Connect with us

Terkini

‘Sexual grooming’ terhadap anak sendiri, bapa yang ‘penakut’ – Pakar kaunseling

Baru-baru ini tular kisah yang dibawa oleh pelakon dan juga pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam majlis Anugerah Televisyen Asia 2014. Puteri Balqis binti Azizi, 15, atau mesra dipanggil Aqish telah membuat pendedahan berkaitan gangguan seksual yang dibuat oleh bapa kandungnya.

Wartawan TMT

Published

on

‘Sexual grooming’ terhadap anak sendiri, bapa yang ‘penakut’ - Pakar kaunseling
Foto: Prof. Dr. Siti Aishah Hassan.
  • Aqish, ibu dan bapanya perlu dapatkan bimbingan dan kaunseling pakar.
  • Ia lanjutan isu tular yang dibuat oleh pelakon dan pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Asia 2014, bahawa bapa kandungnya membuat gangguan seksual terhadapnya.
  • Pakar Kaunseling Keluarga iaitu Prof. Dr. Siti Aishah Hassan dari Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) menyatakan keluarga tersebut perlu mendapatkan bimbingan kaunseling daripada pakar.
  • Datuk Seri Rina Mohd Harun Menteri KPWKM pula menyatakan tindakan siasatan akan diambil terhadap mangsa dan bapanya jika ada laporan rasmi diterima.

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini tular kisah yang dibawa oleh pelakon dan juga pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam majlis Anugerah Televisyen Asia 2014. Puteri Balqis binti Azizi, 15, atau mesra dipanggil Aqish telah membuat pendedahan berkaitan gangguan seksual yang dibuat oleh bapa kandungnya.

Pendedahan itu dibongkar dalam bual bicara Podcast yang disiarkan di beberapa laman media sosial termasuk Youtube : Bros Gang Tv pada 3 September lepas.

Wakil media The Merdeka Times (TMT) telah cuba menghubungi ibu kepada Aqish iaitu Norashikin Mohd Aziz bagi mendapatkan komen berkaitan isu gangguan seksual yang dibongkar oleh Aqish. Namun Norashikin berkata, “cukuplah apa yang diberitahu oleh Aqish. Tiada komen daripada saya setakat ini.”

TMT menghubungi Pakar Kaunseling Keluarga iaitu Prof. Dr. Siti Aishah Hassan dari Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi mendapatkan komen berkaitan isu tersebut.

Kejadian gangguan seksual yang didakwa dibuat oleh ayah kandung Aqish merupakan ‘Sexual Grooming’ iaitu dapat difahami sebagai perbuatan salah yang dibuat oleh orang yang berkuasa ke atas mangsa, yang tidak berdaya dan membuat gangguan seksual tapi tidak boleh ditolak atau dilawan oleh mangsa itu. Dalam kes ini, perbuatan salah itu didakwa dibuat oleh ayah kandung mangsa sendiri.

Prof. Dr. Siti Aishah berkata tindakan didakwa dibuat oleh ayah Aqish itu sebagai ‘penakut’. Ini kerana ayah kandungnya menggunakan kuasa yang ada pada dirinya dan membuat perkara yang tidak mengikut nilai-nilai norma yang betul. Seperti menonton video lucah di depan anak yang berumur 5 tahun. Membuat onani di depan anak dan isteri serta lain-lain perkara seperti yang didakwa.

Selain daripada membuat laporan polis atas tindakan gangguan seksual, Aqish dan ibu serta ayahnya boleh mendapatkan bantuan bimbingan dan kaunseling daripada pakar-pakar sedia ada di Malaysia.

Nasihat Siti Aishah kepada ‘Pelaku Salah’ atau pemangsa, dia harus berjumpa dengan pakar kaunseling keluarga kerana perlu membetulkan tindakan dan kesalahan yang telah dibuat agar tidak berulang lagi. Ini kerana tuntutan nafsu yang tidak dibimbing dan disalurkan kepada mangsa iaitu anaknya sendiri merupakan kecelaruan minda dalam pemikiran pemangsa tersebut.

Kepada mangsa kejadian seperti Aqish dan ibu mangsa, Siti Aishah berkata, “Jangan takut membuat aduan kepada pihak-pihak berwajib atau pihak berkuasa tentang jenayah seksual yang berlaku. Kalau takut hilang punca pendapatan atau tempat tinggal, pihak kerajaan ada sediakan Rumah Perlindungan, Anjung Singgah atau NGO yang saya sendiri menjadi Presiden iaitu Association of Muslima for Nature and Advocacy (AMNA). Kita boleh sama-sama membantu mangsa dan ibu mangsa keadaan sebegini.”

Sebelum ini TMT telah menyiarkan kebimbangan yang disuarakan oleh Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkaitan dapatan oleh Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan bilangan alamat protokol internet yang sangat banyak serta disyaki menyebarkan kandungan lucah kanak-kanak.

Rina Harun ketika mengulas hal ini berkata, “Jika betul ada, kita akan panggil dia dan bapanya untuk disiasat serta tidak teragak-agak ambil tindakan tegas di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. Namun setakat ini belum ada laporan rasmi diterima pihaknya dan beliau juga baru  mengetahui perkara itu menerusi laporan media.” – The Merdeka Times.

Author

Terkini

Segera lapor SPRM jika jadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • SPRM gesa pihak yang percaya mereka menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.
  • “Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada media hari ini.
  • Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.
  • Semalam, seorang pengarah urusan syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes seperti itu dari negeri-negeri lain dan menyifatkan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini sebagai kes terpencil.

“Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot dipecahkan kepada individu serta syarikat yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending