Connect with us

Terkini

Calon ada kes mahkamah masih layak bertanding PRU15 – Wan Junaidi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan tiada keperluan untuk menambah syarat baharu menghalang calon yang kesnya masih dibicarakan di mahkamah bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Wartawan TMT

Published

on

Calon ada kes mahkamah masih layak bertanding PRU15 - Wan Junaidi
Foto: Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
  • Tiada keperluan tambah syarat baharu halang calon yang kesnya masih dibicarakan di mahkamah bertanding dalam PRU15.
  • Syarat pencalonan pilihan raya sedia ada mencukupi sebagaimana termaktub dalam Perkara 48 (1)(e) Perlembagaan Persekutuan.
  • “Sekiranya individu itu didapati bersalah dan dihukum, dengan hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak kurang satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak mendapat pengampunan bebas akan hilang kelayakan,” – Menteri Parlimen dan Undang-undang.
  • Sekiranya syarat pencalonan sedia ada diketatkan, keadaan akan kembali ke era 90-an dengan proses pencalonan rumit.

SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan tiada keperluan untuk menambah syarat baharu menghalang calon yang kesnya masih dibicarakan di mahkamah bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, syarat-syarat bagi pencalonan pilihan raya sedia ada mencukupi sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 48 (1)(e) Perlembagaan Persekutuan.

“Bagi memartabatkan demokrasi, tidak perlu menambah syarat-syarat baharu bagi menghalang mana-mana individu daripada bertanding, sebagai contoh untuk menggubal undang-undang bagi individu yang kesnya masih dibicarakan di mahkamah untuk tidak layak bertanding.

“Syarat-syarat bagi pencalonan pilihan raya sedia ada mencukupi yang mengatakan bahawa sekiranya individu itu didapati bersalah dan dihukum, dengan hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak kurang satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak mendapat pengampunan bebas akan hilang kelayakan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Baru-baru ini, Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP) mencadangkan kerajaan mengetatkan syarat kelayakan calon bertanding bagi mana-mana pilihan raya termasuk melarang individu dalam perbicaraan mahkamah berkaitan kes salah laku, penyelewengan dan rasuah.

Wan Junaidi berkata, keadaan akan kembali ke era 90-an dengan proses pencalonan rumit sekiranya mengetatkan syarat pencalonan sedia ada.

“Adalah wajar kita berpandu kepada undang-undang sedia ada yang sememangnya lengkap dan mencukupi untuk proses pencalonan pilihan raya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan keahlian individu yang telah dipilih menjadi ahli Parlimen tidak akan tergugur melainkan syarat-syarat sebagai mana yang ditentukan di bawah Perkara 48 (4) Perlembagaan Persekutuan berkaitan ahli Parlimen telah dihukum dan belum mendapat pengampunan.

“Mengikut Perkara 48 (4) (c) apabila proses yang terakhir iaitu proses pengampunan gagal, maka barulah keahlian ahli parlimen tersebut tergugur dengan sendirinya,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending