Connect with us

Terkini

Pindaan Akta 574 berkenaan ‘stalk’ jadi ‘modal lawak’ netizen

Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022, Akta Kanun Keseksaan (Akta 574) yang menyatakan bahawa perbuatan menghendap secara maya berulang kali juga satu jenayah telah menjadi bahan gurauan para netizen di ruangan komen sebuah akaun Facebook.

Wartawan TMT

Published

on

Pindaan Akta 574 berkenaan ‘stalk’ jadi ‘modal lawak’ netizen
  • Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022, Akta Kanun Keseksaan (Akta 574) yang menyatakan bahawa perbuatan menghendap secara maya berulang kali juga satu jenayah menjadi bahan gurauan para netizen di ruangan komen sebuah akaun Facebook.
  • Majoriti pengguna Facebook seolah tidak mengambil serius apabila rata-rata mengeluarkan kenyataan bahawa mereka rela dimasukkan ke penjara dan bergelar penjenayah demi ‘stalk’ orang yang mereka minati.
  • Terdapat juga komen yang mengkritik Pindaan Akta 574 dengan menyifatkannya sebagai pelik dan turut merendahkan kaum wanita memandangkan cadangan akta tersebut dikeluarkan oleh Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • “Walaupun perbuatan menghendap secara maya tidak melibatkan sentuhan atau mendatangkan kecederaan, tetapi ia boleh mengganggu mental dan emosi mangsa,” – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022, Akta Kanun Keseksaan (Akta 574) yang menyatakan bahawa perbuatan menghendap secara maya berulang kali juga satu jenayah telah menjadi bahan gurauan para netizen di ruangan komen sebuah akaun Facebook.

Pada 16 Ogos lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, walaupun perbuatan menghendap secara maya tidak melibatkan sentuhan atau mendatangkan kecederaan, tetapi ia boleh mengganggu mental dan emosi mangsa.

Malangnya, Pindaan Akta tersebut menjadi bahan jenaka netizen di satu ruangan komen di akaun Facebook Baituljannah.com yang bermula apabila pemilik akaun tersebut memuat naik tangkapan skrin Twitter yang memaparkan kenyataan timbalan menteri berkenaan.

Akaun Twitter milik individu tersebut membuat ciapan balas ke atas kenyataan itu, iaitu “Dah tak boleh stalk awak dah (emoji sedih).”

Meninjau ruangan komen, majoriti pengguna Facebook seolah tidak mengambil serius apabila rata-rata mengeluarkan kenyataan bahawa mereka rela dimasukkan ke penjara dan bergelar penjenayah demi ‘stalk’ orang yang mereka minati.

Antara komen tersebut;

Akta 547 - komen dari media sosial 01

Dalam pada itu, terdapat juga komen yang mengkritik Pindaan Akta 574 dengan menyifatkannya sebagai pelik dan turut merendahkan kaum wanita memandangkan cadangan akta tersebut dikeluarkan oleh Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Akta 547 - komen dari media sosial 02

Pada 4 Ogos lepas, pindaan Akta 574 bagi memasukkan perbuatan menghendap sebagai satu jenayah telah dibentang di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama.

Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 itu bertujuan memasukkan seksyen baharu 507a ke dalam Akta 574 untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan menghendap.

Menurut rang undang-undang itu, sesiapa yang berulang kali dengan apa-apa tindakan gangguan, berniat untuk menyebabkan, atau mengetahui atau sepatutnya mengetahui bahawa perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan, merisaukan, menakutkan atau mencemaskan akan keselamatan orang itu, melakukan kesalahan menghendap.

Rang undang-undang itu juga menyatakan sesiapa yang melakukan kesalahan menghendap hendaklah dihukum penjara sehingga tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Sumber : Facebook Baituljannah.com

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending