Antarabangsa
Paparkan babak lucah, drama bersiri TV China dikeluarkan dari penstriman online
Satu siri drama televisyen China dikeluarkan dari platform penstriman online selepas memaparkan babak memalukan kaum wanita, ‘kesat’ dan ‘tidak realistik’, termasuk adegan kontroversi watak seorang pelakon lelaki meraba-raba payudara watak pelakon wanita.
- Drama bersiri televisyen China dikeluarkan dari platform penstriman online selepas memaparkan babak memalukan kaum wanita, ‘kesat’ dan ‘tidak realistik’, termasuk adegan kontroversi watak seorang pelakon lelaki meraba-raba payudara watak pelakon wanita.
- Drama bersiri Gentlemen of Eastern 8th yang mempunyai 40 episod pada asalnya ditayangkan di TV Satelit Hubei sebelum ditayangkan di beberapa platform penstriman online.
- Beberapa dialog dalam rancangan tersebut turut mendapat kritikan iaitu; “Ibu saya telah memberitahu saya bahawa wanita kurus adalah cantik dan wanita gemuk adalah baik di atas katil.”
- “Ini adalah gangguan seksual atas nama penggambaran… Ia adalah gangguan di tempat kerja untuk aktres itu,” kata pengguna Weibo.
Satu siri drama televisyen China dikeluarkan dari platform penstriman online selepas memaparkan babak memalukan kaum wanita, ‘kesat’ dan ‘tidak realistik’, termasuk adegan kontroversi watak seorang pelakon lelaki meraba-raba payudara watak pelakon wanita.
Gentlemen of Eastern 8th ialah drama siri televisyen 40 episod mengisahkan tentang empat rakan lelaki dari zaman universiti yang kini mencecah usia 30-an dan sedang membina kerjaya, persahabatan dan kehidupan romantik mereka.
Memetik laporan South China Morning Post, rancangan itu pada asalnya disiarkan di TV Satelit Hubei secara serentak dan dinilai 2.1 daripada 10 oleh lebih 190,000 pengguna di Douban, iaitu tapak ulasan filem terkemuka China, di mana ia merupakan rating terendah untuk mana-mana drama TV China.
Dalam adegan itu, ia menunjukkan pasangan kekasih sedang makan malam di sebuah restoran iaitu watak lakonan Zhang Han memegang payudara watak wanita yang dilakonkan Wang Xiaochen yang duduk di pangkuannya.
Dalam adegan lain, yang mungkin bertujuan untuk memperlihatkannya sebagai babak kelakar, watak lelaki sama mencengkam tali baju dalam wanita itu untuk mengelakkannya daripada terjatuh semasa tergelincir.
Beberapa petikan dialog dalam rancangan itu turut mendapat kritikan iaitu; “Ibu saya telah memberitahu saya bahawa wanita kurus adalah cantik dan wanita gemuk adalah baik di atas katil”.
Seorang pengguna Weibo berkata, “Ini adalah gangguan seksual atas nama penggambaran… Ia adalah gangguan di tempat kerja untuk aktres itu”.
“Saya harus mengatakan bahawa Zhang patut menerima semua kritikan kerana dia cuba memenuhi keperluan lelaki lucah dengan niat jahat untuk merebut perhatian dengan memalukan wanita,” tulis seorang lagi pengguna Weibo.
Pada minggu lalu, frasa “tangan Zhang Han” kekal sebagai salah satu topik yang paling dicari di Weibo berhubung dengan wataknya meraba-raba wanita dan kedudukan tangan yang janggal dalam drama itu. Ia juga telah menerima kritikan daripada media rasmi, termasuk People’s Daily.
Setakat malam Selasa, drama bersiri itu tidak lagi boleh diakses di Mango TV dan Tencent Video di mana ia disiarkan sebelum ini.
Sumber : South China Morning Post
Antarabangsa
Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
- Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
- Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.
Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.
Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times