Connect with us

Antarabangsa

Kandungan LGBT dalam media tetap perlukan rating usia lebih tinggi di Singapura – MCI

Kandungan LGBT dalam media tetap memerlukan rating usia lebih tinggi walaupun selepas Seksyen 377A Kanun Keseksaan dimansuhkan, kata Kementerian Komunikasi dan Penerangan (MCI) Singapura semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Kandungan LGBT dalam media tetap perlukan rating usia lebih tinggi di Singapura - MCI
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dasar mengenai kandungan media tidak akan berubah walaupun kerajaan Singapura mansuhkan Seksyen 377A Kanun Keseksaan iaitu undang-undang yang menjenayahkan seks antara lelaki. 
  • Kementerian Komunikasi dan Penerangan (MCI) Singapura menegaskan kandungan LGBT dalam media tetap memerlukan rating usia lebih tinggi. 
  • Pihak berkuasa mengawal kandungan media bagi melindungi audiens muda daripada kandungan yang tidak sesuai dipaparkan mengikut umur tetapi pada sama membolehkan audiens matang (golongan dewasa) membuat pilihan kandungan yang mereka tonton.
  • “Pendekatan pengawalseliaan kandungan haruslah peka terhadap norma dan nilai masyarakat,” kata kementerian berkenaan.

SINGAPURA: Kandungan LGBT dalam media tetap memerlukan rating usia lebih tinggi walaupun selepas Seksyen 377A Kanun Keseksaan dimansuhkan, kata Kementerian Komunikasi dan Penerangan (MCI) Singapura semalam.

Menjawab pertanyaan media selepas pengumuman Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengenai undang-undang yang menjenayahkan seks antara lelaki itu dimansuhkan, MCI menegaskan pendirian kerajaan bahawa “perkara itu tidak akan mengubah norma masyarakat”.

“Pendirian ini juga ditetapkan bagi dasar-dasar kami dalam kandungan media,” kata MCI dipetik Channel News Asia.

Kementerian itu menyatakan pihak berkuasa mengawal kandungan media bagi melindungi audiens muda daripada kandungan yang tidak sesuai dipaparkan mengikut umur tetapi pada sama membolehkan audiens matang (golongan dewasa) membuat pilihan kandungan yang mereka tonton.

“Kandungan media dengan kadar capaian dan impak yang lebih tinggi tertakluk kepada keperluan dan peraturan lebih ketat,” kata kementerian itu.

Untuk memahami pandangan masyarakat, Pihak Berkuasa Pembangunan Media Infocomm (IMDA) sering merujuk jawatankuasa penasihatnya, dibarisi ahli daripada semua lapisan masyarakat, mengenai tajuk tertentu serta garis panduan dan peraturan kandungan.

“Pendekatan pengawalseliaan kandungan haruslah peka terhadap norma dan nilai masyarakat,” kata MCI.

“Kami akan terus mengambil rujukan daripada norma sedia ada. Kandungan LGBT dalam media akan terus memerlukan rating usia yang lebih tinggi,” kata kementerian berkenaan.

Sumber: Channel News Asia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending