dasar mengenai hari lawatan yang dibenarkan untuk berada di Malaysia melalui perkhidmatan pengecualian visa. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Parti Bumiputera Perkasa Malaysia – PUTRA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending