Connect with us

Komuniti

Penceramah bebas, Nouman Ali Khan tidak dibenarkan menyampaikan ceramah

Penceramah bebas, Nouman Ali Khan tidak dibenarkan menyampaikan kuliah dan ceramah agama bagi program yang akan berlangsung di Kuala Lumpur. 

Wartawan TMT

Published

on

Penceramah bebas, Nouman Ali Khan tidak dibenarkan menyampaikan ceramah
Foto: Nouman Ali Khan tidak dibenarkan menyampaikan kuliah di Kuala Lumpur. 
  • Penceramah bebas, Nouman Ali Khan tidak dibenarkan menyampaikan kuliah dan ceramah agama bagi program yang akan berlangsung di Kuala Lumpur. 
  • Ia berikutan beberapa program yang menampilkan penceramah popular itu tidak mendapat kelulusan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP).
  • PMWP tidak meluluskan status permohonan penceramah itu dalam menjalankan program Story Night: Rise Above dan Qur’an Intensive.

KUALA LUMPUR – Penceramah bebas, Nouman Ali Khan tidak dibenarkan menyampaikan kuliah dan ceramah agama bagi program yang akan berlangsung di Kuala Lumpur. 

Ia berikutan beberapa program yang menampilkan penceramah popular itu tidak mendapat kelulusan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menurut kenyataan hari ini. 

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab status permohonan menjalankan program Story Night: Rise Above dan Qur’an Intensive.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Wilayah Persekutuan, yang berlangsung pada 29 September lalu tidak meluluskan permohonan penceramah tersebut bagi mendapatkan Tauliah Mengajar Agama Islam (Khas) untuk program itu, demikian menurut kenyataan. 

Program Story Night: Rise Above yang bakal berlangsung pada 6 Oktober 2022 bertempat di Dewan Wawasan Menara PGRM, Jalan Pudu Ulu, manakala program Qur’an Intensive yang bermula 4 hingga 12 November 2022 di Masjid Wilayah Persekutuan. 

Nouman merupakan pendakwah Islam dan penceramah bebas yang telah menerbitkan beberapa buku agama seperti Divine Speech by Nouman Ali Khan dan Revive your heart dan tersenarai sebagai salah seorang daripada 500 orang Muslim paling berpengaruh di dunia. 

Author

Komuniti

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong

Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Hanani Zulkifli

Published

on

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong
Foto: Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung (kiri), & Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri (kanan hujung).
  • Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
  • Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
  • Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     
  • “Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.
  • “Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

KUALA LUMPUR – Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     

“Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.

“Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

Firdaus Wong berkata sahabatnya itu berkelayakan jurusan pengajian Islam dari Universiti Maghribi dan sangat aktif dalam bidang dakwah, khususnya penulisan dalam bidang hadis, maqasid syariah dan sejarah Islam.

Malah, katanya, Mohd Fikri telah menghasilkan lebih 20 buku dan pernah menjadi kolumnis dalam beberapa majalah.

“Namun hasratnya untuk meneruskan usaha dakwah itu terhenti disebabkan penyakit yang dialaminya,” kata Firdaus Wong. 

Mana-mana pihak ingin membantu usaha dakwah dan kebajikan MRM, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun MAYBANK 5648 1052 0353 (Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor). — The Merdeka Times

Sumber:  Facebook

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending