Connect with us

Komuniti

Ibu bapa abai luahan anak faktor aib keluarga dikongsi kepada umum?

Sebelum membangkitkan tentang aib, perkara lebih penting untuk di muhasabahkan bersama adalah bagaimana sepatutnya sistem keibubapaan berfungsi sebagai tempat untuk anak-anak mengadu dan melaporkan sebarang masalah.

Wartawan TMT

Published

on

Ibu bapa abai luahan anak faktor aib keluarga dikongsi kepada umum?
  • Ibu bapa tempat untuk anak-anak mengadu dan melaporkan sebarang masalah.
  • Reaksi dan tindakan ibu bapa menjadi penentu sama ada si anak memilih untuk memendam masalah tersebut dan terus merana, atau membongkarnya sehingga dihakimi orang ramai.
  • Masyarakat perlu dididik bersikap lebih berhati-hati kerana tugas menghukum hanya terletak di bahu pihak berkuasa.
  • Dari kes kontroversi pelakon remaja perempuan mendakwa bapa kandungnya membuat gangguan seksual dapat belajar tentang keperluan pemeliharaan aib dan kepentingan menyalurkan masalah hanya kepada pihak berautoriti.

KUALA LUMPUR – Sebelum membangkitkan tentang aib, perkara lebih penting untuk di muhasabahkan bersama adalah bagaimana sepatutnya sistem keibubapaan berfungsi sebagai tempat untuk anak-anak mengadu dan melaporkan sebarang masalah.

Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata demikian ketika mengulas berkenaan kontroversi terpalit seorang pelakon remaja perempuan yang mendakwa bapa kandungnya membuat gangguan seksual ketika dia berumur lima tahun.

Susulan pendedahan dibuat pelakon tersebut menerusi satu temubual di YouTube ‘Bros Gang TV’ pelbagai reaksi masyarakat dapat dilihat di mana ada diantaranya mendakwa tindakan tersebut membuka aib keluarga.

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, “Seorang anak dianiayai bapanya dari sudut seksual dan emosi bukanlah satu isu kecil. Saya tidak pasti kebenarannya kerana satu-satunya kaedah untuk mensahihkannya adalah muka pengadilan. Tindakan untuk melaporkan ke balai polis adalah amat wajar dan paling utama.”

Dari FB Datuk Dr Zulkifli

Bagaimanapun, beliau menegaskan dalam permasalahan ini hal yang wajar disemak terlebih dahulu merupakan ibu bapa itu sendiri kerana mereka merupakan tempat untuk anak-anak mengadu dan melaporkan sebarang masalah.

Menurutnya bagaimana reaksi dan tindakan daripada ibu bapa ketika anak-anak mengadu sebarang masalah akan menentukan sama ada si anak memilih untuk memendam masalah tersebut dan terus merana, atau membongkarnya sehingga dihakimi orang ramai.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa masyarakat perlu dididik bersikap lebih berhati-hati kerana tugas menghukum hanya terletak di bahu pihak berkuasa. 

Jelasnya, “Apabila berlaku konflik kekeluargaan seperti yang tular baru-baru ini, itulah saat terbaik masyarakat untuk kembali memuhasabah peranan masing-masing sebagai anak dan ibu bapa serta memperkukuh kekurangan yang ada dalam keluarga masing-masing.

Dari sinilah baru kita belajar tentang keperluan pemeliharaan aib dan kepentingan untuk menyalurkan masalah hanya kepada pihak berautoriti. 

Sistem sokongan seperti ini tidak akan berhasil tanpa ibu bapa dan ahli keluarga yang cakna dan benar-benar memainkan peranannya,” ujarnya menerusi hantaran di Facebook pada hari Rabu.

Beliau turut mengatakan bahawa kita perlu meletakkan sepenuh kepercayaan kepada sistem perundangan kita. Di samping itu, sebagai Muslim kita yakin Allah Maha Adil lagi Bijaksana. Besarnya tanggungjawab ibu bapa, besar juga dosa yang ditanggung jika amanah tidak dilunaskan sebaiknya.

Sumber : Facebook Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Author

Komuniti

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong

Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Hanani Zulkifli

Published

on

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong
Foto: Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung (kiri), & Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri (kanan hujung).
  • Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
  • Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
  • Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     
  • “Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.
  • “Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

KUALA LUMPUR – Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     

“Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.

“Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

Firdaus Wong berkata sahabatnya itu berkelayakan jurusan pengajian Islam dari Universiti Maghribi dan sangat aktif dalam bidang dakwah, khususnya penulisan dalam bidang hadis, maqasid syariah dan sejarah Islam.

Malah, katanya, Mohd Fikri telah menghasilkan lebih 20 buku dan pernah menjadi kolumnis dalam beberapa majalah.

“Namun hasratnya untuk meneruskan usaha dakwah itu terhenti disebabkan penyakit yang dialaminya,” kata Firdaus Wong. 

Mana-mana pihak ingin membantu usaha dakwah dan kebajikan MRM, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun MAYBANK 5648 1052 0353 (Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor). — The Merdeka Times

Sumber:  Facebook

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending