Connect with us

Antarabangsa

Bimbang ditinggalkan teman lelaki, wanita belah perut rakan hamil untuk curi bayi

Seorang wanita dibicarakan di sebuah mahkamah di Texas, Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan membunuh kenalannya yang hamil dan mengeluarkan bayi dalam kandungan mangsa untuk dijadikan anak sendiri.

Wartawan TMT

Published

on

Bimbang ditinggalkan teman lelaki, wanita belah perut rakan hamil untuk curi bayi
Foto: Taylor Parker (kiri), bakal berdepan hukuman mati.
  • Seorang wanita dibicarakan di mahkamah Texas, Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan membunuh kenalannya yang hamil dan mengeluarkan bayi dalam kandungan mangsa untuk dijadikan anak sendiri. 
  • Parker yang tidak boleh mengandung kerana menjalani pembedahan histerektomi melakukan perbuatan kejam itu selepas menipu teman lelakinya bahawa dia sudah berbadan dua.
  • Parker dikatakan memotong keluar fetus daripada perut mangsa, ketika anak rakannya berusia tiga tahun tidur di bilik sebelah.
  • Dia ditahan ketika sedang memandu dengan bayi malang itu berada dalam pangkuannya dan memberitahu pegawai polis bahawa dia baru sahaja bersalin.
  • Bayi itu meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital.

AUSTIN – Seorang wanita dibicarakan di sebuah mahkamah di Texas, Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan membunuh kenalannya yang hamil dan mengeluarkan bayi dalam kandungan mangsa untuk dijadikan anak sendiri.

Taylor Parker, 29, bakal berdepan hukuman mati atas jenayah dilakukannya pada Oktober 2020 di New Boston terhadap Reagan Simmons-Hancock.

Parker bagaimanapun mengaku tidak bersalah membunuh mangsa yang berusia 21 tahun.

Pendakwa raya berkata, Parker yang tidak boleh mengandung kerana menjalani pembedahan histerektomi melakukan perbuatan kejam itu selepas menipu teman lelakinya bahawa dia sudah berbadan dua.

Mahkamah diberitahu, sebulan sebelum pembunuhan kejam itu, suspek mula mencari mangsa berpotensi di kedai pakaian bayi atau wad bersalin.

“Dia sanggup menipu dan mencuri bayi kerana bimbang ditinggalkan teman lelakinya,” kata pendakwa raya.

Pada 9 Oktober 2020 Parker pergi ke rumah Simmons-Hancock yang hamil trimester ketiga dan menikam mangsa lebih 100 kali.

Parker dikatakan memotong keluar fetus daripada perut mangsa ketika anak rakannya berusia tiga tahun tidur di bilik sebelah, sebelum lari dari tempat kejadian.

Dia ditahan ketika sedang memandu dengan bayi malang itu berada dalam pangkuannya dan memberitahu pegawai polis bahawa dia baru sahaja bersalin.

Bayi itu dikejarkan ke hospital tetapi meninggal dunia.

Perbicaraan dijangka berlangsung sekurang-kurangnya selama sebulan. – AFP

Sumber: Sinar Harian 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Kudis merebak dalam kalangan tahanan Palestin

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.
  • Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.
  • Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.
  • Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.

Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.

Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Terdahulu, CNN mendedahkan seksaan ngeri Israel dengan informasi penyaksian penderaan sistemik dilakukan rejim zionis terhadap tahanan warga Palestin di fasiliti tahanan mereka. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending