Antarabangsa
Salman Rushdie, penulis hina Islam ditikam
Penulis Salman Rushdie yang sering terpalit kontroversi menghina Islam cedera parah selepas ditikam di atas pentas di sebuah acara di Institut Chautauqua, New York.

- Penulis Salman Rushdie yang sering terpalit dengan kontroversi menghina Islam ditikam di sebuah acara di Institut Chautauqua, New York.
- Serangan berlaku membabitkan kecederaaan di bahagian leher akibat tikaman daripada suspek.
- Suspek yang ditahan telah dikenal pasti sebagai Hadi Matar, 24, dari Fairfield, New Jersey.
- Motif serangan masih tidak dapat dikenal pasti.
NEW YORK: Penulis Salman Rushdie yang sering terpalit kontroversi menghina Islam cedera parah selepas ditikam di atas pentas di sebuah acara di Institut Chautauqua, New York.
Menurut Polis New York, suspek berkenaan adalah seorang lelaki yang bertindak meluru ke atas pentas dan menyerang Rushdie serta seorang lagi individu.
Rentetan serangan itu, dia mengalami kecederaan melibatkan bahagian leher dan perut akibat tikaman terbabit.
Rushdie, 75, dibawa ke hospital dengan sebuah helikopter sejurus serangan yang berlaku sekitar jam 11 pagi (waktu tempatan), kata Mejar Eugene Staniszewski dari polis negeri New York kepada wartawan.
Menurut laporan AFP, suspek yang ditahan telah dikenal pasti sebagai Hadi Matar, 24, dari Fairfield, New Jersey.
Ketika kejadian sebilangan orang bergegas ke pentas dan menangkap suspek, sebelum seorang anggota tentera yang hadir pada acara itu menahannya.
Rushdie sebelum ini pernah menerima ugutan bunuh kerana penulisan bukunya yang menghina kitab suci Al-Quran.
Buku kontroversi itu juga telah diharamkan di beberapa buah negara, termasuk fatwa hukuman bunuh terhadapnya turut dikeluarkan pemimpin Iran, Ayatollah Khomeini pada 1998.
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman
Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

- Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
- Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
- Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
- “Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
- Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.
Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
“Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
Tuntutan itu juga mendakwa plaintif berdepan kemudaratan, penghinaan awam, pengawasan, gangguan dalam perjalanan, penafian pekerjaan dan “secara efektif dibuang oleh AS”.
Saman itu turut menegaskan walaupun dikeluarkan dari senarai pemantauan FBI itu, mereka tetap akan mengalami kesan negatif seumur hidup yang bakal memudaratkan mereka.
Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.
Bercakap kepada pemberita di New Jersey, Khairullah berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengapa namanya berada dalam senarai pemantauan itu dan tidak juga diperjelaskan jika namanya sudah dikeluarkan.
Sumber: Anadolu Ajansı
-
Terkini2 days ago
Anak mualaf bersyukur MRM bantu uruskan jenazah ibu
-
Terkini4 days ago
Peniaga terima wang menerusi DuitNow QR akan dicaj bermula 1 November
-
Antarabangsa3 days ago
Penutupan kerajaan AS tidak dapat dielakkan – Biden
-
Antarabangsa3 days ago
Malaysia dijangka beri pengecualian visa kepada pelancong China