Terkini
Imam Al-Aqsa puji media Malaysia sebar kezaliman Israel
Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Ekrima Said Sabri secara terbuka memuji peranan media negara ini yang berani menyebarkan berita benar mengenai Palestin.

- Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Ekrima Said Sabri memuji peranan media negara ini yang berani menyebarkan berita benar mengenai Palestin.
- Bekas Mufti Besar Palestin itu malah menghargai usaha dilakukan pemain media Malaysia mendedahkan fakta kezaliman rejim Israel ke atas penduduk Palestin sejak sekian lama.
- “Terima kasih organisasi media dan rakyat negara ini sangat membantu dalam menyebarkan khabar benar apa yang berlaku di Palestin,” katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar di sini semalam.
PUTRAJAYA: Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Ekrima Said Sabri secara terbuka memuji peranan media negara ini yang berani menyebarkan berita benar mengenai Palestin.
Bekas Mufti Besar Palestin itu malah menghargai usaha dilakukan pemain media Malaysia mendedahkan fakta kezaliman rejim Israel ke atas penduduk Palestin sejak sekian lama.
“Terima kasih organisasi media dan rakyat negara ini sangat membantu dalam menyebarkan khabar benar apa yang berlaku di Palestin,” katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar di sini hari ini.
Ulama itu hadir dengan delegasi Malaysian Research and Education Foundation sebagai tetamu khas bersempena Kongres Palestin Sedunia 2023 di sini pada Sabtu dan Ahad ini.
Ekrima, 84, pernah cedera apabila digempur pihak polis Israel di luar Masjid Al-Aqsa pada 2017 dan juga ditahan rejim Zionis beberapa kali dengan kali terakhir pada 2021.
Mengulas lanjut, tokoh tersebut yang kali keempat berkunjung ke negara ini berharap ‘suara’ Palestin sentiasa didengar di seluruh dunia meskipun media Barat yang diketahui pro-Israel cukup aktif menyebarkan propaganda.
“Kami juga mahu segala berita sebenar dari Palestin yang tidak diketahui oleh masyarakat antarabangsa disebar luas Malaysia menerusi pelbagai bahasa,” jelasnya.
Pada masa sama, beliau juga mengulangi penghargaan negara itu atas sokongan rakyat Malaysia yang terus teguh memperjuangkan nasib Palestin daripada ditindas rejim Israel.
Selain itu, Ekrima turut menegaskan bahawa umat Islam wajar mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa kerana kemuliaan tarafnya selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Pada akhir pertemuan, beliau turut disantuni oleh Anggota Majlis Fatwa Mesir, Dr. Syeikh Ahmed Mamdouh Ahmed Muhammad Saad yang kebetulan berada di kompleks tersebut.
Sumber: Utusan Malaysia
Terkini
Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

- Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
- Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
- Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
- “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
- Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.
“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.
Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.
Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.
Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS