Connect with us

Terkini

CUEPACS dedah jabatan kerajaan tidak bayar PERKESO RM32 juta

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendedahkan terdapat sebuah jabatan kerajaan yang belum menjelaskan caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi tahun 2013 sehingga 2020 dengan jumlah tunggakan caruman lebih RM32 juta.

Wartawan TMT

Published

on

CUEPACS dedah jabatan kerajaan tidak bayar PERKESO RM32 juta
Foto: Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat.
  • CUEPACS mendedahkan sebuah jabatan kerajaan belum menjelaskan caruman kepada PERKESO bagi tahun 2013 hingga 2020 dengan tunggakan caruman lebih RM32 juta.
  • Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat berkata tunggakan itu termasuk caruman kakitangan kontrak dan ia menafikan perlindungan yang harus mereka terima.
  • “Tunggakan dalam tempoh berkenaan perlu disegerakan pembayaran bagi mengelakkan kakitangan jabatan tersebut terjejas atau berisiko tidak menerima perlindungan keselamatan sosial khasnya di bawah Skim Keilatan kerana tidak memenuhi syarat caruman seperti yang dikehendaki di bawah Akta 4,” kata Adnan Mat.
  • CUEPACS kecewa dengan kegagalan majikan melakukan caruman PERKESO pekerja yang berstatus kontrak dan sementara kerana ia akan menghalang pekerja dilindungi oleh skim PERKESO.
  • Antara faedah di bawah Skim Keilatan PERKESO ialah faedah hilang upaya sementara, hilang upaya kekal, pencen penakat, pencet ilat dan lain-lain lagi.

SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendedahkan terdapat sebuah jabatan kerajaan yang belum menjelaskan caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi tahun 2013 sehingga 2020 dengan jumlah tunggakan caruman lebih RM32 juta.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, tunggakan itu melibatkan kakitangan kontrak sekali gus menyebabkan tidak mendapat perlindungan sewajarnya sekiranya sesuatu berlaku kepada mereka.

Tunggakan dalam tempoh berkenaan perlu disegerakan pembayaran bagi mengelakkan kakitangan jabatan tersebut terjejas atau berisiko tidak menerima perlindungan keselamatan sosial khasnya di bawah Skim Keilatan kerana tidak memenuhi syarat caruman seperti yang dikehendaki di bawah Akta 4.

“Sebagai majikan, adalah menjadi kewajipan untuk memastikan setiap kakitangan kontrak dan sementara membuat caruman kepada PERKESO bagi membolehkan mereka menikmati perlindungan yang sewajarnya.

“Cuepacs berharap kerajaan tegas dalam hal-hal yang melibatkan keselamatan dan kebajikan pekerja walaupun berstatus kontrak atau sementara,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan kerajaan melalui PERKESO di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) telah meluaskan liputan perlindungan di bawah Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan bertujuan memberi perlindungan yang lebih baik kepada pekerja di sektor awam dan setara dengan pekerja sektor swasta.

“Pelbagai faedah disediakan di bawah antaranya ialah faedah hilang upaya sementara, hilang upaya kekal, pencen penakat, pencen ilat, faedah orang tanggungan, elaun layanan sentiasa, faedah perubatan, rawatan dialisis dan faedah pemulihan jasmani atau vokasional.

“Selain itu pencarum juga boleh menikmati rawatan yang disediakan oleh Pusat Rehabilitasi PERKESO di bawah Program Return To Work.

“Kami sangat kecewa sekiranya hak sebagai pekerja walaupun berstatus kontrak atau sementara untuk mendapatkan perlindungan tersebut terhalang disebabkan kegagalan majikan masing-masing melakukan caruman kepada PERKESO,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

(VIDEO) Isu ‘politik bodoh’ tiada kaitan Perkara 153, Menteri Kesihatan & KPT selesai segera isu ‘Parallel Pathway’ ! – KJ

Menteri Kesihatan, Menteri Pendidikan Tinggi dan Ketua Pengarah Kesihatan digesa segera menyelesaikan isu pendaftaran dan perakuan graduan pembedahan kardiotoraks dan pelatih di bawah Program Parallel Pathway untuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan (kiri), Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (tengah bawah), Menteri Pendidikan Tinggi, Dato Seri Zambry Abdul Kadir (tengah atas) dan Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (kanan).
  • Menteri Kesihatan, Menteri Pendidikan Tinggi dan Ketua Pengarah Kesihatan digesa segera menyelesaikan isu pendaftaran dan perakuan graduan pembedahan kardiotoraks dan pelatih di bawah Program Parallel Pathway untuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM).
  • Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) mendakwa isu itu tercetus kerana Ketua Pengarah Kesihatan yang juga Presiden Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tidak mengiktiraf kepakaran graduan daripada program tersebut.
  • KJ berkata permasalahan itu berlanjutan terlalu lama hingga menjadi perdebatan beberapa pihak dan membabitkan perkara yang tidak sepatutnya dibangkitkan seperti Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
  • So kalau tak iktiraf then fix the problem quickly. Sebab kita tak boleh nak tunggu ada satu cohort pelajar pegawai perubatan yang sekarang ini stuck .
  • “UiTM dia tak boleh pergi sebab tiada guarantee (jaminan) yang dia akan dia akan didaftar sebagai specialty dan dia terpaksa berdepan isu politik yang bodoh ini yang sebenarnya tak ada kaitan langsung dengan isu spesifik ini dibesarkan dijadikan sampai isu 153 Perlembagaan Persekutuan sebagainya,” katanya menerusi klip video dimuat naik di Instagram @keluar.sekejap di sini hari ini.
  • Media sebelum ini melaporkan Anggota Lembaga Program Pascasiswazah Pembedahan Kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program berkenaan secara sementara kepada pelatih dan graduan Parallel Pathway bukan bumiputera sehingga program sama dibuka di Universiti Malaya (UM).
  • Perkara itu menimbulkan pertikaian beberapa pihak yang mendakwanya sebagai mengganggu-gugat hak orang Melayu dan bumiputera susulan Fasal 1A Akta UiTM 1976 (Akta 173) memperuntukkan dengan jelas penubuhan UiTM adalah selaras Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

KUALA LUMPUR — Menteri Kesihatan, Menteri Pendidikan Tinggi dan Ketua Pengarah Kesihatan digesa segera menyelesaikan isu pendaftaran dan perakuan graduan pembedahan kardiotoraks dan pelatih di bawah Program Parallel Pathway untuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) mendakwa isu itu tercetus kerana Ketua Pengarah Kesihatan yang juga Presiden Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tidak mengiktiraf kepakaran graduan daripada program tersebut.

KJ berkata permasalahan itu berlanjutan terlalu lama hingga menjadi perdebatan beberapa pihak dan membabitkan perkara yang tidak sepatutnya dibangkitkan seperti Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

So kalau tak iktiraf then fix the problem quickly. Sebab kita tak boleh nak tunggu ada satu cohort pelajar pegawai perubatan yang sekarang ini stuck .

“UiTM dia tak boleh pergi sebab tiada guarantee (jaminan) yang dia akan dia akan didaftar sebagai specialty dan dia terpaksa berdepan isu politik yang bodoh ini yang sebenarnya tak ada kaitan langsung dengan isu spesifik ini dibesarkan dijadikan sampai isu 153 Perlembagaan Persekutuan sebagainya. 

We want to settle a very specific problem so menteri kesihatan, menteri pengajian tinggi, ketua pengarah kesihatan this problem has gone on long enough (masalah ini telah berlarutan cukup lama) dan dia dah menjadi masalah percakapan dan juga perdebatan yang bodoh yang sekarang ini melibatkan benda yang sepatutnya tak dilibatkan Perlembagaan Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu dan sebagainya.

“Selesaikanlah isu ini, I mean you are the ministers, you are the director general of health for god’s sake, get it done, (Maksud saya, anda adalah menteri, anda adalah ketua pengarah kesihatan demi tuhan, selesaikan isu ini),” katanya menerusi klip video dimuat naik di Instagram @keluar.sekejap di sini hari ini.

Portal berita kesihatan CodeBlue pada April lalu melaporkan Anggota Lembaga Program Pascasiswazah Pembedahan Kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program berkenaan secara sementara kepada pelatih dan graduan Parallel Pathway bukan bumiputera sehingga program sama dibuka di Universiti Malaya (UM).

Perkara itu menimbulkan pertikaian beberapa pihak yang mendakwanya sebagai mengganggu-gugat hak orang Melayu dan bumiputera susulan Fasal 1A Akta UiTM 1976 (Akta 173) memperuntukkan dengan jelas penubuhan UiTM adalah selaras Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Memetik laporan Malaysiakini, difahamkan pada 20 Mac lalu terdapat empat graduan yang menjalankan program latihan ijazah lanjutan kepakaran bersama Royal College of Surgeons Edinburgh dalam pembedahan kardiotoraks memfailkan permohonan semakan kehakiman bersama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ia adalah untuk mencabar keputusan MMC yang menolak permohonan graduan terbabit pada 21 Disember lalu untuk berdaftar di Pendaftaran Pakar Kebangsaan (NSR).

MMC dikatakan menolak pendaftaran mereka kerana kelulusan Persekutuan Kolej Pakar Bedah Diraja Edinburgh dalam Pembedahan Kardiotoraks (FRCS Ed) tidak diiktiraf. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending