Connect with us

Terkini

Hadi Minallah, ajaran sesat negara seberang dikesan di Johor

Jabatan Islam Negeri Johor (JAINJ) mengesahkan terdapat cubaan menyebarkan ajaran sesat Hadi Minallah di negeri ini.

Wartawan TMT

Published

on

ajaran sesat negara seberang dikesan di Johor
Foto: Gambar kecil - Mohd Fared, Sumber Sinar Harian.
  • Ajaran sesat oleh Wayang Hadi Kesumo atau dikenali sebagai Hadi Minallah daripada Indonesia telah menyebarkan fahaman ajaran sesat di Kota Tinggi, Johor.
  • Hadi Minallah juga bukan seorang yang beragama Islam namun, tetap menyebarkan ajaran yang mengutuk dan menghina Al-Quran dan hadis.
  • Ajaran sesat ini mula tular di media sosial pada 4 Ogos 2022 apabila terdapat beberapa individu kongsi beberapa klip rakaman Hadi Minallah sedang menghina Islam selain mengaku dirinya tidak mempunyai agama.
  • Kemudiannya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengesan pusat operasi kumpulan ajaran sesat tersebut pada 8 Ogos 2022.
  • Selain itu, Exco Hal Ehwal Agama Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid menasihatkan umat Islam agar tidak mempercayai ajaran sesat yang diketuai oleh orang bukan beragama Islam namun sibuk mengulas tentang agama Islam.

ISKANDAR PUTERI – Jabatan Islam Negeri Johor (JAINJ) mengesahkan terdapat cubaan menyebarkan ajaran sesat Hadi Minallah di negeri ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, terdapat cubaan anggota ajaran sesat berkenaan menyebarkan fahaman terbabit di daerah Kota Tinggi.

“JAINJ dapat maklumat ajaran ini cuba dibawa masuk ke Johor dan dikesan di Kota Tinggi. Kita tahu pergerakan mereka dan mahu beri amaran supaya segera berhenti sebelum tangkapan dilakukan.

“Menerusi siasatan yang dilakukan, mereka bukan orang Johor pun (cubaan sebarkan ajaran sesat) cuma penganutnya sahaja baharu cuba masuk ke Johor, namun kita sedang menyiasat dan mencegah perkara ini dari terus berleluasa”, katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyerahan Agihan Manfaat Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) pada Ahad.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada ajaran sesat itu cuba menjadikan Johor sebagai markas penyebaran, Mohd Fared berkata, mereka belum sampai ke tahap itu.

“Mereka belum sampai peringkat tubuhkan markas tetapi kita tahu mereka baharu masuk dan merisik untuk cari pengaruh bagi menyebarkan ajaran sesat itu. Pergerakan dan perkembangan kumpulan ajaran ini sentiasa diperhatikan.

Advertisement

“Cuma satu yang hendak dipesan kepada rakyat Johor adalah ajaran ini dibawa dari negara jiran dan orang (pengasas) itu juga bukan beragama Islam jadi mengapa kita nak percaya pada ajaran yang dibawanya serta nak bercerita tentang agama kita pula,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Fared turut memberi peringatan tindakan undang-undang akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang cuba menyebarkan ajaran sesat di negeri ini.

“Saya nak beri peringatan pada siapa juga yang terdetik nak sebarkan mana-mana pun ajaran yang bersalahan dengan Islam bahawa kita ada Sesyen 5 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor.

“Menjadi suatu kesalahan menyebarkan doktrin agama selain Islam. Berwaspada dan jangan dekati sebarang ajaran yang menyeleweng daripada Islam. Ia boleh didakwa di bawah enakmen itu malah boleh didakwa menerusi Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA),” katanya.

Sebelum itu pada 4 Ogos lalu tular video berdurasi tujuh minit 30 saat memaparkan seorang lelaki mendakwa sebagai pengasas ajaran itu, Wayang Hadi Kesumo atau Hadi Minallah Aminnullah Ahmad berasal dari Indonesia.

Dia mengaku tiada agama dan menyebarkan fahaman makrifat sesat, Nur Muhammad serta pluralisme agama yang dakwanya Tuhan tidak melihat kepada agama selain turut menolak hadis.

Advertisement

Menerusi video terbabit, terdapat dakwaan ajaran sesat tersebut sedang aktif di Kajang dan Johor.

Pada 8 Ogos lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dilaporkan telah mengenal pasti lokasi pusat operasi kumpulan ajaran sesat Hadi Minallah.

Sumber: Sinar Harian

Author

Terkini

PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 

Hidayah Sani

Published

on

PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 
  • Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
  • Beliau turut mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India. 

KUALA LUMPUR — Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 

Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat yang dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.

Ini susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.

Sesungguhnya, jawapan tersebut amatlah bersifat lebih untuk meraih populariti dan terlalu berpolitik. Apakah wajar bagi seseorang individu mempunyai dua kerakyatan? Di manakah kecenderungan bagi individu terbabit untuk menumpahkan kesetiaanya? 

“Sepatutnya jawapan isu sensitif seumpama ini tidak perlu dilayan dengan jawapan tegas iaitu mana mungkin dan mustahil seseorang boleh memiliki dua kerakyatan malah untuk memohon menjadi rakyat Malaysia mesti memenuhi syarat-syarat yang ketat mengikut undang-undang yang sedia ada selama ini. 

“Malah ada gesaan disyaratkan dengan lebih tegas iaitu penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zarina menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Bumiputera untuk menentang cadangan itu serta berpendirian sebarang kajian tidak perlu dilakukan sama sekali kerana ia keputusan muktamad.

Advertisement

Pada masa sama, beliau mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India kerana perkara itu lebih mengundang mudarat daripada keuntungan.

Katanya, perkara perlu diberikan keutamaan bukanlah terkait kerakyatan sebaliknya isu 1.2 juta warga negara China yang direkodkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), masuk ke Malaysia dalam tempoh 2018 hingga 2021 namun masih tiada rekod keluar dari negara ini. 

Ia merupakan suatu jumlah yang amat menggusarkan dan perlu diambil tindakan telus dan tegas kerana ianya pelanggaran undang-undang dan soal keselamatan negara. 

“Ini yang patut diberi keutamaan bukan soal kerakyatan dan dikejutkan pula dengan pengumuman Menteri Pelancongan mengenai cadangan pengecualian Visa kepada pelancong terutama dari Cina dan mungkin dari India atas nama kepentingan merancakkan ekonomi tetapi boleh membawa padah kepada keselamatan negara dan masalah sosial yang kini pun sudah parah dan tidak terkawal. 

“Cuba bayangkan jika pelancong Cina masuk tanpa tapisan melalui Visa dengan bebas. Pasti ramai akan hilang dan menetap di Malaysia. 

“Isu rasuah yang menjadi barah akan menjadi lebih buruk di kalangan penguatkuasa. Perkara ini amat mengerikan kepada masa depan negara Malaysia,” kata Zarina. 

Advertisement

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghasilkan satu laporan berkenaan pengecualian visa untuk pelancong China.

King Sing berkata, kerajaan dijangka akan mendraf dasar mengenai hari lawatan yang dibenarkan untuk berada di Malaysia melalui perkhidmatan pengecualian visa. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Parti Bumiputera Perkasa Malaysia – PUTRA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending