Antarabangsa
Israel rancang sekat penduduk Palestin ke Masjid Al-Aqsa ketika Ramadan
Hamas menyelar rancangan Israel untuk menyekat akses penduduk Palestin ke Masjid Al-Aqsa semasa bulan Ramadan.

- Hamas menyelar rancangan Israel untuk menyekat akses penduduk Palestin ke Masjid Al-Aqsa semasa bulan Ramadan.
- Kumpulan pembebasan Palestin itu dipetik Al Jazeera sebagai berkata rancangan tersebut gambaran peperangan agama dilancarkan elemen ekstrem kerajaan Israel terhadap rakyat Palestin.
- Dalam satu kenyataan, Hamas berkata sekatan itu akan menjadi “pelanggaran kebebasan beribadat” di masjid suci itu.
- Rancangan itu juga menunjukkan hasrat Israel untuk meningkatkan serangannya ke atas masjid tersebut ketika Ramadan kelak.
- Kenyataan itu menyeru rakyat Palestin di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, Tebing Barat dan Israel untuk menolak dan menentang “keputusan jenayah” itu dengan gesaan supaya warga Palestin “mengambil tindakan dan berduyun-duyun (menuju) ke Masjid Al-Aqsa.”
Hamas menyelar rancangan Israel untuk menyekat akses penduduk Palestin ke Masjid Al-Aqsa semasa bulan Ramadan.
Kumpulan pembebasan Palestin itu dipetik Al Jazeera sebagai berkata rancangan tersebut gambaran peperangan agama dilancarkan elemen ekstrem kerajaan Israel terhadap rakyat Palestin.
Dalam satu kenyataan, Hamas berkata sekatan itu akan menjadi “pelanggaran kebebasan beribadat” di masjid suci itu.
Rancangan itu juga menunjukkan hasrat Israel untuk meningkatkan serangannya ke atas masjid tersebut ketika Ramadan kelak.
Kenyataan itu menyeru rakyat Palestin di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, Tebing Barat dan Israel untuk menolak dan menentang “keputusan jenayah” itu dengan gesaan supaya warga Palestin “mengambil tindakan dan berduyun-duyun (menuju) ke Masjid Al-Aqsa.”
Menteri Luar Israel, Israel Katz berkata Israel akan membenarkan aktiviti peribadatan di Masjid Al-Aqsa semasa Ramadan dan adanya sekatan hanya akan berlaku atas sebab-sebab keselamatan.
Terdahulu, Al Jazeera memetik media Israel melaporkan bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menerima cadangan Ben-Gvir untuk mengenakan sekatan kemasukan masjid ketika bulan Ramadan kelak. – The Merdeka Times

You must be logged in to post a comment Login