Connect with us

Antarabangsa

‘Masa semakin suntuk untuk kanak-kanak Gaza’, Save the Children tuntut gencatan senjata

Lebih 1,000 kanak-kanak dilaporkan terbunuh dalam 11 hari serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza, purata seorang kanak-kanak terkorban setiap 15 minit menjadikan golongan itu satu pertiga daripada jumlah kematian.

Wartawan TMT

Published

on

‘Masa semakin suntuk untuk kanak-kanak Gaza’, Save the Children tuntut gencatan senjata
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lebih 1,000 kanak-kanak dilaporkan terbunuh dalam 11 hari serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza, purata seorang kanak-kanak terkorban setiap 15 minit menjadikan golongan itu satu pertiga daripada jumlah kematian.
  • Save the Children menuntut gencatan senjata segera di tengah-tengah krisis kemanusiaan yang semakin memburuk.
  • Memetik laporan Anadolu, badan amal yang berpangkalan di United Kingdom itu memberi amaran jumlah kematian bakal meningkat apabila kehabisan air.
  • “Orang ramai terutamanya anak kecil tidak lama lagi akan mula mati akibat dehidrasi,” kata UNRWA.
  • “Air semakin kehabisan dan masa semakin suntuk untuk kanak-kanak Gaza. 
  • “Tanpa penghujung pertempuran, tanpa gencatan senjata, beribu-ribu nyawa kanak-kanak terancam,” kata Jason Lee, pengarah Save the Children bagi Palestin.

LONDON: Lebih 1,000 kanak-kanak dilaporkan terbunuh dalam 11 hari serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza, purata seorang kanak-kanak terkorban setiap 15 minit menjadikan golongan itu satu pertiga daripada jumlah kematian.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Sehubungan itu, Save the Children menuntut gencatan senjata segera di tengah-tengah krisis kemanusiaan yang semakin memburuk.

Memetik laporan Anadolu, badan amal yang berpangkalan di United Kingdom itu memberi amaran jumlah kematian bakal meningkat apabila kehabisan air.

Mengenai “keadaan kemanusiaan yang sudah teruk” di Gaza yang berada di bawah “pengepungan menyeluruh,” Save the Children maklum berhubung amaran oleh Agensi Bantuan dan Kerja Raya PBB (UNRWA) untuk penduduk Palestin mengenai air bersih.

“Orang ramai terutamanya anak kecil tidak lama lagi akan mula mati akibat dehidrasi,” kata UNRWA.

“Air semakin kehabisan dan masa semakin suntuk untuk kanak-kanak Gaza. 

“Tanpa penghujung pertempuran, tanpa gencatan senjata, beribu-ribu nyawa kanak-kanak terancam,” kata Jason Lee, pengarah Save the Children bagi Palestin.

Mengenai laporan kerajaan Israel menyambung semula bekalan air ke selatan Gaza sejak Ahad lalu, NGO itu berkata pam air tidak berfungsi selama empat hari tanpa bekalan elektrik di Semenanjung Gaza.

“Pagi ini, PBB memberi amaran bahawa semua hospital di Gaza dipercayai hanya mempunyai kira-kira 48 jam bahan api yang tinggal untuk mengendalikan penjana sandaran, meletakkan beribu-ribu pesakit, termasuk kanak-kanak, pada risiko serta-merta,” katanya.

Pengeboman dan sekatan Israel ke atas Semenanjung Gaza berterusan 11 hari selepas konflik dengan kumpulan Hamas, dengan lebih satu juta orang kehilangan tempat tinggal, hampir separuh daripada penduduk Gaza, menurut UNRWA.

Pertempuran bermula 7 Oktober apabila Hamas memulakan Operasi Taufan Al-Aqsa, serangan mengejut pelbagai serampang yang termasuk serangan roket bertubi-tubi dan penyusupan ke Israel melalui darat, laut dan udara. 

Ia berkata pencerobohan itu sebagai membalas dendam terhadap penyerbuan Masjid Al-Aqsa dan keganasan yang semakin meningkat oleh peneroka Israel.

Tentera Israel kemudian melancarkan serangan balas terhadap sasaran Hamas di Semenanjung Gaza.

Lebih 4,400 orang terbunuh dalam konflik bersenjata itu, termasuk sekurang-kurangnya 3,001 rakyat Palestin dan lebih 1,400 warga Israel.

Sumber: Berita Harian

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Belarus siapkan draf undang-undang anti propaganda LGBT dan pedofilia

Belarus menyiapkan draf undang-undang bagi hukuman “mempromosi hubungan bukan tradisional” yang merujuk kepada hubungan LGBT, lapor agensi berita Belarus, Belta pada Isnin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Belarus, Alexander Lukashenko (kanan) dan Ketua Pendakwa Raya Republik Belarus, Andrei Shved (kiri).
  • Belarus menyiapkan draf undang-undang bagi hukuman “mempromosi hubungan bukan tradisional” yang merujuk kepada hubungan LGBT, lapor agensi berita Belarus, Belta pada Isnin.
  • Belta memetik Ketua Pendakwa Raya Republik Belarus, Andrei Shved sebagai berkata dalam ucapan kepada wakil rakyat bahawa rang undang-undang itu telah siap dan bakal menggariskan tanggungjawab pentadbiran bagi tindakan mempromosikan “hubungan tidak normal, pedofilia dan penolakan sukarela untuk mempunyai anak”.
  • Draf undang-undang itu kini sedang melalui prosedur kelulusan.
  • Undang-undang propaganda anti-gay dikuatkuasakan negara jiran Belarus iaitu Russia sejak 2013.
  • Homoseksualiti dibatalkan akta jenayahnya di Belarus pada 1994, bagaimanapun negara itu tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis dan pihak berkuasanya bertindak membanteras perarakan-perarakan pride LGBT.

Belarus menyiapkan draf undang-undang bagi hukuman “mempromosi hubungan bukan tradisional” yang merujuk kepada hubungan LGBT, lapor agensi berita Belarus, Belta pada Isnin.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Belta memetik Ketua Pendakwa Raya Republik Belarus, Andrei Shved sebagai berkata dalam ucapan kepada wakil rakyat bahawa rang undang-undang itu telah siap.

Ia bakal menggariskan tanggungjawab pentadbiran bagi tindakan mempromosikan “hubungan tidak normal, pedofilia dan penolakan sukarela untuk mempunyai anak”.

Draf undang-undang itu kini sedang melalui prosedur kelulusan.

Undang-undang propaganda anti-gay dikuatkuasakan negara jiran Belarus iaitu Russia sejak 2013.

Undang-undang itu dilihat efektif dalam usaha pelarangan ekspresi awam berkenaan tingkah laku atau gaya hidup lesbian, lelaki-lelaki gay, biseksual atau transgender.

Mahkamah Agung Rusia pada Disember lalu mengharamkan apa disebutnya sebagai “pergerakan sosial LGBT antarabangsa,” melabelnya sebagai organisasi ekstremis.

Homoseksualiti dibatalkan akta jenayahnya di Belarus pada 1994, bagaimanapun negara itu tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis dan pihak berkuasanya bertindak membanteras perarakan-perarakan pride LGBT.

Presiden Belarus, Alexander Lukashenko, sebelum ini secara terbuka menyelar golongan LGBT, memanggil lelaki gay sebagai “pelucah” dan “kesongsangan teragung” dalam ucapannya kepada ahli-ahli politik sekitar tahun lalu. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending