Connect with us

Terkini

LGBT boleh dirawat melalui psikoterapi, pakar psikiatri bidas Human Right Watch

Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender(LGBT) ini memang boleh dirawat iaitu melalui Farmakoterapi (ubatan) atau psikoterapi (bukan ubatan) walaupun sukar namun peluang untuk sembuh itu ada.

Hidayah Sani

Published

on

LGBT boleh dirawat melalui psikoterapi, pakar psikiatri bidas Human Right Watch
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pakar Psikiatri, Dr. Nurul Syuhaida Abdul Razak bidas kenyataan Human Right Watch yang memetik kenyataan Vietnam iaitu merujuk kepada Persatuan Psikiatri Amerika dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang  mengatakan bahawa homoseksual ini sepenuhnya bukan penyakit, kerana itu ia tidak boleh ‘diubati’ atau perlu untuk ‘diubati’ dan tidak boleh ditukar dalam apa cara sekalipun.
  • LGBT bukan lagi dalam kategori kesihatan mental seperti termaktub dalam DSM 5 namun ia boleh menyebabkan masalah kesihatan mental seperti depression dan anxiety.
  • LGBT didefinisikan sebagai salah satu masalah kecelaruan identiti melibatkan beberapa faktor seperti Bio- psycho- social- spiritual – lifestyle.
  • Golongan LGBT jika dibiarkan boleh berlaku kerosakan dari salasilah anak dan menimbulkan kekeliruan.
  • “Golongan ini masih lagi boleh dirawat tetapi pesakit sendiri perlu sedia untuk dirawat maksudnya dia perlu ada insight dan keinginan untuk “saya dah tak nak jadi macam ini dah, tolong doktor saya nak berubah” jadi ianya boleh dirawat dengan psikoterapi dan juga boleh dirawat kalau ada masalah chemical yang unbalanced.”
  • Beliau turut menyarankan satu akta yang memberi garis panduan untuk menangani golongan LGBT ini diwujudkan dan boleh digunapakai oleh kesemua pihak iaitu agama, psikologi, psikiatri dan sebagainya.

KUALA LUMPUR – Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender(LGBT) ini memang boleh dirawat iaitu melalui Farmakoterapi (ubatan) atau psikoterapi (bukan ubatan) walaupun sukar namun peluang untuk sembuh itu ada.

Kenyataan Pakar Psikiatri, Dr. Nurul Syuhaida Abdul Razak sekaligus membidas kenyataan Human Right Watch di mana baru-baru ini memetik kenyataan Vietnam yang juga telah merujuk kepada Persatuan Psikiatri Amerika dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang  mengatakan bahawa homoseksual ini sepenuhnya bukan penyakit, kerana itu ia tidak boleh ‘diubati’ atau perlu untuk ‘diubati’ dan tidak boleh ditukar dalam apa cara sekalipun.

Ia susulan, Kementerian Kesihatan Vietnam secara rasmi mengesahkan pada 3 Ogos 2022, bahawa tarikan sesama jantina dan menjadi transgender bukanlah keadaan kesihatan mental.

Pengiktirafan tersebut seolah membuka ruang untuk golongan minoriti ini menggunapakainya bagi memperjuangkan hak mereka yang dikatakan telah ditindas.

Menurut Dr. Syuhaida, LGBT mungkin bukan lagi dalam kategori kesihatan mental seperti termaktub dalam DSM 5 namun ia boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kesihatan mental seperti depression dan anxiety.

Katanya, LGBT merupakan satu budaya tidak sihat. Ia didefinisikan sebagai salah satu masalah kecelaruan identiti yang melibatkan beberapa faktor seperti Bio- psycho- social- spiritual – lifestyle hingga mendedahkan seseorang itu untuk menjadi salah satu daripada golongan LGBT.

Tambahnya, “Golongan LGBT merasa mereka ini golongan minoriti yang distigmakan sebenarnya memanglah kerana kalau kita membiarkan ianya berlaku ia akan menyebabkan berlaku kerosakan dari salasilah anak dan menimbulkan kekeliruan.

“Bayangkan mak bapa kedua-dua perempuan tapi ambil anak angkat, nanti nak berbinkan siapa? 

Agama kita melindungi nasab dan keturunan jadi negara kita tidak menerima LGBT ini kerana agama Islam dan kebanyakkan negara pun tidak menerima mereka,” tegasnya yang turut berkata bahawa golongan ini kebanyakannya suka menjadi sebegitu namun apabila terkait dengan stigma, tidak diterima dan rasa bersalah kepada agama menyebabkan segelintirnya berhadapan masalah kesihatan mental.

Kata beliau, di kesempatan itulah kita seharusnya gunakan untuk mendekati dan merawat golongan ini menerusi cara yang berhemah dan teratur ketika golongan LGBT berusaha mendapatkan rawatan berkaitan masalah depression, misalnya.

Mengulas lanjut, berkenaan kenyataan bekas timbalan menteri kesihatan, Dr Lee Boon Chye pula yang pernah mengatakan bahawa golongan LGBT ini mempunyai kerosakan otak yang menyebabkan wujud kecelaruan dan bukannya satu penyakit mental.

Dr. Syuhaida berkata, “Sebenarnya kepada saya, kecelaruan otak ini adalah kecelaruan identiti mereka sendiri. Seperti saya beritahu dari awal, mereka ini Biopsychosocial–Spiritual yang mana bukanlah disebabkan oleh chemical factor semata-mata.

Bila kita bercakap kecelaruan otak ianya bukanlah disebabkan chemical factor bukan bermaksud ianya boleh diubati dengan ubat tetapi dia sendiri yang bercelaru dalam minda dia seperti, “Saya nak jadi lelaki tapi saya dilahirkan jadi perempuan, lagipun perempuan cantik. Saya dulu asyik kena rape saja masa pergi asrama.” 

Katanya, pengalaman sebegitu adakala membuatkan individu terbabit suka memainkan peranan dia sebagai wanita dan itulah yang dikatakan kecelaruan otak tetapi bukanlah disebabkan oleh chemical factor semata-mata.

Bagaimanapun katanya, “Golongan ini masih lagi boleh dirawat tetapi pesakit sendiri perlu sedia untuk dirawat maksudnya dia perlu ada insight dan keinginan untuk saya dah tak nak jadi macam ini dah, tolong doktor saya nak berubah jadi ianya boleh dirawat dengan psikoterapi dan juga boleh dirawat kalau ada masalah chemical yang unbalanced

“Kalau kata biologi dia,  chemical testosteron dia terlalu tinggi kita boleh turunkan kadar testosteron itu. Kalau kata spiritual dia pernah ada episod tertentu, ia boleh dirawat dengan terapi. Terapi dia kena ada sesi follow up dan dia sendiri kena ada good insight untuk lawan perkara itu. 

Rawatan itu memang sukar tetapi  tiada apa yang mustahil kalau 1 peratus peluang pun masih lagi peluang, kita boleh berusaha kita boleh panggil dia untuk buat terapi untuk resolve masa lampau dia kenapa dia nak sangat jadi lelaki nak sangat jadi perempuan  mungkin dia ada something yang dia tak settle mungkin dia marah orang rape dia,” kata beliau ketika dihubungi The Merdeka Times pada Jumaat.

Beliau turut menambah bahawa kebanyakan kes yang beliau dapati adalah melibatkan mereka di sekolah tahfiz di mana individu terbabit pernah kena seksual grooming.

Justeru, beliau menyarankan permasalahan LGBT ini juga perlu dikekang daripada punca permasalahan lagi.

Beliau turut menyarankan satu akta yang memberi garis panduan untuk menangani golongan LGBT ini diwujudkan dan boleh digunapakai oleh kesemua pihak iaitu agama, psikologi, psikiatri dan sebagainya.

Katanya, mungkin golongan itu sendiri boleh tampil dan bersuara bagi golongan mereka. Maksudnya bagaimana untuk merawat mereka, bagaimana nak tolong mereka.  – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Enjin carian dikuasakan AI kemungkinan langgar hak cipta kandungan berita – Media Jepun

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.
  • Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.
  • Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.
  • Persatuan media itu menyatakan kebimbangan tentang “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”, sekali gus boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita”.
  • Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.

Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.

Persatuan itu juga menyatakan kebimbangan mengenai “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”.

Ia boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita,” katanya.

“Enjin carian AI kadangkala mengembalikan respons yang tidak tepat kerana mereka menggunakan semula atau mengubah suai artikel secara tidak wajar,” kata persatuan itu.

Persatuan itu berkata syarikat harus memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan mereka sebelum pelancaran.

Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Kenyataan itu turut menunjukkan “isu ‘carian sifar klik’, di mana pengguna tidak melawat sumber asal (artikel/kandungan)”.

“Kekurangan trafik boleh membawa kepada pengurangan aktiviti pelaporan organisasi berita, yang kemudiannya akan memberi kesan negatif kepada demokrasi dan budaya,” kata persatuan itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending