Connect with us

Terkini

Rakan sel tekun baca kitab suci, banduan bertatu kini hafaz Quran

Menjalani hukuman penjara bukan sahaja mengubah seorang individu yang terkenal dengan sikap bengis sehingga mendapat hidayah, malah ia turut mula mendorongnya untuk menghafaz al-Quran.

Wartawan TMT

Published

on

Rakan sel tekun baca kitab suci, banduan bertatu kini hafaz Quran
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang banduan yang dikenali dengan imej bertatu dan bengis di Penjara Kluang memeluk Islam setelah mendapat hidayah dan menghafaz al-Quran.
  • Amin (bukan nama sebenar) menjalani hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan atas kesalahan merogol.
  • Kesedaran (hidayah) itu timbul secara tidak sengaja selepas dia melihat ketekunan rakan selnya di dalam penjara yang membaca kitab suci tersebut setiap kali selepas solat.

SHAH ALAM – Menjalani hukuman penjara bukan sahaja mengubah seorang individu yang terkenal dengan sikap bengis sehingga mendapat hidayah, malah ia turut mula mendorongnya untuk menghafaz al-Quran.

Itulah pengalaman dilalui seorang banduan dikenali dengan panggilan Amin (bukan nama sebenar) apabila mula menjalani hukuman penjara selepas didapati bersalah atas kesalahan merogol.

Menceritakan perasaan dilaluinya semasa mula menjalani hukuman tersebut, dia yang sebelum ini dikenali sebagai lelaki berperwatakan bengis dengan tubuh dicacah tatu itu berkata, memang agak sukar untuk dirinya menerima takdir tersebut.

“Tapi bila saya dah convert (memeluk Islam), saya terima banyak hikmah dalam tempat ini (penjara). Bukan sekadar masuk Islam, tapi banyak ilmu berkaitan agama yang saya belajar dalam ni,” katanya dalam sebuah video Iktibar Tirai Besi bertajuk Banduan ‘Langsi Tersungkur’ pada Khamis.

Amin yang menjalani hukuman di Penjara Kluang mengakui agak berdebar ketika pertama kali membuat keputusan untuk mengucap dua kalimah syahadah, iaitu setahun selepas berada di penjara.

“Masa itu waktu Zohor, orang ramai. Saya diislamkan oleh guru agama saya. Selepas daripada itu, saya dibenarkan untuk menunaikan solat sunat dua rakaat.

“Perasaan itu memang tidak tahu nak gambarkan apa, masa itu cuma ikut sahaja sebab tak tahu lagi lagi macam mana nak solat,” ujarnya yang kini turut menjalani program hafazan al-Quran di sekolah Tahfiz Tarbiyah Husnul Khatimah, Penjara Kluang.

Advertisement

Amin berkata, keputusannya untuk masuk Islam itu juga mendapat sokongan dan restu daripada ibunya.

Berkisah mengenai detik awal permulaannya mendekati al-Quran, Amin berkata, kesedaran itu timbul secara tidak sengaja selepas dia melihat ketekunan rakan selnya di dalam penjara yang membaca kitab suci tersebut setiap kali selepas solat.

Selepas daripada itu, Amin berkata, dia mula bertanyakan kepada rakannya berkenaan perkara tersebut sebelum dirujuk untuk berjumpa dengan pegawai bagi dimasukkan ke dalam sekolah agama.

“Apabila nak belajar itu memang berdebar, sebab nak jumpa dan mengaji depan ustaz. Tapi perasaan lepas membaca itu memang seronok sebab ramai kawan sama mengaji dan belajar belajar daripada iqra satu sampai enam hingga lepas itu itu naik al-Quran.

“Mendorong saya untuk belajar ini juga sebab sekolah sini dia tak hanya terapkan khas untuk belajar membaca al-Quran, tapi dia ajarkan juga ilmu ibadah, muamalat dan macam-macam lagi berkaitan dengan agama Islam,” ujarnya yang menyasarkan menghafaz 10 juzuk al-Quran ketika tempoh menjalani hukuman.

Sementara itu, Amin yang berasal dari Sarawak itu mengakui bahawa beliau kini masih belum bersedia untuk berhadapan dunia luar yang menurutnya penuh dengan pelbagai cabaran dan godaan sekiranya dibebaskan.

Advertisement

“Walaupun dah lapan tahun, saya rasa belum bersedia lagi sebab saya nak kumpul lagi ilmu untuk nak berhadapan dengan pelbagai pancaroba dekat luar sana,” katanya yang dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan kerana kesalahan tersebut.

Sumber: Sinar Harian 

 

Author

Terkini

Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK

Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
  • Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
  • “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 
  • “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.

“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 

“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.    

Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.

Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen. 

Advertisement

Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.

Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.

“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.

Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.

Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.

Advertisement

Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending