Connect with us

Antarabangsa

Pejuang Palestin “Singa Nablus” terbunuh dalam serbuan rejim zionis haram di Nablus, Tebing Barat

Seorang komander kanan kumpulan bersenjata Palestin bersama dua lagi rakyat Palestin terkorban dalam satu serbuan rejim zionis di bandar Nablus, Tebing Barat, demikian menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Singa Nablus Palestin
Foto: Komander Briged Syahid al-Aqsa, Ibrahim al-Nabulsi.
  • Komander Briged Syahid al-Aqsa, Ibrahim al-Nabulsi dan dua individu  maut dalam serbuan rejim zionis di bandar Nablus, Tebing Barat.
  • al-Nabulsi, 19, terbunuh selepas beliau enggan menyerah diri kepada rejim zionis haram dan bertempur sehingga syahid.
  • Beratus-ratus rakyat Palestin berkumpul di Hospital Rafidia, Nablus mengharapkan al-Nabulsi berjaya diselamatkan.
  • “Pertahankan tanah air kita. Saya sedang dikepung dan tidak akan berhenti melawan sehingga syahid. Saya sayang ibu saya. Jangan letakkan senjata kalian,” demikian kata-kata terakhir Ibrahim al-Nabulsi.

NABLUS – Seorang komander kanan kumpulan bersenjata Palestin bersama dua lagi rakyat Palestin terkorban dalam satu serbuan rejim zionis di bandar Nablus, Tebing Barat, demikian menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Ibrahim al-Nabulsi, Komander Briged Syahid al-Aqsa, terperangkap di dalam sebuah bangunan di kota lama yang dikepung rejim haram zionis pada jam 5 pagi waktu Palestin, menyaksikan pertempuran tembak menembak selama beberapa jam.

Selain al-Nabulsi, 19, dua orang lagi yang turut terkorban adalah Islam Sabbouh, 32, dan Hussein Jamal Taha, 16. 

Al Jazeera melaporkan lebih 60 orang tercedera dalam pertempuran itu dan empat daripada mereka dalam keadaan kritikal. 

John Holman dari Al Jazeera berkata, sebelum al-Nabulsi dibunuh komander kumpulan pejuang Palestin itu “enggan menyerah diri dan dilindungi beberapa warga  Palestin yang bersenjata”.

“Ini bukan kali pertama tentera Israel cuba menangkap al-Nabulsi. Mereka sudah cuba beberapa kali, termasuk dalam operasi besar-besaran yang mengorbankan dua lelaki pada Julai lalu,” kata Holman.

Al-Nabulsi yang lebih dikenali sebagai “Singa Nablus” melarikan diri dari buruan rejim zionis selama beberapa bulan dan beberapa kali terselamat dari cubaan rejim haram untuk membunuhnya. 

Kemunculannya di khalayak ramai di majlis pengebumian rakan-rakan seperjuangannya pada Febuari dan Julai lalu meningkatkan kemarahan rejim zionis.

Kematian al-Nabulsi disahkan Kementerian Kesihatan Palestin sejam selepas pembunuhan komander pejuang Palestin itu dan situasi menyebabkan konflik dalam laporan. 

Ini kerana terdapat satu video al-Nabulsi yang tular menunjukkan dia berkaki ayam, dalam kepenatan, dibawa beberapa warga Palestin ke Hospital Rafidia yang terletak di Nablus dengan kesan peluru luas terbuka di lehernya tetapi masih hidup. 

Pejuang Palestin Singa Nablus terbunuh

Beratus-ratus rakyat Palestin berkumpul di hospital itu mengharapkan al-Nabulsi berjaya diselamatkan. 

Ada juga yang berkongsikan rakaman audio terakhir dari al-Nabulsi yang dirakam beliau beberapa jam sebelum pembunuhannya. 

“Pertahankan tanah air kita. Saya sedang dikepung dan tidak akan berhenti melawan sehingga syahid. Saya sayang ibu saya. Jangan letakkan senjata kalian,” demikian kata-kata terakhir Ibrahim al-Nabulsi.

Sumber: Al Jazeera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *