Connect with us

Terkini

50 organisasi alami pencerobohan data, Fortinet desak industri kaji semula keselamatan siber

Sebanyak 50 organisasi yang terlibat dalam industri teknologi operasi (OT) di Malaysia terjejas dari segi operasi berikutan pencerobohan siber, demikian menurut syarikat keselamatan siber global Fortinet.

Wartawan TMT

Published

on

50 organisasi alami pencerobohan data, Fortinet desak industri kaji semula keselamatan siber
Foto: Dickson Woo.
  • Sebanyak 50 organisasi yang terlibat dalam industri teknologi operasi (OT) di Malaysia terjejas dari segi operasi berikutan pencerobohan siber, menurut syarikat keselamatan siber global Fortinet.
  • Jumlah tersebut mewakili 100 peratus daripada organisasi OT di Malaysia yang terlibat dengan kajian dalam Laporan Teknologi Operasi dan Keselamatan Siber Global 2022.
  • Semua organisasi OT yang dikaji mengalami sekurang-kurangnya satu pencerobohan dalam tempoh 12 bulan lepas dengan tiga kategori pencerobohan tertinggi seperti emel memancing data, perisian hasad dan pelanggaran orang dalam.
  • “Dapatan yang membimbangkan ini menyebabkan terdapat keperluan mendesak kepada organisasi tempatan untuk menilai semula strategi keselamatan siber mereka dan mengguna pakai amalan terbaik industri,” – Pengurus Negara Fortinet Malaysia.

KUALA LUMPUR –  Sebanyak 50 organisasi yang terlibat dalam industri teknologi operasi (OT) di Malaysia terjejas dari segi operasi berikutan pencerobohan siber, demikian menurut syarikat keselamatan siber global Fortinet.

Pengurus Negara Fortinet Malaysia Dickson Woo berkata jumlah tersebut mewakili 100 peratus daripada organisasi OT di Malaysia yang terlibat dengan kajian dalam Laporan Teknologi Operasi dan Keselamatan Siber Global 2022 terkini syarikat itu yang dikeluarkan hari ini.

Laporan itu menunjukkan bahawa semua organisasi OT yang dikaji mengalami sekurang-kurangnya satu pencerobohan dalam tempoh 12 bulan lepas dengan tiga kategori pencerobohan tertinggi seperti emel memancing data, perisian hasad dan pelanggaran orang dalam.

“Sebanyak 76 peratus daripada organisasi tempatan turut berdepan kebimbangan yang ketara mengenai perisian tebusan dalam persekitaran OT.

“Dapatan yang membimbangkan ini menyebabkan terdapat keperluan mendesak kepada organisasi tempatan untuk menilai semula strategi keselamatan siber mereka dan mengguna pakai amalan terbaik industri,” katanya kepada pemberita dalam satu taklimat di sini hari ini.

Laporan itu turut mendedahkan bahawa 59 peratus daripada organisasi tempatan dalam tinjauan itu mengalami gangguan operasi yang menjejaskan produktiviti.

Sehubungan itu, sebanyak 92 peratus daripada organisasi OT di Malaysia mengambil masa beberapa jam untuk kembali beroperasi, manakala sebahagiannya lagi mengambil masa sehingga beberapa bulan untuk pulih.

Woo berkata Fortinet komited untuk melindungi rakyat Malaysia daripada kemunculan ancaman keselamatan siber untuk perniagaan generasi akan datang yang berdaya tahan.

“Sebagai syarikat keselamatan siber, kami bekerjasama dengan agensi kerajaan untuk mewujudkan beberapa bentuk kerjasama atau strategi mengenai perkara yang sesuai dilaksanakan untuk menghindari pencerobohan sedemikian,” katanya.

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Yahya Sinwar ‘keluar’ lawat kawasan, keluarga tebusan Israel selar kegagalan rejim

Keluarga tawanan perang warga Israel yang ditahan di Gaza mengecam kerajaan Israel atas kegagalan mengembalikan keluarga mereka yang ditawan lebih enam bulan di Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar.
  • Keluarga tawanan perang warga Israel yang ditahan di Gaza mengecam kerajaan Israel atas kegagalan mengembalikan keluarga mereka yang ditawan lebih enam bulan di Gaza.
  • Perkara itu terjadi setelah perang dahsyat ke atas wilayah terkepung itu dicetuskan dengan dakwaan bertujuan untuk membawa keluarga mereka pulang.
  • MEMO melaporkan perkara itu berlaku ketika tersebarnya berita bahawa Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar datang melawat “kawasan yang menyaksikan pertempuran senjata antara kumpulan penentangan dan tentera pendudukan Israel, di mana dia dilaporkan bertemu dengan beberapa pejuang pergerakan di darat”.
  • Keluarga itu berkata Sinwar berada di jalanan, manakala “tebusan merana di ruangan bawah tanah,” menggambarkan situasi itu sebagai “imej kegagalan Israel”.
  • “Berita tentang keluarnya Al-Sinwar ke jalan-jalan di Gaza disahkan dan didedahkan sumber risikan yang boleh dipercayai bahawa dia muncul dari terowong, di mana mereka yang diculik ditempatkan,” kata keluarga itu sambil menambah bahawa jika orang yang diculik bukan keutamaan kerajaan, “tidak akan ada penebusan, dan tidak akan ada kemenangan”.

Keluarga tawanan perang warga Israel yang ditahan di Gaza mengecam kerajaan Israel atas kegagalan mengembalikan keluarga mereka yang ditawan lebih enam bulan di Gaza.

Perkara itu terjadi setelah perang dahsyat ke atas wilayah terkepung itu dicetuskan dengan dakwaan bertujuan untuk membawa keluarga mereka pulang.

MEMO melaporkan perkara itu berlaku ketika tersebarnya berita bahawa Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar datang melawat “kawasan yang menyaksikan pertempuran senjata antara kumpulan penentangan dan tentera pendudukan Israel, di mana dia dilaporkan bertemu dengan beberapa pejuang pergerakan di darat”.

Keluarga itu berkata Sinwar berada di jalanan, manakala “tebusan merana di ruangan bawah tanah,” menggambarkan situasi itu sebagai “imej kegagalan Israel”.

“Berita tentang keluarnya Al-Sinwar ke jalan-jalan di Gaza disahkan dan didedahkan sumber risikan yang boleh dipercayai bahawa dia muncul dari terowong, di mana mereka yang diculik ditempatkan,” kata keluarga itu sambil menambah bahawa jika orang yang diculik bukan keutamaan kerajaan, “tidak akan ada penebusan, dan tidak akan ada kemenangan”.

Ribuan penunjuk perasaan Israel turun ke jalanan pada Sabtu menuntut pilihan raya baharu dan menggesa kerajaan mengambil langkah selanjutnya untuk mengembalikan 133 tawanan perang yang ditahan di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending