Terkini
Bukan mudah Imam Al-Aqsa dapat keluar dari Palestin – Menteri Agama
Rakyat Malaysia seharusnya insaf dan menyokong perjuangan Palestin kerana bukan mudah ulama tersohor negara itu untuk keluar tanpa sekatan oleh rejim Israel.

- Rakyat Malaysia seharusnya insaf dan menyokong perjuangan Palestin kerana bukan mudah ulama tersohor negara itu untuk keluar tanpa sekatan oleh rejim Israel.
- Perkara tersebut disuarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar ketika mengulas isu Palestin daripada penindasan Zionis.
- Ini termasuk kedatangan Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr. Ekrima Said Sabri ke Malaysia yang sewajarnya dihargai sebagai peluang umat Islam bertemu tokoh tersebut.
- “Untuk keluar dari sana pun bukan senang dan kebetulan apabila dapat keluar datang ke Malaysia pula, maka banyaklah perkara boleh kita belajar dan apa yang mengetahui apa sebenarnya berlaku di Palestin termasuk perkembangan terkini Al-Aqsa,” katanya dalam sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat bekas Mufti Besar Palestin di sini semalam.
- Ekrima, 84, hadir bersama delegasi Malaysian Research and Education Foundation (MyRef) sebagai tetamu khas bersempena Kongres Palestin Sedunia di sini pada akhir minggu ini.
PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia seharusnya insaf dan menyokong perjuangan Palestin kerana bukan mudah ulama tersohor negara itu untuk keluar tanpa sekatan oleh rejim Israel.
Perkara tersebut disuarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar ketika mengulas isu Palestin daripada penindasan Zionis.
Ini termasuk kedatangan Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr. Ekrima Said Sabri ke Malaysia yang sewajarnya dihargai sebagai peluang umat Islam bertemu tokoh tersebut.
“Untuk keluar dari sana pun bukan senang dan kebetulan apabila dapat keluar datang ke Malaysia pula, maka banyaklah perkara boleh kita belajar dan apa yang mengetahui apa sebenarnya berlaku di Palestin termasuk perkembangan terkini Al-Aqsa,” katanya dalam sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat bekas Mufti Besar Palestin di sini semalam.
Ekrima, 84, hadir bersama delegasi Malaysian Research and Education Foundation (MyRef) sebagai tetamu khas bersempena Kongres Palestin Sedunia di sini pada akhir minggu ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Na’im bersyukur kerana julung kali dapat bertemu sendiri dengan Ekrima di Malaysia kerana bukan mudah menerima peluang ‘keemasan’ sedemikian.
Meskipun tidak dinyatakan secara spesifik, beliau dipercayai merujuk laporan media luar mengenai rancangan jahat rejim Zionis membahagikan masjid itu kepada dua bahagian.
Isu itu didedahkan oleh Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh pada mesyuarat Kabinet negara tersebut mengenai rang undang-undang yang dibahaskan Parlimen Israel.
Menyentuh Kongres Palestin Sedunia yang julung kali diadakan, Mohd. Na’im bagi pihak kerajaan Malaysia menyokong segala usaha dalam mengangkat isu perjuangan Palestin.
Program berkenaan merupakan susulan pembentukan Barisan Bertindak Keadilan untuk Palestin pada 18 Julai 2021 yang disertai pelbagai pertubuhan bukan kerajaan di Malaysia.
Sumber: Utusan Malaysia
Terkini
Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

- Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
- Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
- Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
- “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
- Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.
“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.
Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.
Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.
Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS