Terkini
Selepas isu Puteri Balqis tular, lebih ramai anak gadis tampil akui ibu diam diri saat mereka dicabul keluarga sendiri
Susulan pendedahan dibuat seorang pelakon remaja perempuan yang mendakwa ketika dia berumur lima tahun, bapa kandungnya telah mencabul, melakukan onani di hadapannya dan mengajak untuk menonton video lucah bersama-sama menyebabkan ramai mangsa berhadapan nasib hampir sama tampil ke hadapan.

- Pengguna Facebook Zeeda Aziz, berkongsi tangkap layar daripada individu yang menceritakan pengalaman mereka menjadi mangsa gangguan seksual oleh keluarga sendiri.
- Lebih parah, si ibu mangsa pilih mendiamkan diri demi pertahankan suami yang telah bertindak menjadi ‘haruan makan anak’.
- Mangsa ketika itu berusia 16 tahun telah dicabul ayah kandungnya dan kini berusia 30-an terpaksa menanggung Post Traumatic Stress Disorder (PTSD).
- “Saya pendam semua ini sorang-sorang selama 17 tahun lepas, bila cerita dengan mak, mak kata mungkin cuma mimpi,” – mangsa cabul ayah kandung.
- “Puan nak ke anak-anak puan cukup makan cukup pakai tapi mereka jadi ‘lauk’ suami? Jika puan ingin cari jalan ke syurga Allah…puan berperanglah untuk selamatkan zuriat puan dari dicemari nafsu ayah mereka sendiri.” – Zeeda Aziz.
KUALA LUMPUR – Susulan pendedahan dibuat seorang pelakon remaja perempuan yang mendakwa ketika dia berumur lima tahun, bapa kandungnya telah mencabul, melakukan onani di hadapannya dan mengajak untuk menonton video lucah bersama-sama menyebabkan ramai mangsa berhadapan nasib hampir sama tampil ke hadapan.
Menerusi satu hantaran pengguna Facebook Zeeda Aziz, wanita tersebut berkongsi beberapa tangkap layar daripada individu yang menceritakan pengalaman mereka menjadi mangsa gangguan seksual oleh keluarga sendiri.
Lebih parah, apabila si ibu mangsa lebih memilih untuk mendiamkan perkara tersebut dan mempertahankan si suami yang telah bertindak menjadi ‘haruan makan anak’.
Difahamkan, mangsa yang tidak didedahkan identiti itu menjadi mangsa cabul ayah kandungnya ketika berusia 16 tahun hingga menyebabkannya mengalami Post Traumatic Stress Disorder (PTSD) dan sekarang dia masih mendapatkan rawatan daripada pakar psikiatri sekalipun perkara tersebut telah berlaku pada 17 tahun lalu.
Dalam perbualan di antara mangsa dan Zeeda Aziz, mangsa menjelaskan bahawa beliau sudah lama ingin memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan realiti tersebut namun dihimpit rasa segan dan takut ia membuka aib keluarga.
Namun, melihat pelakon remaja Puteri Balqis yang berani ke hadapan justeru dia turut terpanggil.
Sebahagian daripada perbualan tersebut;
Zeeda Aziz : Maaf tanya, boleh saya tahu apa yang ayah *** buat?
Mangsa : Banyak. Jijik nak cerita. Cuma mula2 dia cuba raba buah dada saya masa tengah tidur dan saya tersedar. Masa itu mak tak ada dirumah sebab belum balik dari kerja. Saya pendam semua ini sorang-sorang selama 17 tahun lepas, bila cerita dengan mak, mak kata mungkin cuma mimpi.
Zeeda Aziz : Awareness patut dibuat secara besar untuk para ibu. Sebab masalahnya sekarang ini, ibu-ibu takut kehilangan suami. Macam rezeki tu Allah bagi melalui suami je. Tak ada suami..tak makan. Jadi kalau anak-anak jadi lauk pun redha je lah.
Mangsa : Iya puan. Itu yang berlaku pada mak saya. Bila saya tanya kenapa dulu abaikan aduan kakak. Dia (ibu mangsa) kata dia serba salah sebab masa itu adik-adik kecil lagi dan dia perlukan suami.
Zeeda Aziz : Saya tak faham mindset anak perlukan ayah tapi ayah makan anak. Simbiosis apa ini?
Mangsa : Sebab biasanya yang jadi mangsa seorang anak tapi nak melindungi anak yang lain..Macam tu lah..tragis bunyinya..tapi itulah yang saya rasa sampai sekarang.
Katanya, gara-gara kejadian tersebut juga hubungan dia bersama adik-beradik lain menjadi tidak baik kerana dia berdendam dan menganggap disebabkan mereka dia perlu berkorban.
Menurutnya selepas peristiwa itu, dia menjadi teringin tengok cerita lucah sehingga pernah onani.
Bahkan, mangsa tidak dapat menamatkan pengajian kerana dibuang universiti disebabkan terlampau stres. Mengulas berkenaan keadaan kesihatannya yang mengalami PTSD, mangsa menyatakan bahawa dia tidak berani mendapatkan kerja tetap kerana sebelum ini pernah berhadapan dengan anxiety yang teruk.
Lebih menyedihkan, apabila mangsa pernah diberitahu oleh ibunya bahawa ketika mangsa mengadu akan kejadian tersebut si ibu telah mendapatkan pengesahan dari si ayah yang mengakuinya dan meminta untuk tindakan diambil ke atasnya.
“Puan nak tahu…lepas saya dapatkan rawatan usia 31 tahun itu…baru mak buka mulut. Mak kata lepas saya mengadu tu dia ada tanya abah…abah mengaku dan minta dimasukkan ke penjara sebab rasa bersalah…tapi saya terkilan sebab mak sembunyikan semua ini dari saya.”
“Mak kata abah sakit ketika itu. Tapi saya tak tahu apa-apa,” kata mangsa yang turut menegaskan atas alasan apa-apa pun si pelaku tidak boleh membiarkan perkara ini berada dalam keadaan terkontang-kanting sebaliknya perlu cari jalan penyelesaian.
Sementara itu, Zeeda Aziz turut menyeru para wanita bergelar ibu untuk mengutamakan keselamatan anak-anak mereka di dalam rumah sendiri.
Katanya, “Allah tak pernah kata rezeki isteri masuk ke dalam akaun suami. Allah tak pernah kata, wanita yang diceraikan akan merempat tak makan dan mati kebuluran di tepi jalan.
Setiap yang bernyawa ada rezeki masing-masing dan janganlah pasang mindset…kalau laki aku takda, anak-anak nak makan apa?
Apabila puan-puan mendapat aduan dari anak yg mereka dicabul/diliwat/dirogol suami….jadilah seperti singa betina yang garang melindungi anak²nya.”
Menurutnya, golongan wanita perlu bermuhasabahkan diri andai masih mengganggap seorang anak perlukan ayah untuk meneruskan kehidupan sedangkan ironinya ayah tersebut manusia bertopengkan syaitan.
“Puan nak ke anak-anak puan cukup makan cukup pakai tapi mereka jadi ‘lauk’ suami? Jika puan ingin cari jalan ke syurga Allah…puan berperanglah untuk selamatkan zuriat puan dari dicemari nafsu ayah mereka sendiri,” tegasnya yang mengharapkan anak-anak dijauhkan daripada menjadi mangsa haruan makan anak.
Sumber : Facebook Zeeda Aziz
Terkini
DBKL tarik balik larangan jual arak
Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

- Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
- Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
- Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
- “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
- “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
- Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
- Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.
“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.
Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.
Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.
“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal).
“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.
“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.
Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini4 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
Bekas banduan Palestin dakwa dicabul, diserang guna anjing di penjara rejim Israel