Connect with us

Terkini

“PRU-15 bertarikh 8 Oktober, hanya spekulasi,” – Setiausaha Agung UMNO

UMNO menganggap tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), yang kononnya bakal diadakan pada 8 Oktober depan, hanyalah spekulasi semata-mata.

Wartawan TMT

Published

on

Setiausaha Agung UMNO
Foto: Sumber Berita Harian.
  • UMNO anggap tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), yang kononnya bakal diadakan pada 8 Oktober depan, hanya spekulasi tambahan lagi penggal pentadbiran negara bakal cukup tempoh tahun depan.
  • “Spekulasi PRU-15 ini setiap minggu akan ada. Saya anggap ia hanya spekulasi sehinggalah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, betul-betul bubarkan Parlimen nanti,” – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan
  • “Kita harap lagi cepat lagi baik. Itu pandangan saya secara peribadi, malah Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada Ahad lalu turut dilaporkan berharap PRU-15 diadakan tahun ini juga.”
  • “Yang penting bagi kita adalah persiapan rapi untuk berhadapan PRU-15.”
  • Sejak kelmarin, tular di media sosial mengenai beberapa tarikh utama membabitkan PRU-15, termasuk pembubaran Parlimen (1 September), penamaan calon (25 September) dan tarikh mengundi (8 Oktober).

PONTIAN: UMNO menganggap tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), yang kononnya bakal diadakan pada 8 Oktober depan, hanyalah spekulasi semata-mata.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata penularan beberapa tarikh penting membabitkan PRU-15 itu yang semakin hangat ditularkan itu adalah lumrah dunia politik, tambahan lagi penggal pentadbiran negara bakal cukup tempoh tahun depan.

“Itu spekulasi yang berpanjangan (tular tarikh PRU-15). Spekulasi PRU-15 ini setiap minggu akan ada.

“Saya anggap ia hanya spekulasi sehinggalah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, betul-betul bubarkan Parlimen nanti.

“Apapun, kita jangka (tarikh PRU-15) tidak lama lagilah. Kalau sampai bulan lima tahun depan, itu sudah lengkap lima tahun (penggal pentadbiran),” katanya menerusi laporan Berita Harian hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis Kibaran Jalur Gemilang Peringkat Parlimen Pontian, di Sungai Pinggan, di sini pada Rabu.

Sejak kelmarin, tular di media sosial mengenai beberapa tarikh utama membabitkan PRU-15, termasuk pembubaran Parlimen (1 September), penamaan calon (25 September) dan tarikh mengundi (8 Oktober).

Advertisement

Dalam pada itu, Datuk Seri Ahmad, yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, beliau secara peribadi turut berharap PRU-15 akan diadakan dalam masa terdekat.

“Kita harap lagi cepat lagi baik. Itu pandangan saya secara peribadi, malah Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada Ahad lalu turut dilaporkan berharap PRU-15 diadakan tahun ini juga.

“Yang penting bagi kita adalah persiapan rapi untuk berhadapan PRU-15. BN juga akan menyelesaikan baki pemukiman negeri membabitkan Johor, minggu ini, diikuti Melaka pada Ahad), Perak (Isnin) dan diakhiri Pahang, hujung minggu depan.

“Ia bagi mempersiapkan UMNO dan BN dalam berhadapan PRU-15,” katanya.

Sumber : Berita Harian

 

Advertisement

Author

Terkini

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

A.R. Khan

Published

on

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Foto: Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo.
  • Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
  • Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
  • Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
  • “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
  • Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.

Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi  Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.

Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.

“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.

Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.

Advertisement

Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.

Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel. 

Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending