Antarabangsa
Penulis hina Islam, Salman Rushdie mungkin buta akibat ditikam
Penulis kontroversi Salman Rushdie dilaporkan bakal kehilangan penglihatannya akibat kesan serangan dan membabitkan kerosakan pada hati akibat saraf sebelah tangannya sudah putus.

- Salman Rushdie dilapor berkemungkinan kehilangan penglihatannya akibat serangan selepas ditikam
- Pembedahan yang memakan masa beberapa jam menyebabkan Rushdie tidak lagi bergantung kepada mesin ventilator.
- Suspek yang didakwa di Mahkamah atas pertuduhan cubaan serangan dan membunuh tahap dua mengaku tidak bersalah.
New York – Penulis kontroversi Salman Rushdie dilaporkan bakal kehilangan penglihatannya akibat kesan serangan dan membabitkan kerosakan pada hati akibat saraf sebelah tangannya sudah putus.
Bagaimanapun, Rushdie masih lagi boleh bercakap setelah menjalani beberapa jam tempoh pembedahan dan tidak lagi bergantung pada mesin ventilator.
Menurut peguam Daerah Chautauqua Jason Schmid berkata, suspek Hadi Matar, 24, dari New Jersey didakwa dan tanpa sebarang ikat jamin ditawarkan.
“Bagaimanapun, Matar yang memakai jumpsuit hitam putih dan bertopeng muka putih serta tangannya digari membuat pengakuan tidak bersalah semasa hadir ke mahkamah, Sabtu lalu,” lapor Al Jazeera.
Datuk Bandar Yaroun, Selatan Lubnan, Ali Tehfe berkata, Matar dilahirkan di Amerika Syarikat oleh ibu bapa warga Lubnan yang berhijrah dari sebuah kampung di sempadan negara itu, Yaroun.
Serangan tersebut turut mendapat pelbagai reaksi banyak pihak.
Menurut Reza Amiri, 27, dia gembira mendengar berita serangan terhadap Salman dan itu adalah nasib yang terima bagi sesiapa yang menghina kesucian Islam.
Bagaimanapun seorang guru, Mahshid Barati, 39, melahirkan kebimbangan mengenai serangan tersebut akan menjadikan Iran lebih terasing daripada dunia berhubung perjanjian nuklear yang dimeterai dengan beberapa negara lain.
Rentetan itu juga membawa reaksi beberapa akhbar Iran dengan memuji tindakan serangan ke atas Salman seperti akhbar Kayhan pada tajuk beritanya menulis:
“Seribu keberanian…kepada orang yang berani berbakti menyerang Salman yang murtad dan jahat di New York. Tangan orang yang mengoyakkan leher musuh Allah mesti dicium,” tulisnya.
Sumber: Utusan
