Connect with us

Antarabangsa

‘Diliwat berkali-kali’ oleh paderi, lelaki derita PTSD failkan saman terhadap gereja

Seorang lelaki dari Edmonton memfailkan saman  terhadap Bishop Agung Gereja Roman Katolik Regina USD2 juta, mendakwa seorang paderi melakukan penderaan seksual ke atasnya ketika dia menjadi pelayan altar muda. 

Wartawan TMT

Published

on

‘Diliwat berkali-kali’ oleh paderi, lelaki derita PTSD failkan saman terhadap gereja
Foto: Mangsa, Vincent LaHaye sumber David Bloom / Postmedia.
  • Seorang lelaki dari Edmonton memfailkan saman  terhadap Bishop Agung Gereja Roman Katolik Regina USD2 juta atas dakwaan seorang paderi melakukan penderaan seksual terhadapnya ketika dia menjadi pelayan altar muda. 
  • Vincent LaHaye, 41, berkata penderaan seksual itu berlaku ketika dia berusia 10 tahun dan mendakwa ‘diliwat berkali-kali’ oleh paderi Alfred W. Bouchard.
  • Bouchard yang dipindahkan ke gereja lain pada 1992 bagaimanapun meninggal dunia pda 2013 ketika berusia 83 tahun. 
  • LaHaye membuat tuntutan itu kepada pihak gereja kerana dia menderita gangguan stress pasca trauma (PTSD) akibat tindakan paderi itu dan memerlukan kos bagi mendapatkan rawatan.

EDMONTON (Kanada) – Seorang lelaki dari Edmonton memfailkan saman  terhadap Bishop Agung Gereja Roman Katolik Regina USD2 juta, mendakwa seorang paderi melakukan penderaan seksual ke atasnya ketika dia menjadi pelayan altar muda. 

Mangsa, Vincent LaHaye dalam kenyataannya pada 23 Jun lalu mendakwa dia mengalami penderitaan selama 30 tahun membabitkan “kesakitan psikologi, penderitaan dan keperitan” selepas didera paderi Alfred W. Bouchard yang berkhidmat di sebuah Gereja Katolik Swift Current’s Sacred Heart pada awal 1990-an. 

LaHaye, 41, menjelaskan serangan seksual itu bermula ketika dia berusia 10 tahun dan berterusan selama dua tahun sehinggalah Bouchard dipindahkan ke gereja lain iaitu Katedral Gravelbourg pada 1992.

Bagaimanapun, Bouchard meninggal dunia pada 2013 ketika berusia 83 tahun. Kenyataan tuntutan yang mengandungi dakwaan-dakwaan mangsa tidak dibuktikan di mahkamah.

“Bishop Agung akan berusaha menangani kes ini dengan ketelusan, akauntabiliti dan rasa hormat serta belas ehsan kepada pihak yang menuntut,” kata gereja itu seperti mana dilaporkan Edmonton Journal. 

LaHaye yang juga merupakan jurutera di Edmonton mendakwa serangan pertama penderaan seksual itu berlaku ketika Bouchard meminta bantuannya dalam mengemas ruang sacristy (bilik untuk menukar pakaian dan tempat penyimpanan bahan suci gereja) semasa acara 24 jam kumpulan remaja. 

Katanya, Bouchard pada ketika itu berusia 60 tahun menawarkan dan membenarkan LaHaye memakai jubah paderi tetapi dia perlu menanggalkan semua pakaiannya untuk berbuat demikian. 

Advertisement

LaHaye mendakwa dia “diliwat berkali-kali” selama tempoh dua tahun oleh Bouchard di mana paderi itu pada luarannya dikenali sebagai individu yang cukup dihormati dan disukai dalam masyarakat, 

Penderaan seksual itu berlaku apabila Bouchard mengambil peluang ketika melihat LaHaye bersendirian.

LaHaye berkata Bouchard memberi amaran kepadanya agar tidak mendedahkan penderaan itu kepada sesiapa.

“Ancaman itu bermula daripada ‘Jangan beritahu sesiapa atau kamu akan dapat masalah, ‘kamu dan semua orang yang kamu kenal akan masuk ke neraka,” kata LaHaye. 

Susulan kejadian itu, LaHaye menderita gangguan stress pasca trauma (PTSD) dan memerlukan kos bagi merawat penyakit itu. 

Bagaimanapun, dia tidak mendedahkan dakwaan penderaan itu sehingga Februari lalu sehinggalah dia berbincang dengan ahli terapi untuk mengambil tindakan dan tuntutan ke atas pihak gereja. 

Advertisement

Tuntutan terbabit menjelaskan gereja dan wakil gereja itu bertanggungjawab secara langsung bagi penderaan tersebut. Setakat semalam, Bishop Agung Gereja Roman Katolik Regina masih tidak memberi kenyataan pembelaan terhadap tuntutan LaHaye.

Sumber: Edmonton Journal

Author

Antarabangsa

‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman

Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Wartawan TMT

Published

on

‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman
Foto: Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah,.
  • Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
  • Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
  • Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
  • “Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
  • Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.

Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.

Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”

“Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.

Tuntutan itu juga mendakwa plaintif berdepan kemudaratan, penghinaan awam, pengawasan, gangguan dalam perjalanan, penafian pekerjaan dan “secara efektif dibuang oleh AS”. 

Saman itu turut menegaskan walaupun dikeluarkan dari senarai pemantauan FBI itu, mereka tetap akan mengalami kesan negatif seumur hidup yang bakal memudaratkan mereka.

Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.

Advertisement

Bercakap kepada pemberita di New Jersey, Khairullah berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengapa namanya berada dalam senarai pemantauan itu dan tidak juga diperjelaskan jika namanya sudah dikeluarkan. 
Sumber: Anadolu Ajansı

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending