Connect with us

Antarabangsa

Liz Truss dilantik sebagai perdana menteri wanita ketiga Britain

Liz Truss menjadi Perdana Menteri Britain baharu selepas bertemu dengan Ratu Elizabeth II yang meminta beliau membentuk kerajaan baru.

Wartawan TMT

Published

on

Liz Truss dilantik sebagai perdana menteri wanita ketiga Britain
Foto: Liz Truss.
  • Liz Truss dari Parti Konservatif dipilih sebagai Perdana Menteri Britain baharu selepas mengadap Ratu Elizabeth II.
  • Truss, 47, merupakan perdana menteri wanita ketiga Britain selepas Margaret Thatcher dan Theresa May.
  • Isnin lalu, seramai 172,000 ahli Parti Konservatif memilih Truss memimpin parti pemerintah itu.
  • Truss berjanji untuk menambah baik keadaan ekonomi, krisis tenaga dan sistem penjagaan kesihatan negara itu yang sebelum ini di bawah kepimpinan Boris Johnson.

Liz Truss menjadi Perdana Menteri Britain baharu selepas bertemu dengan Ratu Elizabeth II yang meminta beliau membentuk kerajaan baru.

Truss, 47, mengambil alih pucuk pimpinan negara semalam, sehari selepas Parti Konservatif yang memerintah negara mengumumkan Truss dipilih sebagai pemimpinnya.

Beliau merupakan perdana menteri wanita ketiga Britain selepas Margaret Thatcher dan Theresa May.

“Ratu menerima menghadap Ahli Parlimen Elizabeth Truss hari ini dan meminta beliau membentuk pentadbiran baharu,” demikian menurut kenyataan Istana Buckingham.

Boris Johnson sebelum itu secara rasmi meletakkan jawatan Perdana Menteri dalam majlis berasingan bersama ratu di estet Balmoral di Scotland.

Pada Isnin lalu seramai 172,000 ahli Parti Konservatif memilih Truss untuk memimpin parti itu. 

Bercakap kepada anggota Parti Konservatif, Truss berjanji untuk menambah baik keadaan ekonomi, krisis tenaga dan sistem penjagaan kesihatan negara itu. 

Advertisement

SUMBER: Al Jazeera & Independent

Author

Antarabangsa

Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia 

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

Wartawan TMT

Published

on

Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia 
Foto: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.
  • Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
  • Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia.
  • Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
  • Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.

NEW YORK – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia itu.

Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Pentas itu juga pertama kali menemukan Zelensky dengan wakil Russia, yang dilihat tidak berminat mengikuti ucapan pemimpin Ukraine itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian di telefon pintarnya.

Sehubungan itu, Zelensky menggesa PBB mengadakan undian bagi menamatkan kuasa veto Russia dalam UNSC.

Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.

Zelensky berkata langkah terbabit berupaya menjadi antara reformasi di UNSC, termasuk memberi status perwakilan tetap kepada negara membangun lain.

Advertisement

Sumber: Buletin TV3 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending