Connect with us

Komuniti

Usah berlembut dengan individu hina Islam – Khatib khutbah Jumaat

Kerajaan seharusnya tidak berlembut dengan mana-mana individu yang sering mempermain atau mempersendakan hukum-hakam Islam kerana ia menjadikan rakyat tidak selamat dan negara porak-peranda.

Wartawan TMT

Published

on

Usah berlembut dengan individu hina Islam - Khatib khutbah Jumaat
Foto: Khatib khutbah Jumaat di Masjid Saidina Ali Bin Abi Talib Bukit Sekilau, Izudin Muhamad Amin, sumber Sinar Harian.
  • Kerajaan diminta tidak berlembut dengan mana-mana individu yang sering mempermainkan atau mempersenda hukum-hakam Islam.
  • Tindakan tegas perlu diambil terhadap golongan yang memperjuangkan kebebasan mutlak tanpa had hingga melanggar budaya dan tatasusila agama Islam termasuk golongan LGBT.
  • “Jika kita mula berlembut, lambat-laun akan bertambah pihak yang mengambil kesempatan untuk menentang kerajaan.Mereka ini akan mempengaruhi dan merosakan pemikiran generasi muda dengan fahaman yang menyalahi hukum agama.” – Khatib Khutbah Jumaat,  Masjid Saidina Ali Bin Abi Talib Bukit Sekilau.

KUANTAN – Kerajaan seharusnya tidak berlembut dengan mana-mana individu yang sering mempermain atau mempersendakan hukum-hakam Islam kerana ia menjadikan rakyat tidak selamat dan negara porak-peranda.

Khatib khutbah Jumaat di Masjid Saidina Ali Bin Abi Talib Bukit Sekilau, Izudin Muhamad Amin berkata, sikap berlembut kerajaan terhadap golongan itu menjadi punca kepada rosaknya akhlak dan pemikiran generasi muda pada hari ini.

“Jika kita mula berlembut, lambat-laun akan bertambah pihak yang mengambil kesempatan untuk menentang kerajaan.

Mereka ini akan mempengaruhi dan merosakan pemikiran generasi muda dengan fahaman yang menyalahi hukum agama.

“Kerajaan diminta bertindak bertegas dan berani dalam menangani golongan ini.

Malaysia adalah negara Islam dan ada undang-undang,” katanya ketika menyampaikan khutbah Jumaat di masjid itu di sini.

Beliau menjelaskan tindakan tegas perlu diambil terhadap golongan yang memperjuangkan kebebasan mutlak tanpa had hingga melanggar budaya dan tatasusila agama Islam termasuk golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender ( LGBT).

“Kalau ada pihak melanggar hukum-hakam agama Islam melakukan kemungkaran, lalu tindakan tegas diambil terhadap mereka.

“Jangan pula ada yang cuba membela atau menyokong kemungkaran tadi, walaupun mengetahui perbuatan tersebut memang salah,” kata beliau.

Izudin berkata, walaupun negara sudah lama merdeka dan bebas daripada penjajah, namun tidak bermakna rakyat bebas sepenuhnya sehingga boleh melanggar hukum Islam sesuka hati.

Tegas beliau, pentadbiran negara harus diurus mengikut acuan sendiri tanpa ada pengaruh atau campur tangan pihak luar.

“Jangan ada dalam kalangan kita cuba membawa pertolongan orang luar semata-mata mahu pertahankan konsep kebebasan mutlak tanpa had.

“Jangan sekali-kali kita lupa bahawa di luar sana masih ada pihak yang cuba membawa fahaman liberal dengan matlamat memperjuangkan kebebasan mutlak tanpa terikat dengan hukum-hakam agama Islam.

“Mereka ini kononnya mendakwa dan beranggapan bahawa inilah konsep kesamarataan,” ujarnya.

Khatib turut mengingatkan para jemaah bahawa tindakan mempersendakan hukum Islam dilakukan dalam pelbagai cara dan bentuk termasuk melalui penulisan, lawak jenaka, perbuatan berpakaian dan sebagainya.

“Mungkin tidak sedar, kita akan ketawa mendengar lawak jenaka, namun inti patinya tanpa sedar menghina dan mempersendakan hukum-hakam agama ALLAH SWT,” ujarnya.

Sehubungan itu, Izudin mengajak para jemaah supaya muhasabah diri dan menghayati erti kemerdekaan sebenar.

Menurutnya, kemerdekaan yang dikecapi boleh runtuh bila-bila masa jika sikap rakyat tidak tahu membezakan antara batil dan hak.

“Sedarlah bahawa setiap perbuatan yang melanggar hukum-hakam agama Islam jika dibiarkan akan mengancam akidah umat Islam,” kata beliau.

Dalam pada itu, Izudin mahu para jemaah supaya sama-sama menyuarakan rasa tidak puas hati jika berlaku kemungkaran di sekeliling mereka.

Beliau yakin dengan cara ini dapat membantu pihak berkuasa dan kerajaan untuk berhadapan dengan golongan terbabit.

“Ambillah iktibar dari negara-negara luar yang runtuh walaupun sudah mencapai kemerdekaan. Keruntuhan itu disebabkan rakyat mengetepikan hukum-hakam agama,” katanya mengakhiri khutbah Jumaat.

Sumber: Sinar Harian 

Author

Komuniti

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong

Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Hanani Zulkifli

Published

on

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong
Foto: Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung (kiri), & Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri (kanan hujung).
  • Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
  • Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
  • Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     
  • “Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.
  • “Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

KUALA LUMPUR – Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     

“Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.

“Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

Firdaus Wong berkata sahabatnya itu berkelayakan jurusan pengajian Islam dari Universiti Maghribi dan sangat aktif dalam bidang dakwah, khususnya penulisan dalam bidang hadis, maqasid syariah dan sejarah Islam.

Malah, katanya, Mohd Fikri telah menghasilkan lebih 20 buku dan pernah menjadi kolumnis dalam beberapa majalah.

“Namun hasratnya untuk meneruskan usaha dakwah itu terhenti disebabkan penyakit yang dialaminya,” kata Firdaus Wong. 

Mana-mana pihak ingin membantu usaha dakwah dan kebajikan MRM, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun MAYBANK 5648 1052 0353 (Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor). — The Merdeka Times

Sumber:  Facebook

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending