Terkini
Penjawat awam gred 48 patut naik gaji lebih, bukan sama KGT – Ahli Parlimen PKR Setiawangsa
Kerajaan sepatutnya memberikan kenaikan gaji yang lebih bagi penjawat awam gred 48 ke bawah dan bukannya memberi kenaikan gaji tahunan (KGT) sama bagi semua kakitangan awam di negara ini.

- Kerajaan sepatutnya memberikan kenaikan gaji yang lebih bagi penjawat awam gred 48 ke bawah dan bukannya memberi kenaikan gaji tahunan (KGT) sama bagi semua kakitangan awam.
- Ini kerana majoriti penjawat awam gred 48 ke bawah tergolong dalam kelompok B40 yang lebih terjejas akibat tekanan ekonomi.
- Ahli Parlimen Setiawangsa dari PKR, Nik Nazmi bin Nik Ahmad berkata saranan memberikan penumpuan kepada golongan yang lebih terjejas itu juga berdasarkan kemampuan dan kedudukan kewangan negara yang terhad.
KUALA LUMPUR – Kerajaan sepatutnya memberikan kenaikan gaji yang lebih bagi penjawat awam gred 48 ke bawah dan bukannya memberi kenaikan gaji tahunan (KGT) sama bagi semua kakitangan awam di negara ini.
Ini kerana majoriti penjawat awam gred 48 ke bawah tergolong dalam kelompok B40 yang lebih terjejas akibat tekanan ekonomi membabitkan kenaikan kos barangan asas, kenaikan inflasi dan harga minyak.
Ahli Parlimen Setiawangsa dari PKR, Nik Nazmi bin Nik Ahmad berkata saranan memberikan penumpuan kepada golongan yang lebih terjejas itu juga berdasarkan kemampuan dan kedudukan kewangan negara yang terhad.
“Saya tak kata mereka yang gred 48 atau gred 52 hidup senang lenang. Golongan M40 juga terasa sekarang bila harga barang naik. Cuma saya setuju dalam keadaan kewangan negara yang agak terhad, apalah salahnya kalau kita naikkan lebih (gaji) untuk golongan gred 48 ke bawah.
“Dan kita tangguhkan dahulu untuk kenaikan gaji kakitangan kerajaan untuk gred 48 ke atas,” katanya kepada media selepas kempen tanaman pokok anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) di Kebun Bandar Sungai Bonus, Lorong Gurney di sini semalam.
Beliau ditanya wartawan mengenai keputusan kerajaan menaikkan bayaran gaji tahunan (KGT) yang membabitkan penjawat awam di semua gred.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 30 Ogos lalu mengumumkan bayaran KGT tambahan khas sebanyak RM100 kepada 1.28 juta penjawat awam gred 11 hingga 56 membabitkan peruntukan RM1.5 bilion.
Nik Nazmi berkata penjawat awam gred 48 ke bawah lebih memerlukan berbanding pegawai gred atasan.
“Kalau dah sampai gred JUSA dan sebagainya. Dia ada simpanan. Mungkin akan pergi ke luar negara bercuti dan sebagainya. Jadi duit itu akan mengalir ke luar atau tidak berputar dalam ekonomi negara.
“Tapi kalau orang susah, duit dia dapat hampir semua akan dibelanjakan untuk keperluan keluarga dan sebagainya,” katanya.
Sementara itu, mengulas usaha kerajaan dalam menurunkan harga barangan, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, lebih banyak tindakan perlu dilakukan kerajaan, khususnya ketika musim perayaan di mana berlakunya peningkatan harga barangan. – The Merdeka Times
Terkini
PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.

- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.
- Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
- Beliau turut mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India.
KUALA LUMPUR — Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.
Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat yang dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
Ini susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
“Sesungguhnya, jawapan tersebut amatlah bersifat lebih untuk meraih populariti dan terlalu berpolitik. Apakah wajar bagi seseorang individu mempunyai dua kerakyatan? Di manakah kecenderungan bagi individu terbabit untuk menumpahkan kesetiaanya?
“Sepatutnya jawapan isu sensitif seumpama ini tidak perlu dilayan dengan jawapan tegas iaitu mana mungkin dan mustahil seseorang boleh memiliki dua kerakyatan malah untuk memohon menjadi rakyat Malaysia mesti memenuhi syarat-syarat yang ketat mengikut undang-undang yang sedia ada selama ini.
“Malah ada gesaan disyaratkan dengan lebih tegas iaitu penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zarina menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Bumiputera untuk menentang cadangan itu serta berpendirian sebarang kajian tidak perlu dilakukan sama sekali kerana ia keputusan muktamad.
Pada masa sama, beliau mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India kerana perkara itu lebih mengundang mudarat daripada keuntungan.
Katanya, perkara perlu diberikan keutamaan bukanlah terkait kerakyatan sebaliknya isu 1.2 juta warga negara China yang direkodkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), masuk ke Malaysia dalam tempoh 2018 hingga 2021 namun masih tiada rekod keluar dari negara ini.
Ia merupakan suatu jumlah yang amat menggusarkan dan perlu diambil tindakan telus dan tegas kerana ianya pelanggaran undang-undang dan soal keselamatan negara.
“Ini yang patut diberi keutamaan bukan soal kerakyatan dan dikejutkan pula dengan pengumuman Menteri Pelancongan mengenai cadangan pengecualian Visa kepada pelancong terutama dari Cina dan mungkin dari India atas nama kepentingan merancakkan ekonomi tetapi boleh membawa padah kepada keselamatan negara dan masalah sosial yang kini pun sudah parah dan tidak terkawal.
“Cuba bayangkan jika pelancong Cina masuk tanpa tapisan melalui Visa dengan bebas. Pasti ramai akan hilang dan menetap di Malaysia.
“Isu rasuah yang menjadi barah akan menjadi lebih buruk di kalangan penguatkuasa. Perkara ini amat mengerikan kepada masa depan negara Malaysia,” kata Zarina.
Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghasilkan satu laporan berkenaan pengecualian visa untuk pelancong China.
King Sing berkata, kerajaan dijangka akan mendraf dasar mengenai hari lawatan yang dibenarkan untuk berada di Malaysia melalui perkhidmatan pengecualian visa. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Parti Bumiputera Perkasa Malaysia – PUTRA
-
Terkini2 days ago
Anak mualaf bersyukur MRM bantu uruskan jenazah ibu
-
Terkini4 days ago
Peniaga terima wang menerusi DuitNow QR akan dicaj bermula 1 November
-
Antarabangsa3 days ago
Penutupan kerajaan AS tidak dapat dielakkan – Biden
-
Antarabangsa3 days ago
Malaysia dijangka beri pengecualian visa kepada pelancong China