Antarabangsa
Senator di Filipina mahu orang Islam, orang asli ada tanah perkuburan di bandar
Senator Filipina, Robinhood Padilla mencadangkan penggubalan rang undang-undang mengiktiraf hak orang Islam dan orang asli untuk mempunyai kawasan perkuburan di tanah perkuburan awam di bandar-bandar di republik itu.

- Senator Filipina, Robinhood Padilla mencadangkan penggubalan rang undang-undang bagi mengiktiraf hak orang Islam dan orang asli mempunyai tanah perkuburan awam di bandar-bandar di republik itu.
- Ia susulan ramai rakyat Filipina Muslim menghadapi kesukaran menghantar jenazah ke Mindanao di selatan negara itu yang memerlukan kos yang mahal dan melalui proses rumit.
- Tanah perkuburan awam akan menentukan saiz tanah perkuburan bagi orang Islam, orang asli dan kelompok lain.
MANILA – Senator Filipina, Robinhood Padilla mencadangkan penggubalan rang undang-undang mengiktiraf hak orang Islam dan orang asli untuk mempunyai kawasan perkuburan di tanah perkuburan awam di bandar-bandar di republik itu.
Memfailkan Rang Undang-Undang Senat No. 1273, Padilla berkata ramai rakyat Filipina beragama Islam mengalami kesukaran menghantar jenazah orang tersayang ke Mindanao (wilayah majoriti Muslim) yang memerlukan kos tinggi dan proses rumit untuk ahli keluarga.
Beliau berkata umat Islam mematuhi adat tertentu, termasuk pengebumian segera jenazah tanpa pembakaran mayat, bedah siasat atau penangguhan.
“Semua upacara pengebumian ini secara tradisinya sah dalam menzahirkan identiti kita sebagai warga Filipina yang mempunyai beberapa upacara pengebumian di seluruh negara, sekali gus meningkatkan kekayaan budaya kita,” kata Padilla dipetik portal berita GMA News.
Di bawah langkah dicadangkan Padilla, tanah perkuburan awam akan menentukan saiz tanah perkuburan bagi orang Islam, orang asli dan kelompok lain. Sekiranya ada bahagian tidak mencukupi, pihak kerajaan tempatan terbabit boleh membeli tanah atau boleh didermakan warganegara Filipina.
Padilla berkata penempatan itu hendaklah diwujudkan di kawasan bandar dengan kepadatan tinggi, bandar kecil dan semua wilayah di Filipina.
Untuk rekod, senator Padilla memeluk Islam pada tahun 1990-an.
Sumber: GMA News
Antarabangsa
‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman
Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

- Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
- Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
- Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
- “Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
- Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.
Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
“Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
Tuntutan itu juga mendakwa plaintif berdepan kemudaratan, penghinaan awam, pengawasan, gangguan dalam perjalanan, penafian pekerjaan dan “secara efektif dibuang oleh AS”.
Saman itu turut menegaskan walaupun dikeluarkan dari senarai pemantauan FBI itu, mereka tetap akan mengalami kesan negatif seumur hidup yang bakal memudaratkan mereka.
Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.
Bercakap kepada pemberita di New Jersey, Khairullah berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengapa namanya berada dalam senarai pemantauan itu dan tidak juga diperjelaskan jika namanya sudah dikeluarkan.
Sumber: Anadolu Ajansı
-
Terkini2 days ago
Anak mualaf bersyukur MRM bantu uruskan jenazah ibu
-
Terkini4 days ago
Peniaga terima wang menerusi DuitNow QR akan dicaj bermula 1 November
-
Antarabangsa3 days ago
Penutupan kerajaan AS tidak dapat dielakkan – Biden
-
Antarabangsa3 days ago
Malaysia dijangka beri pengecualian visa kepada pelancong China