Connect with us

Terkini

Hanya tinggal Malaysia, Brunei dan Acheh yang kekal menjenayahkan perlakuan songsang di Asia Pasifik

Media barat menyifatkan tindakan Singapura mengumumkan untuk menghapuskan Seksyen 377A Kanun Keseksaan iaitu jenayah seks sesama lelaki, sebagai satu ‘langkah kecil’ di Asia Pasifik yang memiliki hampir 5 billion orang bagi menormalisasikan budaya songsang.

Wartawan TMT

Published

on

Hanya tinggal Malaysia, Brunei dan Acheh yang kekal menjenayahkan perlakuan songsang di Asia Pasifik
Foto: Malaysia, Brunei dan Acheh kekal menjenayahkan perlakuan songsang .
  • LGBTQ menyalahi undang-undang syariah dan sivil di Malaysia.
  • Associated Press memuji tindakan Singapura yang hapus Seksyen 377A Kanun Keseksaan.
  • Ia dianggap sebagai ‘langkah kecil’ untuk Asia Pasifik menerima LGBTQ.

Media barat menyifatkan tindakan Singapura mengumumkan untuk menghapuskan Seksyen 377A Kanun Keseksaan iaitu jenayah seks sesama lelaki, sebagai satu ‘langkah kecil’ di Asia Pasifik yang memiliki hampir 5 billion orang bagi menormalisasikan budaya songsang.

‘Langkah kecil’ Singapura ini dilapor sebagai satu ‘perjuangan besar’ oleh golongan songsang ‘LGBTQ’.Associated Press bukan sahaja memuji tindakan Singapura namun turut membandingkan status perlakuan songsang di sisi undang-undang  negara Asia Pasifik lain.

Malaysia kekal sebagai satu-satunya negara di Asia Pasifik yang mengkategorikan  perlakuan songsang sebagai jenayah.

Situasi Negara Asia Pasifik terhadap LGBTQ

Malaysia

Seperti yang telah dijelaskan, Malaysia tetap dengan pendirian tidak membenarkan segala hal yang diperjuangkan oleh golongan sesat LGBTQ. Dari sudut perundangan syariah dan sivil, terdapat peruntukan undang-undang yang menyekat hal ini.

Antaranya kesalahan berkaitan LQBTQ yang termaktub dalam Kanun Keseksaan Malaysia di bawah perkara ‘Kesalahan-kesalahan Luar Tabii’ ialah Seksyen 377 – Persetubuhan luar tabii dengan haiwan; Seksyen 377A – Persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii; Seksyen 377B – Seksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii serta Seksyen 377C – Melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan dan sebagainya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia pernah disabitkan kesalahan pada tahun 2015 atas pertuduhan di bawah Seksyen 377B berkaitan kes liwat terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Manakala merujuk peruntukan undang-undang syariah, usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat dikenakan pertuduhan mengikut Seksyen 10 (a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan itu membabitkan kes Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman (Nur Sajat) dituduh berkelakuan dan berpakaian menyerupai wanita pada 2018 di Shah Alam.

Ekoran perbicaraan tersebut, Nur Sajat telah melarikan diri dan kini tinggal di Australia.

Singapura

Walaupun pemerintah Singapura telah memansuhkan Seksyen 377A berkaitan jenayah seks antara lelaki, namun Perdana Menterinya tetap bertegas bahawa Perlembagaan Negara akan dipinda untuk melindungi definisi perkahwinan iaitu antara seorang lelaki dan seorang wanita daripada dicabar di mahkamah.

Ini bermaksud, perkahwinan sejenis tetap tidak dibenarkan di Singapura walaupun kegiatan seks sesama jantina dibenarkan dalam kehidupan harian mereka.

Australia

Semua negeri dan wilayah dalam negara Australia telah memansuhkan larangan seks sesama jenis antara 1975 hingga 1997. Parlimennya pula menghalalkan perkahwinan sejenis di seluruh negara pada 2017. Mereka yang disabitkan kesalahan atas perbuatan seksual sesama jenis atas dasar suka sama suka kini tidak lagi menyalahi undang-undang dan rekod mereka boleh dibersihkan dari kesalahan itu

China

Kegiatan homoseksual bukan menjadi jenayah dari segi undang-undang China. Tetapi perkahwinan sejenis tidak mungkin dihalalkan dalam masa terdekat. Walaupun sesetengah bandar besar di China meraikan golongan LBGTQ namun masyarakat China mempunyai stigma terhadap budaya LGBTQ itu. Kebelakangan ini terdapat tekanan daripada pihak kerajaan terhadap sebuah organisasi LGBTQ hingga terpaksa ditutup.

India

Pada 2018, Mahkamah Agung pada 2018 telah membatalkan seksyen undang-undang yang menghukum hubungan seksual sesama jenis yang boleh dihukum sehingga 10 tahun penjara. Namun perkahwinan sejenis tetap tidak sah dengan beberapa petisyen untuk mendapatkan pengiktirafan undang-undang telah mendapat tentangan kerajaan. Sepanjang dekad yang lalu, komuniti LBGTQ telah diterima terutama di bandar-bandar besar namun masyarakat masih berpegang pada budaya tradisi yang menolak hubungan sejenis.

Indonesia

Jiran Malaysia yang mempunyai penduduk Islam paling ramai di dunia tidak mempunyai undang-undang berkaitan hubungan seks sejenis antara orang dewasa. Namun di Aceh, Indonesia tetap mengamalkan undang-undang Islam yang tidak menerima budaya LGBTQ. Perkahwinan yang sah dan diiktiraf di negara ini hanya melibatkan lelaki dengan perempuan sahaja. Dilaporkan komuniti LGBTQ kerap membuat aduan tentang gangguan dan penganiayaan yang diterima di negara ini. Ia membuktikan negara ini juga tidak merelakan budaya LGBTQ disahkan di sisi undang-undang mereka.

Jepun

Walaupun sokongan untuk LGBTQ berkembang, namun golongan itu didakwa didiskriminasi di sekolah, tempat kerja dan rumah terhadap yang menyebabkan golongan tersebut menyembunyikan kecenderungan seksual mereka. Beberapa pasangan sejenis telah memfailkan saman menuntut hak untuk berkahwin secara sah, tetapi keputusan mahkamah tidak berpihak sepenuhnya kepada golongan tersebut.

Pasangan sejenis tidak boleh mewarisi rumah atau berkongsi aset dan tidak mempunyai hak ibu bapa ke atas anak masing-masing. Golongan LGBTQ juga sering dihalang daripada menyewa pangsapuri bersama-sama, lawatan ke hospital dan menerima perkhidmatan yang disediakan kepada pasangan suami isteri.

Majlis perbandaran di Jepun pula mengeluarkan sijil pasangan kepada pasangan sejenis LGBTQ sejak majlis perbandaran daerah Shibuya di Tokyo menjadi majlis perbandaran yang pertama berbuat demikian pada 2015. Namun, ia bukan sijil perkahwinan yang sah dan tidak memberi perlindungan undang-undang yang sama seperti sijil pasangan suami isteri yang normal.

New Zealand

Jenayah hubungan seks sejenis pertama kali berlaku pada 1986 di negara ini. Hubungan sejenis sesama lelaki diharamkan pertama kali tahun 1961. Namun seks sesama wanita tidak pernah secara khusus diharamkan.

Pada 2005, negara ini mengiktiraf perhubungan sesama jenis yang memberi banyak hak undang-undang kepada pasangan sejenis tetapi tidak membenarkan mereka mengambil anak angkat secara bersama. Pada 2013, negara ini menjadi negara pertama di rantau Asia Pasifik yang menghalalkan perkahwinan sejenis.

Pada 2018 penggubal undang-undang meluluskan rang undang-undang yang menghapuskan kesalahan homoseksual.

Taiwan

Taiwan menghalalkan perkahwinan sejenis pada 2019, tetapi aktivis LGBTQ mahu undang-undang itu dibuat lebih menyeluruh. Pada masa ini, kedua-dua pasangan sejenis mestilah dari tempat asal pasangan yang mana perkahwinan itu adalah sah. Jadi pasangan tidak boleh mendaftarkan perkahwinan mereka di Taiwan jika salah seorang pasangan itu berasal dari tempat seperti Jepun atau tempat lain di mana perkahwinan mereka tidak sah.

Namun begitu, pulau ini adalah tempat tumpuan untuk kehidupan LGBTQ dan perarakan LGBTQ tahunan biasanya menarik hadirin dari seluruh Asia. Negara ini terkenal dengan komuniti LGBTQ yang sangat ramai.

Thailand

Thailand juga antara negara paling liberal di Asia mengenai isu LGBTQ. Empat rang undang-undang yang menghalalkan kesaksamaan perkahwinan atau undang-undang sivil untuk pasangan sejenis telah diluluskan bacaan pertama mereka di Dewan Rakyat pada Jun lepas. Negara ini mempunyai sebuah jawatankuasa yang sedang berusaha untuk membenarkan perkahwinan sejenis yang dijangka diluluskan oleh penggubal undang-undang. Ia akan menjadikan Thailand negara Asia Tenggara pertama yang menghalalkan perkahwinan sesama jenis dan merestui hak-hak LGBTQ.

Brunei

Kerajaan Brunei memperkenalkan undang-undang syariah yang lebih tegas, termasuk hukuman rejam sehingga mati ke atas pesalah zina dan hubungan seks sejenis meskipun berdepan dengan kecaman di peringkat global.

Keputusan untuk meneruskan hukuman itu mendapat perhatian dari seluruh dunia malah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melabelkan negara itu sebagai ‘kejam dan tidak berperikemanusiaan’ manakala artis seperti George Clooney dan Elton John mendesak semua pihak memulaukan hotel pemilik Brunei.

Namun setakat 2019, Sultan Brunei Hassanal Bolkiah dilapor melanjutkan moratorium ke atas hukuman mati untuk undang-undang melarang perlakuan homoseks. 

Rujukan : ABC News

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Kolumnis

Berhikmahkah baca ayat al-Quran di hadapan tempat ibadat agama lain?

Beberapa hari lepas tular satu video menunjukkan seorang pelancong asing yang juga pempengaruh membaca petikan ayat al-Quran di sebuah kuil Hindu. 

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Tangkap layar video yang tular menunjukkan seorang pelancong asing yang juga pempengaruh membaca petikan ayat al-Quran di sebuah kuil Hindu. 

Beberapa hari lepas tular satu video menunjukkan seorang pelancong asing yang juga pempengaruh membaca petikan ayat al-Quran di sebuah kuil Hindu. 

Dalam video berkenaan, lelaki itu membaca ayat khusus yang berkaitan teguran Nabi Ibrahim kepada kaumnya yang menyembah berhala dalam Surah al-Anbiyaa’ 21:66-67

Nabi Ibrahim AS berkata: ‘Jika demikian, patutkah kamu menyembah yang lain dari Allah sesuatu yang tidak dapat mendatangkan faedah sedikitpun kepada kamu, dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kamu? Jijik perasaanku terhadap kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah! Maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu?’” 

Tidak dinafikan apa yang dimaksudkan ayat ini adalah benar dan merupakan fakta dalam ajaran Islam. 

Malah, tiada masalah sekalipun jikalau seseorang Muslim ingin membaca al-Qur’an kerana sememangnya ia perkara yang digalakkan dan diimani setiap Muslim.  

Penulis percaya barangkali niat pempengaruh itu adalah untuk menyampaikan mesej Tawhid dengan membaca petikan ayat al-Qur’an yang khusus menceritakan tentang sindiran Nabi Ibrahim AS kepada pengamal berhala. 

Meskipun niat tersebut mungkin baik, tindakan membaca al-Qur’an di rumah ibadat agama lain adalah tidak sesuai apatah lagi di hadapan patung berhala yang dianggap Tuhan oleh penganut agama terbabit. 

Lebih-lebih lagi, jika tindakan ini bertujuan untuk, konten dan meraih views di media sosial, ia menambahkan lagi ketidak sensitiviti terhadap keagamaan. Tanpa mengetahui realiti setempat, jelas ini bukan dakwah, ini adalah tindakan provokasi yang tidak sepatutnya berlaku.  

Berdakwah biarlah berhikmah 

Setiap daripada kita pasti memiliki pendekatan berdakwah yang pelbagai dalam usaha menarik golongan yang diseru kepada Islam.  

Namun, setiap pendekatan itu juga perlu digariskan mengikut saranan Allah yang menyuruh umat Islam supaya berdakwah secara berhikmah atau bijaksana. 

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.” (Surah an-Nahl 16:125).

Hikmah dalam konteks ayat ini adalah meletakkan setiap sesuatu pada tempatnya dengan panduan akal. 

Sebagaimana  yang dinyatakan Ibnu Hajar dalam Fathul Bari (7/205), “Makna yang paling benar dari Al-Hikmah adalah bahwa Al-Hikmah adalah menempatkan sesuatu pada tempatnya.” 

Sa’id Hawwa pula mengatakan, al-hikmah itu ialah maqalah (pendapat atau perkataan) yang sahih dan jitu, iaitu dalil yang menerangkan kebenaran yang menghilangkan syubhat (kesamaran), atau khitab (ucapan, perkataan atau perbicaraan) yang munasabah kepada setiap golongan manusia berdasarkan kedudukan mereka.

Sebagai contoh, sesuaikah sekiranya kita berdakwah kepada orang bukan Muslim yang asing dan baru pertama kali berjumpa dengan membaca petikan ayat al-Qur’an seperti: 

“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu.” (Surah An-Nisa’ 4:56)  

Sememangnya petikan ayat al-Qur’an ini adalah dalil yang sahih. Namun mari kita fikirkan secara logik, adakah bukan Muslim terbabit akan semakin mendekati Islam atau sebaliknya, menjauhi Islam? 

Dan bolehkah pendekatan dakwah sebegini kita katakan sebagai dakwah secara bijaksana yang meletakkannya di tempat yang sepatutnya? 

Sedangkan, kita perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan audiens mengikut konteks sosial dan realiti setempat. Bukan main terjah berdakwah tanpa mengambil tahu latar belakang kepercayaan setempat. 

Dalam usaha berdakwah, amat penting untuk kita sentiasa mempertimbangkan sensitiviti agama lain dan menunjukkan penghormatan kepada kepercayaan mereka. 

“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas Dengan ketiadaan pengetahuan.” (Surah Al-An’am 6:108) 

Tetapi, apakah menunjukkan penghormatan kepada kepercayaan mereka bermaksud Muslim menerima kepercayaan mereka? Sudah tentu tidak. Sebabnya jelas, akidah yang berbeza dan prinsip Islam juga jelas iaitu ‘bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku’. 

Pendekatan dakwah yang bijaksana dan penuh hikmah adalah pendekatan yang bukan sahaja mampu menyampaikan mesej Islam dengan lebih efektif, tetapi juga dapat mengukuhkan hubungan kewujudan bersama secara aman dengan penganut agama lain.

Kita harus sentiasa berhati-hati dan bijak dalam memilih cara berdakwah agar mesej yang disampaikan tidak menimbulkan salah faham mahupun ketegangan. – The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending