Connect with us

Antarabangsa

Lawatan mengejut Amerika Syarikat ke Taipei, AS sengaja cetus kontroversi – China

China menuduh Amerika Syarikat (AS) sengaja mencetuskan provokasi dan ketegangan terbaru di Selat Taiwan. Ia susulan lawatan mengejut rombongan delegasi anggota Kongres AS ke Taipei pada Ahad lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Lawatan mengejut Amerika Syarikat ke Taipei
Foto: Sumber Sinar Harian.
  • China menuduh Amerika Syarikat (AS) sengaja cetus provokasi di Selat Taiwan.
  • Tuduhan itu adalah susulan lawatan mengejut rombongan delegasi anggota Kongres AS ke Taipei pada Ahad lalu.
  • Lawatan dibuat 12 hari selepas kunjungan kontroversi Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi.
  • Timbalan Pengarah Jabatan Pengajian Asia Pasifik, Institut Kajian Antarabangsa China, Zhang Tengjun menyifatkan ia sebagai tindakan amat tidak bertanggungjawab.

BEIJING – China menuduh Amerika Syarikat (AS) sengaja mencetuskan provokasi dan ketegangan terbaru di Selat Taiwan.

Ia susulan lawatan mengejut rombongan delegasi anggota Kongres AS ke Taipei pada Ahad lalu.

Lawatan diketuai Senator Demokrat, Ed Markey serta empat anggota Kongres lain itu dibuat 12 hari selepas kunjungan kontroversi Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi yang mencetuskan kemarahan Beijing.

Sebelum ini, pakar menganggap lawatan Pelosi ke Taiwan merupakan ‘muslihat Washington’ dan satu bentuk provokasi yang telah dirancang bagi tujuan mencetuskan konfrontasi besar-besaran dengan China.

Mengulas lawatan terbaharu AS itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pengajian Asia Pasifik, Institut Kajian Antarabangsa China, Zhang Tengjun menyifatkan ia sebagai tindakan amat tidak bertanggungjawab.

Malah katanya, lawatan itu mendedahkan lagi sikap sebenar Washington yang suka mengulangi provokasi melampau terhadap negara yang tidak sealiran dengannya.

“Lawatan yang hanya didedahkan kepada umum pada saat akhir itu bukti nyata bahawa AS tidak mengendahkan amaran China yang dibuat sebelum ini berhubung ketegangan di Selat Taiwan.

Advertisement

“Mereka seolah-olah terperangkap dalam pemikiran sendiri dengan beranggapan bahawa China akan berdiam diri.

“Apa pun, lawatan kali ini adalah bukti bahawa AS cuba campur tangan dalam hal ehwal keselamatan global selain berkeras mahu mewujudkan krisis serta pergolakan di seluruh dunia.

“AS telah mengabaikan amaran keras China dan perlu berdepan ‘hukuman berat’ kerana provokasinya yang teruk,” ujar Tengjun.

Bermain dengan api

Jelas Tengjun lagi, kali ini AS benar-benar ‘bermain dengan api’ dan sekali lagi cuba menguji tahap kesabaran China.

“Lambat laun, AS akan ‘terbakar’ dan binasa. Sudah tentu China akan bertindak balas.

“Semua anggota Kongres AS yang melawat Taipei kali ini tidak terlepas daripada dikenakan sekatan sama seperti Pelosi,” katanya.

Advertisement

Minggu lalu, Presiden Xi Jinping dengan nada tegas berkata bahawa AS akan ‘membayar harga atas kesilapan sendiri’ dan menggesa.

Washington ‘segera menangani kesalahannya’ serta mengambil langkah praktikal bagi mengelakkan kesan buruk akibat lawatan Pelosi ke Taiwan.

Beliau turut mengulangi bahawa Taiwan adalah milik China dan Taiwan akan akhirnya kembali ke pangkuan tanah air.

“Rakyat China tidak takut kepada ‘hantu’, tekanan dan kejahatan,” kata Jinping.

Dalam pada itu, sumber ketenteraan China menyebut bahawa komando Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) di wilayah timur berkemungkinan akan menjalankan satu lagi latihan ketenteraan berskala besar melibatkan tembakan peluru hidup mengelilingi Taiwan.

Minggu lalu, China menamatkan latihan siri latihan ketenteraan di perairan sekitar pulau itu, termasuk tembakan amunisi hidup jarak jauh di Selat Taiwan.

Advertisement

Sokongan AS buat Taiwan

Sementara itu, Pejabat Presiden Taiwan dalam satu kenyataan menyebut bahawa lawatan terbaharu AS sebagai bukti sokongan tidak berbelah bahagi Washington terhadap Taipei dalam berdepan ancaman China.

“Ketika China meningkatkan ketegangan di Selat Taiwan dan rantau ini dengan menjalankan latihan ketenteraan, Markey yang memimpin delegasi ke Taiwan sekali lagi menunjukkan sokongan kukuh Kongres AS terhadap Taiwan.

“Ini menunjukkan hubungan persahabatan yang tidak goyah dengan ancaman dan ugutan China,” menurut kenyataan tersebut.

Beijing selama ini mendakwa Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan berikrar merampas negara pulau itu walaupun terpaksa menggunakan tindakan ketenteraan. – Agensi

Sumber: Sinar Harian

Author

Antarabangsa

Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia 

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

Wartawan TMT

Published

on

Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia 
Foto: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.
  • Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
  • Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia.
  • Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
  • Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.

NEW YORK – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia itu.

Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Pentas itu juga pertama kali menemukan Zelensky dengan wakil Russia, yang dilihat tidak berminat mengikuti ucapan pemimpin Ukraine itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian di telefon pintarnya.

Sehubungan itu, Zelensky menggesa PBB mengadakan undian bagi menamatkan kuasa veto Russia dalam UNSC.

Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.

Zelensky berkata langkah terbabit berupaya menjadi antara reformasi di UNSC, termasuk memberi status perwakilan tetap kepada negara membangun lain.

Advertisement

Sumber: Buletin TV3 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending