Connect with us

Terkini

Pendakwah kesal bangsa lain sindir konsep halal muslim di ruang komen portal berita Cina

Tindakan sebuah portal berita melaporkan kajian saintis yang menggunakan kolagen kulit babi bagi menghasilkan selaput mata untuk merawat golongan buta baru-baru ini telah mendapat perhatian netizen yang kebanyakannya meninggalkan komen menyindir orang Islam. 

Wartawan TMT

Published

on

Sin Chew Daily hina Muslim
Foto: Portal berita Mandarin, Sin Chew Daily.
  • Sebuah portal berita membuat laporan mengenai kajian saintis yang menggunakan kolagen kulit babi untuk menghasilkan selaput mata bagi merawat golongan buta sehingga mendapat  komen netizen yang boleh mencemarkan nama Islam.
  • Hantaran laporan berita itu di Facebook telah mendapat reaksi netizen yang majoritinya telah memberi maklum balas dengan mengaitkan muslim dan menyindir konsep halal bagi orang Islam. 
  • “Apakah mereka beranggapan bahawa tiada Muslim yang tahu membaca Bahasa Cina?
  • Apabila Muslim respon, dituduh pula muslim terlalu sensitif, ‘close minded’ dan tak boleh bergurau.
  • Perbuatan itu menerima teguran pendakwah bebas Firdaus Wong yang menyatakan kebimbangan dan persoalan bagaimana satu berita yang tiada nama Islam mahupun muslim dipetik tetapi netizen masih mengaitkannya dengan muslim dan menyindir orang Islam.

KUALA LUMPUR – Tindakan sebuah portal berita melaporkan kajian saintis yang menggunakan kolagen kulit babi bagi menghasilkan selaput mata untuk merawat golongan buta baru-baru ini telah mendapat perhatian netizen yang kebanyakannya meninggalkan komen menyindir orang Islam. 

Laporan yang dikeluarkan portal berita Mandarin, Sin Chew Daily itu mendapat reaksi netizen yang majoritinya menyindir konsep halal bagi orang Islam. 

Sin Chew Daily hina Muslim

Portal berita Sin Chew Daily

Perkara ini telah mendapat teguran daripada pendakwa bebas Firdaus Wong yang menyatakan bagaimana sebuah laporan berita yang tiada kaitan dengan muslim atau Islam telah membangkitkan sindiran terhadap orang Islam.

Tangkapan Skrin FB Firdaus Wong

“Apakah mereka beranggapan bahawa tiada Muslim yang tahu membaca Bahasa Cina?

“Apakah mereka ingat apabila menulis dalam Bahasa Cina maka tiada Muslim yang faham atau mereka tidak kisah pun,” katanya melalui hantaran Facebook miliknya. 

Firdaus berkata apabila muslim memberi respon atau membalas sindiran dituduh muslim terlalu sensitif ‘close minded’ dan tak boleh bergurau. 

Hantaran Firdaus itu mendapat reaksi dan komen muslim mengenai kebimbangan mereka terhadap sentimen Islam yang dimainkan yang boleh mencetuskan kebencian yang melampau.

Beliau juga turut memetik ayat dari Surah A-li’Imraan “Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.”

(A-li’Imraan 3:118)

Sumber: Facebook Firdaus Wong 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Segera lapor SPRM jika jadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • SPRM gesa pihak yang percaya mereka menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.
  • “Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada media hari ini.
  • Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.
  • Semalam, seorang pengarah urusan syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes seperti itu dari negeri-negeri lain dan menyifatkan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini sebagai kes terpencil.

“Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot dipecahkan kepada individu serta syarikat yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending