Connect with us

Terkini

Tamat reman dakwaan seksual, bapa pelakon remaja disambung reman empat hari untuk kes lain

Bapa kepada pelakon remaja perempuan yang sebelum ini ditahan berkaitan dakwaan serangan seksual disambung direman empat hari lagi.

Wartawan TMT

Published

on

Tamat reman dakwaan seksual, bapa pelakon remaja disambung reman empat hari untuk kes lain
Foto: Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed.
  • Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, suspek direman empat hari lagi bagi siasatan berhubung dakwaan memukul anaknya itu menggunakan penyangkut baju.
  • “Beberapa saksi telah diambil keterangan berhubung kes itu dan siasatan dijalankan daripada segenap sudut,”
  • Selasa lalu, suspek direman tujuh hari setelah diberkas di sebuah rumah di Kedah.

SHAH ALAM – Bapa kepada pelakon remaja perempuan yang sebelum ini ditahan berkaitan dakwaan serangan seksual disambung direman empat hari lagi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, suspek direman empat hari lagi bagi siasatan berhubung dakwaan memukul anaknya itu menggunakan penyangkut baju.

“Suspek sebelum ini diberkas di sebuah rumah di Kedah dan kemudiannya direman tujuh hari dan reman tersebut telah tamat semalam.

“Suspek kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret pada hari ini dan kemudiannya reman terhadap suspek diberikan empat hari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas program townhall Polis Selangor di Dewan D’Cerana, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Selasa.

Arjunaidi berkata, siasatan berhubung kes tersebut sedang dijalankan secara lanjut.

“Beberapa saksi telah diambil keterangan berhubung kes itu dan siasatan dijalankan daripada segenap sudut,” katanya.

Pada Selasa lalu, bapa kepada pelakon remaja perempuan yang sebelum ini mendakwa diganggu secara seksual oleh suspek direman tujuh hari setelah diberkas di sebuah rumah di Kedah.

Sebelum itu, pada Isnin, pelakon remaja berusia 15 tahun membuat laporan pada jam 10.25 malam susulan mendakwa diganggu secara seksual oleh bapanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, bapa kepada pelakon terbabit telah membuat laporan di Balai Bandar Baharu, Kedah pada Ahad susulan pendedahan dibuat anaknya di halaman perkongsian video, YouTube mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual dan penderaan bapanya semasa berusia enam tahun.

Sumber : Sinar Harian

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending