Connect with us

Antarabangsa

Lagi wartawan mati di Mexico

Seorang wartawan warga Mexico yang hilang lebih seminggu lalu di Guerrero, ditemui mati berhampiran lokasi terakhir mangsa dilihat keluarganya, kata pendakwa raya tempatan, semalam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Mangsa adalah Victor Fernando Alvarez yang dilaporkan hilang pada 2 April lalu, sumber Sinar Harian.
  • Wartawan warga Mexico ditemui mati berhampiran lokasi terakhir mangsa dilihat keluarganya.
  • Ujian forensik mengesahkan mangsa adalah Victor Fernando Alvarez yang dilaporkan hilang pada 2 April lalu.
  • Mangsa disahkan sebagai wartawan kedua dibunuh di Mexico, tahun ini.
  • Mexico dilaporkan adalah negara amat berbahaya kepada pengamal media dengan lebih 100 wartawan dibunuh sejak 2000.

MEXICO CITY: Seorang wartawan warga Mexico yang hilang lebih seminggu lalu di Guerrero, ditemui mati berhampiran lokasi terakhir mangsa dilihat keluarganya, kata pendakwa raya tempatan, semalam.

Ujian forensik ke atas mayat dijumpai di resort tepi pantai Acapulco, mengesahkan mangsa adalah Victor Fernando Alvarez yang dilaporkan hilang pada 2 April lalu.

Susulan itu, mangsa disahkan sebagai wartawan kedua dibunuh di Mexico, tahun ini, selepas Maria Elena Ferral ditembak mati oleh dua penyerang bermotosikal ketika ingin masuk ke dalam keretanya di Veracruz pada bulan lalu.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Guerrero menyeru pihak berkuasa agar menyiasat pembunuhan Alvarez dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Mexico dilaporkan adalah negara amat berbahaya kepada pengamal media dengan lebih 100 wartawan dibunuh sejak 2000.

Menurut pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Reporters Without Borders, 10 wartawan dibunuh di Mexico pada tahun lalu.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *