Connect with us

Antarabangsa

Putera Charles kini pegang takhta Raja England

Anak sulung Ratu Elizabeth II, Putera Charles kini menjadi Raja England secara automatik dengan gelaran Raja Charles III ekoran kemangkatan bondanya di kediamannya di Balmore, Scotland pada tengah hari Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Putera Charles kini pegang takhta Raja England
Foto: Gambar fail Raja Charles III (kiri) ketika bergelar Putera Wales bersama bondanya, Ratu Elizateh II. - Foto AFP.
  • Anak sulung Ratu Elizabeth II, Putera Charles menjadi Raja England secara automatik dengan gelaran Raja Charles III ekoran kemangkatan bondanya.
  • Pengisytiharan itu akan dibuat secara rasmi pada Sabtu di Istana St James di London di hadapan sebuah badan istiadat diraja.
  • Putera Charles kini berumur 73 tahun.
  • Ketika Ratu Elizabeth II menjadi ratu, Putera Charles bergelar Putera Wales dan merupakan pewaris pertama takhta diraja England.

LONDON – Anak sulung Ratu Elizabeth II, Putera Charles kini menjadi Raja England secara automatik dengan gelaran Raja Charles III ekoran kemangkatan bondanya di kediamannya di Balmore, Scotland pada tengah hari Khamis.

Perkara tersebut disahkan oleh pejabat kediaman anak ketua negara Britain itu, Clarence House, menurut laporan PA Media.

Menurut BBC, pengisytiharan secara rasmi sebagai Raja England akan dibuat pada Sabtu di Istana St James di London di hadapan sebuah badan istiadat diraja.

Berikutan kemangkatannya, anak sulung Ratu Elizabeth II itu mengeluarkan kenyataan bahawa kemangkatan bondanya itu merupakan detik kesedihan yang paling besar buat diri dan semua ahli keluarganya.

Anak sulungnya itu berumur 73 tahun.

“Kami sangat berduka atas pemergian seorang ratu yang dihormati dan seorang ibu yang sangat disayangi.

“Saya tahu kehilangannya akan sangat dirasai di seluruh negara, Komanwel dan oleh ramai orang di seluruh dunia,” katanya seperti dilaporkan BBC.

Ratu Elizateh mangkat ketika berumur 96 tahun.

Ketika bondanya menjadi ratu, anak lelaki sulungnya itu bergelar Putera Wales dan merupakan pewaris pertama takhta diraja England.

Dalam pada itu, beliau bersama adik perempuannya, Puteri Anne sempat berada di sisi Ratu Elizabeth II di atas katil di kediamannya di Balmoral, Scotland sebelum beliau mangkat pada tengah hari waktu tempatan pada Khamis, kata sumber.

Mereka berdua sudah berada di Scotland ketika tahap kesihatan bertambah lebih teruk dan dapat menemuinya tepat pada masanya sebelum kemangkatannya, kata sumber tersebut.

Dua lagi anak Ratu Elizabeth II, Putera Andrew dan Putera Edward, isterinya Sophie dan anak Raja England kini, Putera William semuanya terbang dari Berkshire melalui jet peribadi ke Aberdeen pada Khamis ketika mereka bergegas ke Balmoral untuk melihatnya.

Bagaimanapun, difahamkan mereka tidak sampai ke kediaman tersebut tepat pada masanya.

Adik putera William, Putera Harry yang sepatutnya menghadiri acara amal bersama isterinya, Meghan di London juga cuba sampai ke Balmoral tepat pada masa tetapi beliau tiba pada pukul 8 malam pada waktu tempatan. – Agensi

Sumber : Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Kudis merebak dalam kalangan tahanan Palestin

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.
  • Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.
  • Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.
  • Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.

Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.

Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Terdahulu, CNN mendedahkan seksaan ngeri Israel dengan informasi penyaksian penderaan sistemik dilakukan rejim zionis terhadap tahanan warga Palestin di fasiliti tahanan mereka. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending