Connect with us

Terkini

Akta sedia ada tidak cukup melindungi keselamatan siber – Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia

Akta Perlindungan Data Peribadi (2010) tidak mencukupi bagi membendung isu yang melibatkan keselamatan siber susulan banyak kes yang membabitkan jenayah siber baru-baru ini. 

Puti Iylia Maisarah

Published

on

Akta sedia ada tidak cukup melindungi keselamatan siber - Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia
Foto: Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil.
  • Akta sedia ada tidak mencukupi bagi membendung dan memberi jaminan kepada pengguna yang terlibat dalam kes keselamatan siber.
  • “Wujudkan akta keselamatan siber dan bentuk satu suruhanjaya keselamatan siber supaya ada badan yang bertanggungjawab memantau aktiviti jenayah siber.
  • “Keselamatan siber adalah paling penting dari semua isu yang lain, isu keselamatan siber boleh destroy satu organisasi, belum lagi termasuk serangan penggodam, exploitasi tempat kerja dan cyberbully atau isu yang terkait dalam dunia siber jadi kerana itu perlunya well good governance entity,” – Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA).

KUALA LUMPUR – Akta Perlindungan Data Peribadi (2010) tidak mencukupi bagi membendung isu yang melibatkan keselamatan siber susulan banyak kes yang membabitkan jenayah siber baru-baru ini. 

Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil berkata undang-undang sebelum ini dipecahkan kepada beberapa bahagian apabila melibatkan keselamatan siber namun tiada pengkhususan yang tertakluk kepada akta tersebut.

“Kita tidak ada akta yang spesifik kita hanya ada Akta Perlindungan Data Peribadi (2010) yang dulu hanya banyak digunakan kepada dokumentasi fizikal dan kemudian ditubuhkan pada tahun 2010 yang pada ketika itu dunia pendigitalan tidak meluas seperti sekarang. 

“Kami bercadang tubuhkan akta keselamatan siber wujudkan satu suruhanjaya keselamatan siber supaya semua isu keselamatan siber ini dapat dipusatkan dan akan ada badan yang bertanggungjawab untuk pantau.

“Contohnya kita tengok comparison SPRM, SPRM menjaga soal integriti dan dimana sahaja organisasi perlu pratikkan apa yang telah disarankan SPRM melibatkan rasuah dan salah guna kuasa dan sebagainya sebab itu setiap badan kerajaan ada unit integriti yang diketuai wakil SPRM dan bentuk satu governance integriti dalam mana mana badan kerajaan,” katanya kepada The Merdeka Times.

Beliau berkata keselamatan siber hari ini adalah satu keperluan yang perlu di tadbir urus dalam satu badan yang terurus dan mempunyai kuasa lebih kuat supaya boleh melindungi semua pihak termasuk organisasi dalam negara.

“Keselamatan siber adalah paling penting dari semua isu yang lain, isu keselamatan siber boleh destroy satu organisasi, tak termasuk serangan penggodam, exploitasi tempat kerja dan cyberbully atau isu yang terkait dalam dunia siber jadi kerana itu perlunya well good governance entity. 

“Cadangan kami supaya tubuhkan entiti yang berpusat dan mungkin akan ada cadangan untuk mansuhkan beberapa agensi yang terlibat dalam keselamatan siber.

“Tetapi kita jadikan dia sebuah suruhanjaya agar mudah apabila suatu produk nak masuk di malaysia boleh ditapis oleh suruhanjaya atau nak buat suatu sistem pun perlu mendapat kelulusan dari suruhanjaya yang mana telah pun mempraktikkan keselamatan siber.

“Contoh kepada orang yang membuat aplikasi sekiranya dia gagal menjaga keselamatan siber  dia boleh diambil tindakan, kerana itu kena ada satu badan yang well governance govern keselamatan siber supaya tidak meletakan 100 peratus kepada pengguna untuk menjaga kerana kita berkongsi fasiliti dan kemudahan yang ada,” katanya. 

Dalam pada itu, Siraj berkata aspirasi kerajaan mengadaptasi dunia pendigitalan yang semakin luas diguna pakai bagi mendorong keselamatan transaksi lebih tinggi adalah dengan menaik taraf jabatan yang menyiasat berkenaan isu keselamatan siber. 

“Kita juga boleh menaik taraf Unit Jenayah Siber dan Multimedia PDRM di Bukit Aman iaitu di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) dan ada satu unit dipanggil Jenayah Siber Multimedia bawah unit ini ada hanya ada Police Cyber Investigation Response Centre (PCIRC) yang melibatkan ancaman jenayah media sosial.

“Dalam konteks ini, isu yang melibatkan jenayah siber hanya terletak di bawah JSJK dan tidak ada pengkhususan kepada keselamatan siber kerana itu juga lambakan kes jenayah siber masih tidak dapat diselesaikan. 

“Kami menyarankan agar naik taraf unit ini di bawah PDRM jadi dekat IPD ada pegawai penyiasat (IO) jenayah siber dan tidak tertumpu kepada jenayah komersial contohnya kes cyberbully kita nak letakkan dibawah siapa jabatan jenayah ke atau komersial?,” soalnya. 

Tambahnya sesi perbincangan terbuka untuk perkongsian pendapat dari komuniti keselamatan siber perlu kerap dianjurkan sebagai platform untuk mempertingkatkan tatacara pengurusan keselamatan siber tanpa melibatkan birokrasi. 

Siraj berkata kerajaan juga perlu meneliti kepakaran tempatan yang mempunyai pelbagai kemahiran hebat dalam dunia siber dan duduk bersama pihak kerajaan bagi memberi jalan penyelesaian melibatkan isu jenayah siber di peringkat perbankan. 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending