Terkini
Guru liwat murid, rayuan gagal namun hukuman dikurangkan
Mohamad Harman Faiz Hussin, 30, semalam telah gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan. Ia bersabitan kesalahan meliwat seorang murid tahun enam pada 2016.

- Seorang bekas guru pelatih gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan bagi mengetepikan sabitan atas kesalahan meliwat seorang murid tahun enam pada 2016.
- Mohamad Harman Faiz Hassin, 30, didapati bersalah atas sabitan kesalahan liwat yang dilakukan di sebuah bilik di asrama institut perguruan di Besut, Terengganu lebih kurang jam 1 petang pada 17 September 2016.
- Sebelum itu, Mohamad Harman telah dibebaskan dengan ikat jamin RM22,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu rayuannya selesai.
- Ketika Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman pada 5 Mac 2019, hukumannya adalah 14 tahun penjara dan 10 sebatan.
- Ketika rayuan di Mahkamah Tinggi, hukuman penjaranya dikurangkan kepada 10 tahun dan 6 kali sebatan.
- Terakhir rayuannya di Mahkamah Rayuan, hukuman penjaranya dikurangkan menjadi 6 tahun penjara dan hukuman 2 kali sebatan.
PUTRAJAYA – Mohamad Harman Faiz Hussin, 30, semalam telah gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan. Ia bersabitan kesalahan meliwat seorang murid tahun enam pada 2016.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said sebulat suara menolak rayuan Mohamad Harman terhadap sabitan kesalahan liwat yang dilakukan di sebuah bilik di asrama institut perguruan di Besut, Terengganu pada kira-kira 1 petang 17 September 2016.
Hakim berkata Mahkamah Sesyen telah membuat dapatan yang betul berdasarkan bukti dan sabitan Mohamad Harman bagi kesalahan itu adalah selamat.
Namun begitu, mahkamah bersetuju untuk mengurangkan hukuman penjara terhadap Mohamad Harman kerana ketika kesalahan dilakukan beliau masih muda dan merupakan kesalahan pertama.
Pada 5 mac 2019, Mahkamah Sesyen mendapati Mohamad Harman bersalah atas tuduhan meliwat murid lelaki berusia 12 tahun ketika itu dan menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan 6 sebatan.
Dia kemudian merayu terhadap sabitan tersebut di Mahkamah Tinggi tetapi gagal. Namun hukuman penjara dikurangkan daripada 14 tahun kepada 10 tahun. Hukuman sebatan dikurangkan dari 6 sebatan kepada 2 sebatan. Dia kemudian memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan mengurangkan penjara dari 10 tahun kepada 6 tahun.
Dalam rayuan di Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada panel hakim iaitu Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Hakim Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan, turut mengetepikan perintah Mahkamah Sesyen supaya Mohamad Harman menjalani pengawasan polis selama 2 tahun selepas dia selesai menjalani hukuman penjara.
Kamaludin berkata penjara 6 tahun itu juga akan mengambil kira tempoh Mohamad Harman menjalani hukuman penjara sebelum dia diberi jaminan oleh Mahkamah Tinggi sementara menunggu rayuannya diselesaikan.
Peguam Datuk Jasbeer Singh Kaura yang mewakili Mohamad Harman memberitahu media bahawa anak guamnya pernah menjalani hukuman penjara kira-kira setengah bulan sebelum ini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fauziah Daud.
Sumber : BERNAMA
Terkini
Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK
Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

- Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
- Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
- “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
- “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.
Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.
Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen.
Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.
Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.
“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.
Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.
Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.
Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.
Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.
Sumber: Utusan Malaysia
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah