Connect with us

Terkini

Kes amang seksual selebriti: Tujuh laporan polis dibuat, suspek dibebas dengan ikat jamin

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah merujuk enam kertas siasatan berkaitan kes amang seksual melibatkan pendakwah selebriti kepada timbalan pendakwa raya pada Rabu lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Kes amang seksual selebriti: Tujuh laporan polis dibuat, suspek dibebas dengan ikat jamin
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah merujuk enam kertas siasatan berkaitan kes amang seksual melibatkan pendakwah selebriti kepada timbalan pendakwa raya pada Rabu lalu.
  • Terdapat empat kertas siasatan di Selangor dan dua kertas siasatan di Negeri Sembilan.
  • Terdapat satu kertas siasatan di Kuala Lumpur masih dalam tindakan lanjut.
  • Kesemuanya dengan cadangan agar suspek dituduh di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak Kanak (AKSTK).

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah merujuk enam kertas siasatan berkaitan kes amang seksual melibatkan pendakwah selebriti kepada timbalan pendakwa raya pada Rabu lalu.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, empat kertas siasatan di Selangor dan dua kertas siasatan di Negeri Sembilan.

“Kesemuanya dengan cadangan agar suspek dituduh di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak Kanak (AKSTK),” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Noorsiah berkata, terdapat satu kertas siasatan di Kuala Lumpur masih dalam tindakan selanjutanya.

“Setakat ini sebanyak tujuh laporan polis dibuat terhadap pendakwah selebriti berkenaan. Suspek kini telah dibebaskan dengan jamin polis,” katanya.

Pada 10 September lalu, media melaporkan seorang penceramah bebas ditahan polis untuk membantu siasatan kes melakukan amang seksual fizikal terhadap beberapa remaja lelaki bawah umur, dipercayai selepas berkenalan dengan mangsa melalui program motivasi di sekolah.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dilapor berkata, pihaknya menerima empat laporan iaitu dua di Klang Selatan, serta masing-masing satu di Shah Alam dan Kajang berhubung kejadian itu.

Sumber: Sinar Harian 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending