Connect with us

Terkini

Bapa Puteri Balqis ditahan reman tujuh hari

Bapa kepada seorang pelakon remaja perempuan yang sebelum ini mendakwa diganggu secara seksual oleh lelaki itu direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Bapa Puteri Balqis ditahan reman tujuh hari
  • Pelakon remaja perempuan itu sebelum ini mendakwa diganggu secara seksual oleh bapa kandungnya. 
  • “Suspek berusia 43 tahun ditahan kira-kira jam 2.25 petang di Kedah,” – Ketua Polis Daerah Subang Jaya.
  • Telefon bimbit suspek akan dihantar ke Jabatan Forensik PDRM untuk dianalisa.
  •  Suspek tidak mempunyai rekod lampau dan negatif dadah.

SUBANG JAYA – Bapa kepada seorang pelakon remaja perempuan yang sebelum ini mendakwa diganggu secara seksual oleh lelaki itu direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek yang berusia 43 tahun ditahan kira-kira jam 2.25 petang di Kedah.

“Suspek yang diberkas merupakan bapa kandung kepada mangsa. Polis turut merampas sebuah telefon bimbit daripada suspek.

“Rampasan akan dihantar ke Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dianalisa,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Katanya, semakan dijalankan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

“Hasil saringan dijalankan juga mendapati suspek negatif dadah,” katanya.

Pada Isnin, seorang pelakon remaja berusia 15 tahun membuat laporan pada jam 10.25 malam susulan mendakwa diganggu secara seksual oleh bapanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, bapa kepada seorang pelakon membuat laporan di Balai Bandar Baharu, Kedah pada Ahad susulan pendedahan dibuat anaknya di halaman perkongsian video, YouTube dengan mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual dan penderaan bapanya semasa berusia enam tahun.

Sumber : Sinar Harian

Author