Antarabangsa
Jordan beri amaran Israel henti cabul Masjidil Aqsa!
Jordan menyeru rejim Israel menghentikan segera pencabulannya ke atas kompleks Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis Timur semalam.

- Jordan menyeru rejim Israel menghentikan segera pencabulannya ke atas kompleks Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis Timur.
- Pencerobohan itu “mewakili pelanggaran terang-terangan dan tidak boleh diterima ke atas undang-undang antarabangsa, status quo sejarah dan undang-undang membabitkan kesucian Baitulmaqdis”.
- Jabatan Wakaf Baitulmaqdis (dikendalikan Jordan) adalah badan yang bertanggungjawab mentadbir hal ehwal Masjidil Aqsa.
- Rejim Israel membenarkan penceroboh memasuki kawasan itu hampir setiap hari sejak 2003.
AMMAN – Jordan menyeru rejim Israel menghentikan segera pencabulannya ke atas kompleks Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis Timur semalam.
Jurucakap Kementerian Luar Jordan, Haitham Abu Alfoul berkata, pencerobohan pendatang ke kawasan suci itu “mewakili pelanggaran terang-terangan dan tidak boleh diterima ke atas undang-undang antarabangsa, status quo sejarah dan undang-undang membabitkan kesucian Baitulmaqdis”.
Jurucakap itu dipetik agensi berita Anadolu sebagai berkata, Jabatan Wakaf Baitulmaqdis (dikendalikan Jordan) adalah badan yang bertanggungjawab mentadbir hal ehwal Masjidil Aqsa.
Pada 2003, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Raja Jordan Raja Abdullah II menandatangani perjanjian yang memberi mandat kepada Jordan untuk mempertahankan Baitulmaqdis dan kawasan sekitarnya.
Masjidil Aqsa adalah tapak ketiga paling suci di dunia bagi umat Islam. Orang Yahudi menggelarkan kawasan itu Temple Mount (Kuil Yahudi) dan turut mendakwa ia tapak dua kuil Yahudi pada zaman purba.
Rejim Israel membenarkan penceroboh memasuki kawasan itu hampir setiap hari sejak 2003.
Rejim zionis Israel menceroboh kawasan Baitulmaqdis Timur, di mana terletaknya Masjidil Aqsa pada 1967. Ia secara tidak langsung mengilhakkan (merampas secara paksa) kawasan itu pada 1980 dalam satu langkah yang tidak diiktiraf masyarakat antarabangsa.
Sumber: Anadolu Agency
Antarabangsa
Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam
Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

- Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
- Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
- Pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
- “Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
- “Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.
GAZA: Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
Dalam serangan bertali arus yang dilancarkan Israel dilihat cubaan untuk mengusir penduduk dari utara wilayah itu ke selatan.
Sementara itu, Hamas mengecam United Kingdom (UK) kerana merancang untuk melancarkan pengawasan melalui udara ke atas Semenanjung Gaza dengan menggelarkan negara itu sebagai rakan dalam perang Israel.
Memetik laporan media Arab, UK yang menjalankan penerbangan pengawasan ke atas Gaza didakwa mahu membantu mengesan tawanan Israel, kata Hamas menerusi satu kenyataan.
Pada Sabtu lalu, Kementerian Pertahanan UK mengesahkan bahawa tenteranya melakukan penerbangan pengawasan ke atas Gaza.
Dalam pada itu, pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
“Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
“Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.
Tentera Israel turut mengarahkan rakyat Palestin mengosongkan beberapa kawasan di dalam dan sekitar bandar Khan Younis.
Selain itu, rejim Zionis juga menyiarkan peta yang menunjukkan tempat perlindungan yang perlu dituju oleh rakyat Palestin dari Khan Younis sehingga ke selatan iaitu di Rafah bersempadan dengan Mesir.
Ramai penduduk Gaza mendakwa kawasan yang mereka dipaksa untuk pergi turut diserang. – AGENSI
Sumber: Berita Harian
-
Terkini4 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini4 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
Bekas banduan Palestin dakwa dicabul, diserang guna anjing di penjara rejim Israel