Terkini
PRU15 : PAS sedia ketengahkan 30 peratus calon muda
Pemuda Pas bersedia untuk mengetengahkan lebih ramai calon muda dengan 30 peratus akan mewakili parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

- “Kami bukan hanya sedia 30 peratus, tetapi telah 100 peratus. Pada masa sama, kita juga mengambil kira keboleh harapan calon yang menjadi faktor akan dipertimbangkan parti.” – Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari.
- Ia merupakan satu bukti bahawa parti sentiasa menghargai generasi muda dan sentiasa relevan untuk pelbagai situasi perkembangan semasa.
- “Kami telah bersedia dengan senarai nama calon muda untuk mewakili parti dan akan diputuskan parti di peringkat akhir.”
ALOR SETAR – Pemuda Pas bersedia untuk mengetengahkan lebih ramai calon muda dengan 30 peratus akan mewakili parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya bersedia untuk memenuhi keputusan parti, malah menganggap ia sebagai satu cabaran kepada mereka.
Beliau berkata, Pemuda Pas bukan sahaja bersedia untuk membekalkan 30 peratus calon muda bagi berdepan pilihan raya nanti, malah menyediakan 100 peratus.
“Kami bukan hanya sedia 30 peratus, tetapi telah 100 peratus. Pada masa sama, kita juga mengambil kira keboleh harapan calon yang menjadi faktor akan dipertimbangkan parti.
“Apa yang disebut Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man merupakan satu bukti bahawa parti sentiasa menghargai generasi muda,” katanya ketika sidang akhbar Muktamar Pemuda Pas kali ke-63 di sebuah hotel pada Khamis.
Ahmad Fadhli menyifatkan, kenyataan Timbalan Presiden Pas turut membuktikan Pas sentiasa relevan untuk pelbagai situasi perkembangan semasa.
Tambah beliau, Pemuda Pas menganggap perkara ini sebagai cabaran kepada mereka untuk membekalkan calon di peringkat bawah yang boleh dikira sebagai ‘calon reliable’ untuk dimenangi.
“Kami telah bersedia dengan senarai nama calon muda untuk mewakili parti dan akan diputuskan parti di peringkat akhir,” katanya.
Sebelum itu, Tuan Ibrahim semasa memberi ucapan perasmian Muktamar Pemuda Pas menyatakan pendirian bahawa sekurang-kurangnya 30 peratus daripada pemuda akan mewakili parti dalam PRU15.
Sumber : Sinar Harian
Terkini
Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

- Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
- Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
- Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
- “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
- Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.
“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.
Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.
Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.
Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS