Terkini
‘Kepercayaan khurafat’ , guna 30 peratus hasil derma untuk kos pengurusan – Mantan CEO Tabung Haji
Di Malaysia, ada satu kepercayaan sesat bahawa pengumpul dana boleh menggunakan sehingga 30 peratus dari dana yang dikutip untuk tujuan pengurusan, kata Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff yang juga merupakan Mantan Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Lembaga Tabung Haji.

- Di Malaysia, wujud kepercayaan sesat pengumpul dana boleh menggunakan 30 peratus dari dana dikutip untuk tujuan pengurusan.
- Ia buka ruang kepada pengutip dana menggunakannya bagi tujuan peribadi.
- Bukan menjadi kesalahan sebahagian dana dikutip digunakan untuk pengurusan tetapi jumlahnya kena munasabah.
- NGO-NGO antarabangsa, mensasarkan penggunaan peratusan minima sebagai kos pengurusan seperti tiga hingga lima peratus sahaja dan menunjukkan penggunaan dana secara berkala agar prestasi mereka dapat dinilai penyumbang.
- Status pengutip dana samada seorang ustaz, ahli politik atau penggiat NGO yang popular tidak menjamin dana tidak disalah gunakan
- Jika tiada sistem tadbir urus yang berkesan dan keikhlasan serta kejujuran dan yang diamanahkan boleh disalahgunakan.
- Terdapat beberapa kaedah yang boleh menjentik emosi manusia supaya menderma iaitu agama, kebajikan dan juga mempertahankan hak-hak tertentu.
KUALA LUMPUR – Di Malaysia, ada satu kepercayaan sesat bahawa pengumpul dana boleh menggunakan sehingga 30 peratus dari dana yang dikutip untuk tujuan pengurusan, kata Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff yang juga merupakan Mantan Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Lembaga Tabung Haji.
Mengulas lanjut, beliau berkata, “Jika orang yang mengutip dana naik kapal terbang kelas perniagaan dan ianya masih termasuk di dalam 30 peratus dari jumlah kutipan, ianya masih dikira okay.
Jika nak beli kereta pula, jika membeli kereta berjenama seperti Alphard atau Vellfire masih lagi termasuk di dalam perkiraan 30 peratus, itu pun mereka anggap masih okay walaupun tujuan pengutipan dana ialah untuk membantu anak-anak yatim.”
Situasi menjadi parah apabila masyarakat sudah percaya kepada pengutip, mereka tidak akan meminta laporan bagaimana dana yang dikutip digunakan.
Menurutnya, khurafat 30 peratus boleh digunakan untuk pentadbiran itu juga membuka ruang kepada pengutip dana menggunakannya bagi tujuan peribadi. Apabila jumlah dana sudah besar, ramai manusia boleh gelap mata. Donald Trump adalah contoh bagaimana emosi manusia dimanipulasi untuk tujuan peribadi beliau.
Nik Hasyudeen turut mengetengahkan kisah bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam hantaran di Facebooknya.
“Apabila Donald Trump kalah di dalam pilihan raya Presiden yang lalu, dia terus menubuhkan Dana Rasmi Mempertahankan Pilihanraya dan meminta penyokong-penyokongnya untuk menyumbang bagi mempertahankan integriti pilihanraya Amerika.
Dalam masa seminggu dia mengutip $100 juta dollar. Dikatakan keseluruhan kutipan dana berkenaan adalah $250 juta dollar.
Kini, Jabatan Keadilan Amerika sedang menyiasat Donald Trump di atas kesalahan menipu penyokong-penyokongnya.
Dikatakan dana ditubuhkan itu tak wujud pun secara rasmi. Malah duit yang dikumpulkan disalurkan kepada sebuah jawatankuasa tindakan politik besar atau Super PAC yang merupakan satu struktur pembiayaan politik.”
Bagaimanapun katanya, “Bukan menjadi kesalahan sebahagian dana yang dikutip digunakan untuk tujuan pengurusan tetapi jumlahnya kena munasabah. Malah, bagi NGO-NGO antarabangsa, mereka mensasarkan penggunaan peratusan yang minima sebagai kos pengurusan seperti tiga hingga lima peratus sahaja.
Mereka juga menzahirkan penggunaan dana secara berkala bagi membolehkan prestasi mereka dinilai oleh penyumbang.”
Tambah beliau, bagi orang Islam yang jujur dan amanah, perkara penggunaan dana yang diamanahkan ini adalah isu besar.
“Mereka bukan takut diaudit di dunia tetapi takut apabila tercegak di hadapan Allah di akhirat. Jika ada sedikit dana yang tersalah pakai untuk tujuan peribadi, bagaimana nak menjawab dengan Allah nanti.
Status pengutip dana samada dia seorang ustaz, ahli politik atau penggiat NGO yang popular tidak menjamin dana tidak disalah gunakan,” ujarnya pada Isnin menerusi hantaran di Facebook.
Beliau juga berkata, jika tiada sistem tadbir urus yang berkesan dan keikhlasan serta kejujuran, dan yang diamanahkan boleh disalahgunakan.
Justeru beliau menyeru agar kesemua pihak berhentilah menggunakan khurafat 30 peratus sebagai alasan untuk menyenangkan diri. Sebaliknya beliau menegaskan, ingat, Allah SWT tahu apa yang terdetik di dalam jantung hati kita apabila setiap perbelanjaan dibuat.
Pada masa sama, beliau turut mendedahkan bahawa terdapat beberapa kaedah yang boleh menjentik emosi manusia supaya menderma iaitu agama, kebajikan dan juga mempertahankan hak-hak tertentu.
Namun, katanya bukan semua orang yang mengutip dana menyalahgunakan dana dikumpul dari masyarakat tetapi persoalannya ialah wujudkah tadbir urus dana bagi memastikan ianya sampai ke sasaran yang dijanjikan?
Sumber : Facebook Nik Hasyudeen
Terkini
Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK
Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

- Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
- Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
- “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
- “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.
Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.
Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen.
Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.
Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.
“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.
Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.
Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.
Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.
Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.
Sumber: Utusan Malaysia
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah