Terkini
Gangguan seksual terhadap anak kandung, ia lebih daripada jenayah – YADIM
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh menyifatkan tindakan bapa pelakon remaja yang didakwa menjadi mangsa gangguan seksual itu adalah bukan sekadar jenayah namun ia adalah suatu jenayah pengkhianatan seorang bapa terhadap anak.

- Ketua Pegawai Eksekutif (YADIM) menyifatkan tindakan bapa pelakon remaja itu suatu pengkhianatan terhadap tugas seorang bapa sebagai pembela wanita sekiranya kejadian itu terjadi.
- “Ia bukan sekadar sebuah jenayah keatas manusia tetapi ia adalah jenayah yang dilakukan kepada insan yang mempunyai pertalian darah yang tidak akan terputus sampai bila-bila,” Ketua Pegawai Eksekutif YADIM.
- Tindakan itu disifatkan sebagai satu pengkhianatan kepada arahan agama dalam menjaga dan membela kaum wanita.
KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh menyifatkan tindakan bapa pelakon remaja yang didakwa menjadi mangsa gangguan seksual itu adalah bukan sekadar jenayah namun ia adalah suatu jenayah pengkhianatan seorang bapa terhadap anak.
Beliau berkata susulan kenyataan yang diumumkan pelakon itu adalah satu dakwaan yang sangat berat sekiranya perkara itu terjadi.
“Ia bukan sekadar sebuah jenayah keatas manusia tetapi ia adalah jenayah yang dilakukan kepada insan yang mempunyai pertalian darah yang tidak akan terputus sampai bila-bila.
“Istilah wali yang diberikan kepada seorang ayah juga jelas dikhianati sekiranya tuduhan itu terbukti benar kerana wali yang diberikan gelaran kepada seorang ayah itu bukanlah melihat semata-mata kepada kuasa seorang ayah ke atas anaknya.
“Tetapi wali pada istilahnya itu sendiri sebenarnya bermaksud pembela atau penolong yang secara jelas memberi impresi tugas dan tanggungjawab seorang lelaki yang bergelar ayah,” katanya kepada The Merdeka Times.
Beliau berkata tindakan itu disifatkan sebagai satu pengkhianatan kepada arahan agama dan Rasulullah SAW kerana Nabi SAW dalam khutbah wada’nya (perpisahan) menegaskan secara terang mengarahkan agar menjaga dan membela kaum wanita.
“Kerana itulah apabila masyarakat biasa berhujah lelaki sebagai pemimpin kaum wanita dengan memetik ayat al Quran dari surah An nisa 34, ramai yang memberikan gambaran ayat ini menunjukkan status lelaki mengatasi wanita.
“Namun sekiranya dilihat secara keseluruhan ayat ini, ia melambangkan tugas dan tanggungjawab membela wanita adalah satu perkara yang diarahkan secara spesifik kepada lelaki oleh Allah SWT,” jelasnya.
Dalam pada itu, Kamarul turut menegaskan bahawa Islam meletakkan tanggungjawab yang sangat tinggi kepada seorang lelaki bergelar ayah sehingga termaktub dalam Al-Quran bahawa tugas menyelamatkan ahli keluarga daripada menjadi bakaran api neraka adalah seorang mukmin yang bergelar bapa dan suami. -The Merdeka Times
Terkini
Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK
Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

- Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
- Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
- “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
- “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.
Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.
Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen.
Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.
Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.
“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.
Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.
Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.
Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.
Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.
Sumber: Utusan Malaysia
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah