Terkini
PRU15 : MUDA bergabung dengan PH
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sebulat suara bersetuju untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) sebagai salah satu parti komponen dalam gabungan itu.

- “Muda terbuka membincangkan secara rasmi dengan Majlis Presiden PH tentang hala tuju negara untuk memastikan suara rakyat diangkat dan bina Malaysia maju dan bermaruah serta meraikan kepelbagaian agama dan kaum.” – Syed Saddiq, presiden MUDA.
- Perbincangan tidak rasmi bagi penyertaan Muda dalam PH telah dilakukan sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
KUALA LUMPUR – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sebulat suara bersetuju untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) sebagai salah satu parti komponen dalam gabungan itu.
Perkara itu diputuskan melalui Persidangan Pilihan Raya Muda yang berlangsung pada Isnin dan Selasa.
Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya terbuka untuk mengadakan perbincangan secara rasmi dengan Majlis Presiden PH berhubung perkara itu.
Menurutnya, perbincangan secara tidak rasmi bagi penyertaan Muda dalam PH telah dilakukan sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
“Muda terbuka membincangkan secara rasmi dengan Majlis Presiden PH tentang hala tuju negara untuk memastikan suara rakyat diangkat dan bina Malaysia maju dan bermaruah serta meraikan kepelbagaian agama dan kaum.
“Bukan sekadar kolaborasi dengan PH (untuk PRU15) tapi bermula perbincangan awal untuk penyertaan blok stabil dengan prinsip perjuangan yang sama.
“Saya tidak boleh ulas lanjut sehingga adanya rundingan rasmi,” katanya pada sidang media selepas persidangan itu pada Selasa.
Terkini
Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

- Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
- Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
- Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
- “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
- Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.
“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.
Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.
Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.
Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
-
Terkini4 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN