Connect with us

Antarabangsa

“Muslim lebih sulit disihir, Allah bersifat protektif,” dedah ahli sihir Rusia

Seorang penyihir atau ahli sihir Rusia, Zhanna Kushnir mengakui dirinya sukar untuk menyihir muslim yang taat perintah Allah SWT.

Wartawan TMT

Published

on

“Muslim lebih sulit disihir, Allah bersifat protektif,” dedah ahli sihir Rusia
Foto: Ahli sihir Rusia, Zhanna Kushnir.
  • Zhanna Kushnir akui sukar sihir muslim yang taat perintah Allah SWT.
  • Orang minum alkohol lebih mudah kena sihir kerana getaran energi rendah hingga fikiran mudah diambil alih.
  • Muslim diwajibkan beribadah setiap hari dan miliki hubungan kuat dengan pencipta mereka yang sangat protektif.
  • Berbeza dengan orang Kristian yang hanya ke gereja ketika susah kemudiannya hilang hubungan dengan tuhan dan ajaran gereja.
  • “Biasanya ketika nak jalankan sihir ke atas orang Islam, saya pegang foto mangsa, lihat dan bayangkan (wajah) mereka. Namun bayangan itu hilang dalam minda saya. Ini bermakna ada sesuatu melindungi individu tersebut.”
  • Zhanna sejak kecil berminat perkara pelik dan mungkin tidak difahami ramai orang bahkan dia turut mengakui boleh melihat orang mati.
  • Temu bual itu diadakan untuk projek ‘The Shadow Control’ dalam bahagian Di Sebalik Tabir Rahsia Sihir.

KUALA LUMPUR – Seorang penyihir atau ahli sihir Rusia, Zhanna Kushnir mengakui dirinya sukar untuk menyihir muslim yang taat perintah Allah SWT.

Kisah mengenai Zhanna menjadi tular selepas satu video wawancaranya diterjemah dalam bahasa Indonesia, sekaligus membolehkan rakyat Malaysia memahami apa yang dituturkan.

Temu bual itu diadakan khas untuk sebuah projek yang dinamakan ‘The Shadow Control’ dalam bahagian Di Sebalik Tabir Rahsia Sihir.

Dalam temu bual berdurasi satu jam setengah itu, Zhanna mengatakan bahawa menghantar sihir kepada orang yang meminum alkohol lebih mudah kerana alkohol menurunkan getaran energi sekaligus memudahkan untuk mengambil alih fikiran mereka.

Sebaliknya Zhanna berkata, “Saya berhadapan dengan orang daripada pelbagai jenis agama. Sangat susah untuk saya mempengaruhi orang Islam. Mereka diwajibkan beribadah setiap hari. Maka mereka sentiasa berada dalam ‘kubah pelindung’.

“Sangat susah untuk sihir menembusi mereka. Orang Islam sentiasa berdoa kepada pencipta mereka. Orang muslim memiliki iman dan hubungan yang kuat dengan pencipta mereka. Pencipta itu juga sangat protektif.”

Menurutnya, hal ini berbeza dengan orang Kristian yang hanya datang ke gereja ketika menghadapi kesukaran dalam hidup mereka dan kemudian hilang hubungan dengan tuhan dan ajaran gereja.

Justeru itu, katanya untuk menyerang orang muslim dengan sihir sangat sulit dilakukan kerana ‘pelindung’ tersebut melindungi mereka yang menyembahnya.

Tambahnya, dia pernah berusaha menyihir orang Islam, namun kaedah digunakannya seolah-olah tidak berkesan, malah ada kuasa misteri yang sentiasa menjadi penghalang.

“Setiap kali saya cuba mengikat seorang muslim dengan sihir, kuasa sihir itu seolah-olah diseret keluar dan dihalang oleh sesuatu kekuatan asing.

“Biasanya ketika nak jalankan sihir ke atas orang Islam, saya akan pegang foto mangsa, saya lihat dan bayangkan (wajah) mereka. Namun entah kenapa, bayangan itu hilang dalam minda saya.

“Ini bermakna ada sesuatu yang melindungi individu tersebut. Tapi apabila saya mahu menyihir orang bukan Islam, saya dapat membayangkan mereka dengan tepat, sekaligus mudah untuk mangsa dipengaruhi dengan sihir,” dedahnya lagi yang ketika itu memakai pakaian serba hitam.

Difahamkan, Zhanna sejak kecil lagi berminat dengan perkara-perkara yang pelik dan mungkin tidak difahami ramai orang bahkan dia turut mengakui bahawa dia  boleh melihat orang mati. 

Ketika membesar, dia semakin mengerti akan keistimewaan diri dan mula mempelajari amalan sihir tanpa bimbingan sesiapa. Kini, beliau ingin dikenali sebagai ‘The one who knows.”

Sementara itu, meninjau di ruangan komen pendedahan dibuat Zhanna telah membuka mata rakyat muslim di mana rata-ratanya mengakui bahawa Allah akan menjadi pelindung bagi hamba-hamba-Nya yang bertaqwa.

Seiring itu, portal Mufti Wilayah Persekutuan turut menegaskan bahawa Islam menolak amalan sihir dan mengajar orang Islam untuk meminta perlindungan dengan Allah SWT daripada kejahatan sihir.

Bahkan, hadis Rasulullah SAW juga jelas menyenaraikan amalan sihir sebagai salah satu dosa besar. 

Author

Antarabangsa

Kudis merebak dalam kalangan tahanan Palestin

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.
  • Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.
  • Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.
  • Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.

Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.

Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Terdahulu, CNN mendedahkan seksaan ngeri Israel dengan informasi penyaksian penderaan sistemik dilakukan rejim zionis terhadap tahanan warga Palestin di fasiliti tahanan mereka. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending