Connect with us

Terkini

Perbicaraan hari terakhir kes gangguan seksual Ebit Lew

Pendakwah terkenal, Ebit Lew tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Tenom pada 9.20 pagi bagi menghadiri perbicaraan hari keempat kes gangguan seksual yang dihadapinya.

Wartawan TMT

Published

on

Perbicaraan hari terakhir kes gangguan seksual Ebit Lew
Foto: Ebit Lew memasuki Mahkamah di hari terakhir perbicaraan.

KUALA LUMPUR – TENOM – Pendakwah terkenal, Ebit Lew tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Tenom pada 9.20 pagi bagi menghadiri perbicaraan hari keempat kes gangguan seksual yang dihadapinya.

Ebit Lew, 37, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim dilihat berpakaian serba hitam memasuki pekarangan mahkamah.

Perbicaraan hari ini diteruskan dengan sesi soal jawab bersama Firdaus Wong sebagai saksi ketiga dalam kes itu. 

Prosiding perbicaraan bersambung di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri, dan Nur Masrin Amalia.

Ebit berhadapan dengan 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Author

Terkini

Malaysia gesa Israel tidak burukkan keadaan tegang di Timur Tengah

Malaysia menggesa rejim zionis Israel untuk tidak mengambil apa-apa lagi tindakan balas yang akan memburukkan lagi keadaan tegang di Timur Tengah. 

Avatar

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Malaysia menggesa rejim zionis Israel untuk tidak mengambil apa-apa lagi tindakan balas yang akan memburukkan lagi keadaan tegang di Timur Tengah. 
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata terdapat tanda jelas bahawa masyarakat antarabangsa tidak mahu melihat keadaan yang lebih buruk lagi.
  • “Pelancaran dron-dron oleh Iran merupakan tindakan yang sah berikutan serangan biadab oleh rejim zionis Israel terhadap kedutaan Iran di Damsyik. 
  • “Kita berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh kerajaan Iran bahawa ia tidak akan mengambil apa-apa lagi tindakan, kecuali diserang oleh rejim Zionis Israel,” kata Anwar dalam kenyataan di Facebook beliau semalam.

KUALA LUMPUR – Malaysia menggesa rejim zionis Israel untuk tidak mengambil apa-apa lagi tindakan balas yang akan memburukkan lagi keadaan tegang di Timur Tengah. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata terdapat tanda jelas bahawa masyarakat antarabangsa tidak mahu melihat keadaan yang lebih buruk lagi.

“Pelancaran dron-dron oleh Iran merupakan tindakan yang sah berikutan serangan biadab oleh rejim zionis Israel terhadap kedutaan Iran di Damsyik. 

“Kita berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh kerajaan Iran bahawa ia tidak akan mengambil apa-apa lagi tindakan, kecuali diserang oleh rejim Zionis Israel,” kata Anwar dalam kenyataan di Facebook beliau semalam.

Mengulas lanjut, Anwar berkata kepentingan negara akan sentiasa menjadi matlamat utama, malah beliau sendiri mempengerusikan Mesyuarat Khas Sidang Majlis Keselamatan Negara pada Isnin bagi membincangkan lanjut situasi tegang di Timur Tengah itu.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan pegawai-pegawai kanan kerajaan lain.

Beliau berkata mengambil kira perbincangan kelmarin, mesyuarat yang diadakan dua hari berturut-turut menunjukkan perhatian serius Kerajaan Madani terhadap isu Timur Tengah selain usaha diambil untuk memastikan Malaysia dan rakyatnya tidak terjejas oleh situasi terbabit.

“Setakat ini, perkembangan ini memberikan kesan yang kecil kepada negara. BSKL (Bursa Saham Kuala Lumpur) dibuka dengan kejatuhan yang amat kecil, yang mencerminkan trend serantau. 

“Walau apa pun, Kerajaan Madani akan terus memantau perkembangan ini dengan teliti dan akan mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan bahawa keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat akan sentiasa terjamin. Kepentingan negara akan sentiasa menjadi matlamat utama,” katanya.

Beliau berkata kunci penyelesaian kepada isu itu ialah penyelesaian serta-merta yang adil terhadap keadaan tidak berperikemanusiaan yang melanda Gaza. 

“Oleh itu, perhatian masyarakat antarabangsa mesti ditumpukan kepada isu ini, tanpa gangguan lain. Gencatan senjata yang berkekalan mesti diwujudkan untuk membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan. 

“Dalam hal ini, sumbangan Malaysia terbaru sebanyak 100 kontena dijangka akan berlepas pada 27 April 2024,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending