Terkini
“Bapa Puteri Balqis boleh didakwa atas tiga kesalahan,” – peguam
Bapa seorang pelakon remaja boleh didakwa atas perbuatannya melakukan gangguan seksual terhadap remaja tersebut dalam insiden yang dipercayai berlaku kira-kira 10 tahun lalu.

- Gangguan seksual tersebut dipercayai berlaku kira-kira 10 tahun lalu.
- “Tiada had masa ditetapkan untuk pendakwaan sebarang kes jenayah,” – peguam
- Bapanya boleh disiasat dan didakwa atas tiga kesalahan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.
- Kesalahan di bawah Seksyen 14 (a) berkaitan peruntukan menyentuh mana-mana bahagian badan seseorang kanak-kanak bagi maksud seksual dan Seksyen 15 (c) iaitu melakukan aktiviti bersifat seksual di hadapan seseorang kanak-kanak.
- Seksyen 15(e) akta peruntukkan kesalahan menyebabkan kanak-kanak memerhati apa-apa gambaran sama ada dalam bentuk visual atau audio mengenai mana-mana orang lain melakukan aktiviti bersifat seksual.
- Mangsa boleh buat laporan polis dan jika pihak polis buka kertas siasatan dan didapati memang ada kesalahan dilakukan, pendakwa raya boleh buat pertuduhan ke atas bapanya.
SHAH ALAM – Bapa seorang pelakon remaja boleh didakwa atas perbuatannya melakukan gangguan seksual terhadap remaja tersebut dalam insiden yang dipercayai berlaku kira-kira 10 tahun lalu.
Peguam, Ng Xin Ru berkata, tiada had masa ditetapkan untuk pendakwaan terhadap sebarang kes jenayah.
Beliau berkata, berdasarkan pendedahan dibuat oleh pelakon remaja itu, bapanya boleh disiasat dan didakwa atas tiga kesalahan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.
Antaranya membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 14 (a) berkaitan peruntukan menyentuh mana-mana bahagian badan seseorang kanak-kanak bagi maksud seksual dan Seksyen 15 (c) iaitu melakukan aktiviti bersifat seksual di hadapan seseorang kanak-kanak.
Menurut beliau, Seksyen 15(e) akta itu turut memperuntukkan kesalahan menyebabkan seseorang kanak-kanak memerhati apa-apa gambaran sama ada dalam bentuk visual atau audio mengenai mana-mana orang lain yang melakukan aktiviti bersifat seksual.
“Memang boleh didakwa untuk kes ini (bapa mangsa). Mangsa boleh buat laporan polis dan jika pihak polis buka kertas siasatan dan didapati memang ada kesalahan dilakukan, pendakwa raya boleh buat pertuduhan ke atas bapanya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Baru-baru ini, pelakon remaja berkenaan menerusi satu temu bual di akaun YouTube membuat pendedahan mengenai kisah silamnya yang berhadapan dengan beberapa gangguan seksual daripada bapa kandungannya.
Pelakon remaja itu mendakwa, ketika dia berumur lima tahun, bapanya bukan sahaja sering mencabulnya, malah turut melakukan onani di hadapannya dan mengajak untuk menonton video lucah bersama-sama.
Sumber : Sinar Harian
Terkini
DBKL tarik balik larangan jual arak
Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

- Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
- Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
- Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
- “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
- “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
- Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
- Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.
“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.
Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.
Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.
“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal).
“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.
“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.
Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini4 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
Bekas banduan Palestin dakwa dicabul, diserang guna anjing di penjara rejim Israel